Salam Hari ahad dan selamat berhujung minggu semua..
Aku baru sampai Penang jam 4.30 am tadi..semalam berada di Kuala Lumpur untuk join one activity yang dianjurkan oleh Utusan Karya melalui majalah I-sihat,Cabaran Sihat bersama Kevin Zahri di FRIM..sedikit info mengenai event ni,ianya dijalankan dalam masa 6 minggu dan berkisar penurunan berat badan peserta..kira macam ala ala biggest loser jugak lah..Organizernya Kak Leez,so dia yang ajak aku untuk turut serta untuk join acara minggu ni.setiap minggu akan ada aktiviti berbeza,dan kali ini aktivitinya adalah Amazing Race.
Bab bab aktiviti outdoor macam ni aku memang minat.tambahan pula aku memang tak pernah menjejakkan kaki ke FRIM (Forest Research Institute Malaysia).So peluang yang ada ni dapatlah aku tengok keindahan tempat Hutan simpan di dalam.
The Forest Research Institute Malaysia (FRIM) is a statutory agency of the Government of Malaysia, under the Ministry of Natural Resources and Environment. FRIM promotes sustainable management and optimal use of forest resources in Malaysia by generating knowledge and technology through research, development and application in tropical forestry. FRIM is located in Kepong, near Kuala Lumpur.
Dalam pukul 9 pagi semua peserta dah sampai..First thing to do Kevin dan Organizer akan ambik berat badan diorang because every week diorang akan ditimbang..dalam masa seminggu they have to plan their own diet dan their own exercise yang sesuai dengan daily routine masing masing.yeah i know its a hard thing to do but everybody need to start somewhere right?and i guess this is the right platform for them yang slightly obese or obese to change themself,of course dengan panduan dan guidance dari pakar nutrisi dan pakar kecergasan,Kevinzahri.com.
Lepas dah siap timbang dan sessi warming up, Kevin serahkan event pada FRIM sebab untuk amazing race kali ni FRIM totally in charge..diorang yang sediakan semua Check Point (ada 10 Check Point kesemuanya) dan diorang juga yang plan Task-task yang perlu dilakukan oleh setiap peserta.ada sepuluh Group yang diwakili dengan warna,yang mana setiap group ada 4 orang ahli.(Aku dan Kak Leez satu Group,groupn kaler Cokelat).Sebelum bermula setiap kumpulan diberi sebiji telur untuk dijaga.Kumpulan yang bawak balik telur dengan selamat akan dapat extra mark.
Bila En.Faizal (FRIM) kata boleh mula,masing masing terus meluru masuk dalam air macam gambar kat atas..sebab ni first Check Point,dan di check point pertama ni kitorang dikehendaki untuk mencari guli dalam air.setiap ahli kumpulan kena dapat sorang sebijik untuk mara ke Pusingan seterusnya.Ada yang masuk redah dengan kasut sahaja (termasuklah aku) dan ada juga yang buang kasut.ikut selera masing masing lah kan.
Seriously,the water was so cold!!air pulak tak berapa nak jernih so macam mana nak carik guli dalam tempat besar macam ni?Boleh pulak diorang baling guli dari atas so masing masing macam dah berebut apa dah nak kejar satu guli.hehe.that was so funny you know.
buat buat aksi carik.sebelah tangan lagi sibuk pegang telur.
sakan jugak lah duk rebut yang orang dari atas lempar..
Lawak pulak bila tengok gambar ni..macam mintak sedekah pulak..hahaha..tapi actually naluri aku kuat mengatakan bahawa diorang tak letak guli pun dalam air ni.basically semua peserta yang dah lepas dari check point pertama ni semua dapat guli dari atas.memang saja ni depa nak pekena kami suruh masuk dalam air basah habis kuyup satu badan..akhirnya Group Coklat adalah group yang paling last dapat guli.tu pun dapat dua jer,dengan telur dah pecah sebab kena guli.haishhh sangat lah tak bernasib baik.
