11.11.11
Alhamdulillah aku selamat sampai ke Kuantan jam 7 pagi tadi..Dari Kuantan Kak tie dan Kak Ina datang ambik aku ke Kemasek..actually tujuan aku pulang ke kampung halaman sebab nak meraikan majlis pernikahan dan persandingan sepupu belah ayah,Nor aini dan Juga Mohd fahmi..Ainbernikah hari ini dan Fahmi akan bernikah esok.Tahniah buat kalian berdua!!
Sampai di tempat majlis pun dah lambat..majlis akad nikah dah habis..maklumlah orang jauh sampai..maaf atas kelambatan.sampai masa ni semua orang duk sibuk bergambar dengan pengantin..Ain memilih pasangan hidupnya dari Tukmenistan,Yunus Tagayev.Kenal sebab sama sam abelajar di Universiti Teknologi Petronas.Kalau dah jodoh tak ke mana.
bergambar bersama pengantin baru
ahli keluarga yang ramai hadir memeriahkan suasana.
tema pagi ni ialah Gold.aku pakai baju putih sampin gold.Boleh lahhh.
Its makan makan time..
Kuih Tradisional Terengganu
Nasi beriyani
Oleh kerana jemputan ada terdiri daripada pihak pengantin lelaki dari Tukmenistan sana,makanan western pun ada disediakan seperti Roti dan spaghetti..First time ni aku attend kenduri kahwin di malaysia makan spaghetti.aku minat juga spaghetti.sos tomatonya sedap!!
Bagus juga bila ada kenduri kahwin sedara mara sepupu sepapat ni..at least this is another medan untuk bertemu sanak saudara dan juga berkumpul adik beradik..macam hari raya juga lah..Kenduri kahwin pagi ni di kerteh so tak lah jauh sangat dengan rumah.
tinggi si Yunus Tagayev..
Keluarga Yunus dari Tukmenistan..mak ayah dan adik lelaki nya
bergambar bersama mok wook,tuan rumah.Tahniah dapat menantu!!
Adik beradik dan kakak iparku
Majlis makan makan sampai pukul 12 tengahari..ni kiranya majlis makan sempena akad nikah..the real majlis untuk tetamu yang terpilih akan diadakan malam ni di Grand ballroom Awana Kijal..Apa apa pun Tahniah kepad Nor Aini dan Yunus!semoga Jodoh berpanjangan ke akhir hayat!
*next entry cerita pasal Majlis persandingan di Grand Ballroom Awana Kijal.
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..