Ni kisah sambungan dari entri sebelum ni..lepas balik dari Open House Rumah Famoque.
24 SEPTEMBER 2011
Aku tumpang Areen balik ke Ampang..kebetulan dia akan balik ke Wangsa Maju rumah mak dia dan bukan shah Alam..Time maghrib singgah solat di Petronas mana ntah aku dah tak ingat..then sampai kat Area Ampang minta diorang drop kan aku di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam sementara nak tunggu Isyak..sempatlah dengar tazkirah sekejap..Hati manusia kalau tak dengar kuliah ilmu lama lama hati akan mati..
Kebetulan Masjid Nurul Hidayah ni ada majlis sambutan Aidilfitri pulak..dan the best part is Tuan Guru Nik Aziz pun ada sekali bersama malam ni..sayangnya dia sampai lambat kalau tak boleh sembahyang berimamkan Tuan Guru..
Aku tak join this majlis aidilfitri sebab dah janji untuk makan malam di Rumah Azuan..mak dia dah masak untuk makan malam..kalau tetiba aku makan kat sini mesti hancur luluh hati azuan dan mak dia..hehee..aku ambik ambik gambar saja dan berharap Tuan Guru Nik Aziz akan sampai..tapi lambat pulak dia sampai..what to do balik rumah Azuan dulu lah..dia mai ambik aku di masjd Nurul Hidayah ni.
Azuan jemput Kak Leez dan Kak Zahrah sekali untuk jamuan makan malam ni..actually dia ada ajak lagi dua tiga orang lain tapi semua tak dapat datang last minit sebab ada hal yang tak dapat dielakkan..so kami bertiga sahajalah malam ni..Cantik ruang tamu rumah si azuan ni..barang barang semua datang dari Jakarta okeh..jangan men men.setakat barang IKEA dia tak pandang pak!
Apa menu malam ni??ooo ada mee kari..
Gulai Ikan Tongkol..Mak Ajuan Buat Nasi Dagang..
Gulai ayam untuk makan ngan nasi dagang jugak..
Ni nasi dagang aku yang dah tambah dua kali..aku taknak tambah banyak sangat sekali mak dia mai bubuh 4 senduk kat pinggan aku.makan jer lah..carbo load lah ni kononnya sebab esok pagi aku join SIEMENS run di Dataran Merdeka jam 8 pagi..Ok jugak nasi dagang ni..cara KL..but still delicious!(kena lah kata delicious kang kalau kata tak sedap matilerrrr takleh mai dah rumah ajuan lepas ni.hehee..tapi serius.sedappp..)
Ni mee Kari Kerang Banjir..puas hati buh segala bahan bahan tu..nak nak tang kerang boleh ambik banyakkk..dah makan nasi dagang dua pinggan penuh makan pulak mee kari..mantap!!!memang bukan carbo load dah ni,ni overload namanya..hahahaa..reZeki jangan ditolak musuh jangan dicari tak gitu kawan kawan..aku tak dengar sangat apa yang diorang duk gosip pasal Norjuma..heheeee
Banyak sangat makanan tu untuk kami bertiga..Alhamdulillah..:)
Lepas makan sambung sembang pulak di sofa yang empuk..sembang sembang sambil transfer gambar trip penang bagi kat Kak Leez..nanti masuk lah syarliz.blogspot.com kalau nak baca cerita pasal trip penang.hehee..setel semuanya aku ngan azuan pi hantar Zahrah kat rumah dia di Keramat..malam ni aku kena rehat cukup sebab esok pagi nak berlari 10 KM Siemens Run di Dataran Merdeka..
*to be continued..
Kirim salam kat Azuan ya.. peminat blog dia ni...
ReplyDeleteSlm....Kirim salam kat Pak Azuan ya.. peminat blog dia ni..
ReplyDelete