Lepas dah keluar dari tempat air kena selesaikan satu lagi cabaran.kena buat trademark group pulak.a bit susah jugak sebab masing masing takdak idea..last last buat jer lah apa yang patut then terus kami ke Check Point kedua.Di Check Point Kedua kami dikehendaki bersolek dan pakai daun kering macam orang dayak..untuk sampai ke Check point ketiga kena mendaki bukit lagi,dan cabarannya adalah memasukkan biji kacang hijau dalam gelas menggunakan straw.Kemudian kami terus ke Check point ke empat iaitu cabaran melempar kasut yang disusun macam piramid supaya runtuh..Saingan sengit antara Group Coklat dan Group merah masa ni sebab saling kejar mengejar.tapi Group Coklat lah yang paling ke belakang.(Group Pink ketinggalan sebab seorang peserta nya tak dapat nak meneruskan acara,semput dan hampir pitam.tapi cepat jugak diorang catchup balik di Check point kelima).Group lain lain semua dah maju ke depan.kami ni kira Group last..
Di Check Point kelima cabarannya adalah kena susun puzzle gambar Pokok..siap tajuknya adalah CROWN SHYNESS..rupanya CROWN SHYNESS tu merupakan satu fenomena yang mana ada gap antara daun daun dan menjadikannya macam corak puzzle..(tengok gambar diatas sebab aku pun tak berapa reti nak terangkan macam mana).Kawasan ni juga dikenali sebagai WOW SPOT iaitu Di titik ini, sesiapa yang mendongak ke atas pasti akan teruja keseronokan ekoran terpegun dengan keindahan kanopi yang mana pucuk dedaunan dari sebatang pokok tidak menyentuh pucuk pokok yang lain.Justeru, pengunjung dapat melihat bentuk langit seakan-akan rekahan tanah liat yang kering ataupun sayur brokoli.Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah s.w.t.kami susun puzzle tu lebih kurang macam gambar asal dan terus ke check point seterusnya.(Kak leez,pinjam gambar yek..)
Oleh kerana aktiviti ni melibatkan masuk dalam air dan lumpur so aku tak bawak kamera pun.takder gambar masa aktiviti dijalankan di satu satu check point..di Check point ke enam peserta dikehendaki meniarap dalam lumpur dan meloloskan diri dari ranting yang sangatlah rendah.memang habis lah baju seluar semua kena lumpur..tapi kitorang still steady..terus ke Check Point ketujuh kena lukis Crown Shyness punya fenomena(pokok yang kitorang buat puzzle tadik),then ke Check point 8 di mana yang ni paling mencabar..kena dirikan 12 batang paku atas satu paku..memang tricky tapi atas usaha mengelat lite lite akhirnya dapat kami selesaikan.heheee..(tengok gambar diatas dah macam apa dah muka masing masing)
Check point kesembilan kami kena tutup mata dan cari syiling dalam bakul yang dipenuhi ulat.ulat mulung ker tu.ntah aku tak sure..kami bertiga - aku,kak leez dan yana ok jer..Shikin yang paling takut dan geli tapi Alhamdulillah kami dapat selesaikan dengan cepat dan menuju ke Check point ke sepuluh,untuk lapor diri di garisan penamat..kami group ke tujuh yang sampai dari 10 Group..thia activity rasanya macam teambuilding /BTN jer.haha.but enjoyyyyy...
Di Check point terakhir sekali lagi kena persembahkan trademark Group..dah macam orang asli dah trademarknya..Rupanya pemenang akan ditentukan berdasarkan marakah terkumpul dari setiap task yang dijalankan,bukan kira group mana yang sampai dulu..kalau tau dari awal kitorang takdelah nak terkejar kejar sangat.haha.Overall best lah this activity..
Group Hijau lapor diri di Garisan Penamat lepas kitorang
And this is our group with the Consultant,Kevin Zahri.
My name is Kevin Zahri, I am a US AFTA certified personal trainer and nutritionist. I am the author several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks".-Kevinzahri.com
Pengenalan pasal Kevin Zahri ni aku ambik kat laman web dia jer..This is the first time i met him live.biasa just baca blog dia pasal tips tips diet dan cara senaman yang betul..sekarang ebook nya how to lose 5 KG in 5 Week tengah laris..kalau korang nak taw caranya ask kevinzahri.com and he will tell you the answer.Beli jer ebook tu dalam RM45.Bukan susah nak kurus,dan bukan susah jugak nak gemuk.determination dalam diri penting.untuk make sure kita living a healthy lifestyle.i'm not the expert.just an ordinary guy macam korang semua jugak yang still nak find the best way to shed lemak degil dalam badan.di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan?
