About AXIMUD

Saturday, November 26, 2011

KISAH BALIK KAMPUNG,WALAU SEKEJAP PUN JADI LAH..

Malam tadi sampai ke kampung halaman quite lambat jugak.Aku banyak berhenti untuk rehat..tidor lah maksudnya tu..bertolak dari KL jam 6 petang,pukul 12 tengah malam baru sampai..mengantuk toksah cakap lah kan drive sensorang..maybe sebab tak cukup rehat dan badan pun penat..banyak kali orang belakang beri lampu tinggi sebab kereta terhoyong hayang.aku kira Malaikat yang selamatkan aku daripada eksiden ,tentunya dengan izin dari Allah..Yang penting akhirnya aku selamat sampai kampung dalam misi nak bertemu ibu dan bapa ku.


Dalam keadaan mengantuk masuk rumah terus segar bugar bila tengok mak kat dapur tengah duk goreng keropok lekor..keropok lekor buat sendiri pakai ikan tamban.dia tahu aku nak balik tu yang terus buat keropok lekor..Terharu sungguh rasa di jiwa.walaupun aku dah dewasa dan dah mampu berdiri atas kaki sendiri tapi aku tetap rasakan mak sentiasa anggap aku ni his little boy..dulu kini dan selamanya.


Mak,terima kasih atas kasih sayang yang mak curahkan.atas setiap keropok lekor yang terhasil,di situ terkandung seribu pengertian kasih sayang seorang ibu yang sentiasa sayang anaknya tanpa syarat.sedih aku lihat tubuh tua itu berjaga tengah malam demi nak memastikan aku dapat makan keropok lekor jugak setibanya sampai..saya akan sentiasa ingat budi baik yang mak curahkan.Saya sayang mak sampai mati..Terima kasih mak.terima kasih banyak banyak..


pagi tadi bangun tidur awal.dalam pukul 5.30 pagi mak dah kejutkan untuk bersiap solat subuh.sebab pagi ni nak kena hantar ayah ke Hospital Kemaman.biasanya ayah akan pergi sendiri..tapi nki lah tujuan aku balik,saja nak hantar dia buat rawatan ke Hospital Kemaman.Mak dan ayah kita ni faham faham sajalah,anak adalah sumber kekuatan..diorang takkan cakap tapi kkita sebagai anak kena faham sendiri lah.common sense what..dalam pukul 6.30 pagi kitorang gerak ke Hospital Kemaman.Faiz dan Ami aku angkut sekali.biar ramai ramai baru meriah..


Mak macam biasa lah,memang sentiasa jadi jururawat peribadi ayah..jujur aku katakan aku sering kagum dengan sikap mak yang sentiasa sabar melayan kerenah ayah..walau macam mana keadaannya sekalipun,mak tetap sabar..kami semua pun dah faham benar dengan sikap ayah..so no hard feeling pun..orang sakit kadang kadang angin nya lain macam.kena faham jer lah..


actually aku pun tak berapa reti what to do setiap kali duk teman ayah hantar hemodialisis ni.biasa nurse jer akan buat..kitorang just ambik alat nak cek tekanan darah then ambik reading catat dalam buku..yang lain lain biar mesin yang uruskan..sampai sekarang memang ayah wajib cuci darah 3 kali seminggu..sebab buah pinggang ayah kedua duanya dah rosak teruk.


Dulu masa mula mula tengok ayah berselirat dengan wayar dan tengok darah keluar masuk timbul rasa sedih dalam hati.macam tak sampai hati tengok ayah macam ni.as da time goes by,we already accept the fact that our dad is sick and he really ned a treatment like this.Allah Maha mengetahui tiap sesuatu yang Dia Kerjakan.so ada hikmah semuanya.jangan risau dan Khuatir sebab Allah tak pernah buat sesuatu perkara itu dengan sia sia.pasti ada jalan ceritanya yang tersendiri.after all,we all just a typical humanbeing yang dhaif lagi lemah.Allah jualah yang Maha berkuasa atas segala galanya..


Sementara tunggu ayah siap dialisis.(Hemodialisis mengambil masa 4 jam untuk siap) aku,mak,ami dan faiz ke pasar kemaman yang berdekatan untuk sarapan pagi.aku dan faiz makan nasi kerabu,ami makan nasi minyak dan mak pula makan nasi goreng yang kak la goreng pagi tadi,bawak bekal dari Rumah.aku suka sungguh sarapan pagi di Kemaman ni.meriah.macam macam nasik ada.nasi miniyak ada.nasi kerabu,nasi dagang,nasi ulam,nasi goreng,laksam,laksa dan macam macam lagi lah.satay pun dah ada pepagi buta..hehe.makan makan sambil sembang sembang..banyak perkara yang mak beritahu.biasanya semua berunsur nasihat..Nasihat yang paling aku suka masa tu ialah Mak kata,kalau kita dipuji orang jangan lah rasa bangga sebab orang yang puji kita tu tak nampak kejelikan yang ada pada diri kita.kalau diorang tahu sisi buruk kita,pasti diorang takkan puji kita..betul pun.Fitrah manusia memang macam tu..kalau kita buat seribu kebaikan dan kemudiannya cuma satu kejahatan,orang akan ingat yang satu tu dan bukan seribu kebaikan itu tadik..


Selesai makan pagi kitorang balik ke Hospital dan singgah di surau hospital.mak nak buat solat sunat dan semuanya.aku pulak tertidur sebab semlam macam tak cukup tidur..terjaga terus ambik ayah di tempat dialisis dan pulang ke rumah.sampai rumah mak masak untuk makan tengahari makan nasi dan budu serta ikan singgang.amat nikmat..then lepas siap makan aku dah siap siap nak balik ke Kuala Lumpur semula..sebab esok ada acara larian di Desa Park City.aku dah beritahu ayah dan mak awal awal lagi pasal ni.at least aku balik sekejap ni pun aku rasa dah bersyukur sangat.dapat tengok mak dan ayah tu dah seribu rahmat bagi aku..


Lupa nak bagitau masa di Pasar kemaman pagi tadi mak ada beli dua buah kitab..dia beri pada aku suh baca bila balik di Penang nanti..Kitab Bidayatul Hidayah dan Kitab Al-Hikam..dalamnya terkandung banyak nasihat dalam usaha untuk kita mencari keredhaan Allah,dan jalan untuk menuju ke syurga..Terima kasih yang tidak terhingga azim ucapkan..hingga kini pun mak tak putus putus beri pendidikan agama..kadang bila aku duduk di Penang sorang sorang tu memang terhanyut tanpa arah..mujur ada mender macam ni lah yang mengingatkan aku balik..dan selalu bila aku nak jadi lupa aku akan telefon mak supaya aku kembali ke landasan asal..Mak penuh dengan kata kata hikmah..dan takkan ada galang gantinya untuk hal yang satu itu..Semoga Allah akan memberkati kedua ibu danbapaku..Ameen.Doa untuk ibu bapa ku :

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
 
*Sampai KL jam 10 malam tadi..now dah nak kena berehat untuk larian esok..larian esok bertempat di Desa Park City.just 10 KM run..hopefully i can finish the run within the time qualification.Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..