Baru balik dari bercuti Hari raya Aidiladha.
Hari ni dah ken masuk Opis sebab dari 8-10 November berlansungnya satu SIRIM Surveillance Audit untuk ISO 14001 : 2004 Environmental Management System di stesen.As Orang Kuat untuk this sistem nak tak nak have to go through this audit with the sirim Auditor sepanjang 3 hari ni.Biasanya cuma dua hari but ince auditor kali ini hanya seorang tu yang lajak sampai 3 hari.
Macam biasalah bila audit bilik mesyuarat akan berselerak dengan Fail sebab semua documentation akan di audit..mana boleh jawab aku jawab.tak boleh jawab yang bahagian orang lain punya aku call diorang suh jawab soalan auditor.so far so good lah..everybody give kerjasama yang baik.cuma bila buat betul betul lepas raya haji ni susah sikit lah nak dapat auditee sebab masing masing busy beraya dan bercuti lagi makan daging di kampung halaman masing masing.
Audit meliputi dokumen dan juga site Audit.bawak lah Auditor wanita ni jalan jalan pusing stesen untuk lihat keberkesanan Sistem Pengurusan Alam sekitar di stesen tempat aku bekerja.Tak banyak isu sangat pun..Stesen aku ni bersih..cuma scheduled waste stor dia ada komen sikit sebab kelihatan terlalu dhaif.Hopefully management will do something about this later on.
Perbincangan diteruskan lagi..jangan main main auditor ni strict punya.tak kasi can lansung..mana yang salah akan ditegur secara direct.Terima kasih la puan eliza Othman sebab banyak juga beri tunjuk ajar.aku tahu dalam auditing,auditor tak sepatutnya ajar auditee how to do this and that.semua tu atas budi bicara masing masing lah.
Bab bab audit ni aku suka sebab Kuih pagi dan petang akan ada..Time Lunch pun boleh bawak auditor makan kat mana mana restoran sebab ada Budget di allocate kan for this purpose..banyak mana sangat kan boleh makan..untuk pagi dan petang biasanya ada kuih muih.
antara kuih yang disediakan.
This auditor memang dah familliar dengan sistem pengurusan alam sekitar di TNB..sebab hampir semua stesen dalam Malaysia ni dia dah pergi..lebih kurang sama jer excellent nya.hheehe..anyway Puan Eliza ni sempoi..boleh bawak bergurau dan boleh dibawak bersembang.
Tadi dah diadakan majlis penutup untuk Audit ISO 14001 :2004.Overall our stesen still mencapai tahap EMS yang masih bagus.cuma ada satu NCR dikeluarkan..nanti kami attend that NCR sesegera mungkin..Insya Allah.
GM memberikan sumbangan cenderamata kepada auditor.Audit bagi aku bagus sebenarnya.at least bila ada audit baru kerja akan berjalan.kalau tak ada audit memang banyak lah kerja orang tak akan buat..Depend pada masing masing lah..Insya Allah tahun depan jumpa lagi ya Puan Eliza untuk recertification audit pulak.
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supava kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang taqwa." (al-Hujurat: 13)
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..