Sementara orang duk sibuk makan aku pi mandi dan bersihkan diri.banyak pacat rupanya air sungai ni.aku kena satu pacat kat perut..tarik macam tu jer nasib baik tak sakit..and now para peserta semua duk tunggu bila pihak FRIM nak umumkan pemenang nya bagi cabaran Amazing Race kali ini.
Makanan untuk lunch ialah Daging blackpepper dan Tomyam..masa ni aku tak makan lagi sebab nak tunggu majlis habis dulu makan skali ngan kak leez dan Kak Midah.Peserta lain rata rata semua dah makan..tapi lauk ni sedap jugak..tak kira kalori dah makan masa ni.
Dan akhirnya Encik Edi dari FRIM tampil membawa keputusan rasmi..Pemenangnya adalah..
Suprisingly our group dapat number 4!!hadiah hanya ada untuk nombor empat ke atas..Markah kitorang ok lah tu berbanding yang lain walaupun sampai tempat ketujuh..mesti markah lebih untuk trade mark yang dicipta miss syarliz.blogspot.com..kalau ada telur mesti lagi banyak markah.aku lah awal awal lagi dah pecahkan telur masa berebut guli dalam air..Group Cokelat tetap rawk!hehehe
apa apa pun syukur lah dapat hadiah hamper buah ..
Group number tiga : Group Kuning
Group number dua : Group purple..the first team to arrived.
dan ini Group tempat pertama : Group Biru..TAHNIAH!!
Sakan abdul Azim ni buat trademarknya..hadiah tempat pertama dan kedua tajaan ADIDAS..berbaloi apa dapat jersey Adidas..Buat group lain yang tak menang tu sabar lah ok..bukan jadiah menjadi kejaran tapi semangat berpasukan tu yang lebih menjadi keutamaan.
Cenderamata untuk Kevin pun ada..
This is Final Speech dari Pihak FRIM dan juga dari kevin serta pihak Organizer event ni..next week diorang takder aktiviti sebab nak beraya haji so kena watch out sikit lah cara pemakanan semepna musim perayaan tu.Korang jangan makan daging banyak sangat ok..nanti timbang berat naik dua kali ganda siaplah kena sekolah ngan Kevin nanti..Hadiah lumayan menanti setiap peserta yang paling banyak menurunkan berat badan so berusahlah dengan lebih gigih!
bergambar kenangan dengan semua peserta cabaran Sihat dan peserta Amazing Race.Nice to meet all of you guys!ada umur kita jumpa lagik ya..
Nice to meet you too Kevin Zahri!kalau korang berminat untuk menurunkan berat badan dan mengetahui tips tips kesihatan dan cara senaman senaman serta petua kesihatan jangan lupa untuk layari kevinzahri.com..dalam laman web tu banyak informasi berguna..Insya Allah we will meet again someday.and the best part is dia ni tak sombong.humble dan mudah mesra serta tak kedekut dengan tips tips berguna.easy going lah senang cerita.(already read your ebook how to lose 5KG in 5 Week..nice info about calorie defisit.sapa nak baca sila beli di kevinzahri.com)
Overall aku enjoy join this activity.nak harap datang FRIM entah bila dapat aku datang..Thanks pada kak leez sebab ajak aku jadi peserta..siap dapat nombor empat yang tak tahan tu..heheee.experience yang baik bila tengok Wow Spot/Crown Shyness phenomena dalam hutan di sini..Buat semua peserta cabaran sihat,teruskan berusaha untuk menurunkan berat badan anda!aku pun nak kena turunkan lagi berat badan sebab still tak dapat BMI yang ideal..sama sama lah kita berusaha ya!!
Till my fingers meet the keyboard again.Salam Ukhuwah salam 1 Malaysia.
nampak menyeronokkan..walaupun comot hehehe tapi sihat dan enjoy! ;)
ReplyDeletecaiyokk...caiyokkk !!!
ReplyDeleteGigih tu awal dah update blog...i likeee!!
Anyway...thanks sudi joint game ni.
bestnya activity tu ye axim..
ReplyDeletewalaupun nampak penat.. tapi berbaloi lah..
congratz gak pasal menang no. 4 tu!
waaaaahhh bestnyaaaa lama rak beriadah macam nih! seronok gak kan!
ReplyDelete