And this is da reason why aku just balik kampung sekejap sahaja.
Sebab nak join Desa Parkcity 10KM run.actually this event bertindih dengan Nike We Run KL 10KM..aku sign up dua dua and end up datang this event at Desa Park City ,because kak Tie sign up yang ni...so boleh la together gether berlari sama sama ..my partner yang sign up skali untuk Nike boleh pulak demam dan tak dapat nak berlari,so better aku join yang Desa Park City.and another reason because Nike Run tak bagi finisher medal.hehe.
Bangun pagi tadi dalam pukul 5.30 pagi.then bersiap untuk solat subuh,kemudian dalam 6.30am baru kitorang gerak dari Ampang ke area Desa Park city which is quite far jugak.dalam hati dah berdebar takut tak sempat sampai sebab flag off pukul 7.10 am..nasib baik a day before kak tie dah survey this tempat so memang tak sesat lah.by 6.50am kitorang dah sampai.Alhamdulillah..terus siap siap pakai kasut dan pakai BIB kat baju.first time aku sampai sini,memang tempat orang kaya lah kat sini..
Ingatkan kitorang sampai on time.tapi masalahnya tempat parking adalah sangat jauh dan lebih kurang satu KM lebih..memang tak sempat lah nak kejar time flag off..halfway berjalan ke garisan permulaan dah tengok orang da start berlari.terus aku ngan kak tie kejar jugak untuk sampai ke garisan permulaan.sebab timing chip kat kaki dikira sensornya kat tempat mula.memang kelam kabut.in fact,aku ngan kak tie memang taks empat nak warm up apa satu pun.terus berlari.dah la aku nak terbuang air kecil.tak peduli.redah berlari dulu..pikir pasal nak kencing kemudian.dalam 10 minit jugak kitorang lambat..tapi takpe lah nak buat macam mana kan.
menurut kata our manager,Yana,ramai lagi orang lain yang lambat.hehehe
Masa permulaan lari,aku memang struggle nak kejar orang lain..pace masa ni 1 KM dalam masa 5 minit.quite laju lah jugak sebab nak samakan kedudukan.dah jauh sangat ketinggalan..tapi memang rasa nak give up pun ya.sebab tak proper warming up sebelum mula berlari.so aku decide tak nak pressure pressure sangat dan just enjoy the run.berhenti ambik gambar dulu dan minum air di water station yang disediakan pada 3 kilometer pertama.
The real mental challenge ialah bila kena daki satu bukit yang gilaaa tinggi!!kawasan dalam Desa Park city ni memang dah berbukit,tapi ni ialah bapak kepada segala bukit yang ada.memang aku tengok orang lain pun dah berhenti dan just jalan kaki menuju ke atas..aku just jalan dan ada jugak berlari ssekejap sekejap.memang sapa tak tahan mental boleh give up wehhhh..masa sampai atas aku rasa macam heaven giler,terus masa turun aku sprint laju laju sebab nak cover balik masa yang dah terbuang sebab daki tadi..
Lepas dah turun bukit tinggal lagi 5 km..kali ni aku rasa dah dapat momentum yang betul untuk berlari..dan kali ni aku maintain pace 1km dalam masa 6 minit..ada lah jugak dua tiga kali berhenti.tapi 3 KM terakhir aku tak berhenti lansung.just push myself dan paksa supaya boleh sampai dan catat personal best.(Thanks to Yana sebab ambik gambar masa aku nak sampai ni)
Masa dah nampak garisan penamat memang lagi lah aku bersemangat!lari dengan laju walaupun otak kata suh berhenti.tapi badan still hayun kaki laju laju supaya cepat sampai dan catat masa terbaik..
Alhamdulillah!!akhirnya aku finish the run tanpa sebarang injury..aku risau jugak sebab tak ada proper warming up might cause injured masa berlari.badan kita ni tak boleh nak paksa paksa sangat..sometimes kena listen to our body..masa dah sampai actually ramai jugak orang lain dah sampai.semua stok sub below 1 Hour jer..
i did make my personal best here,which is 10km within 1 Hour 3 minutes..rekod sebelum ni 1 Jam 6 minit..timing aku kira by endomondo..kalau ikut guntime memang lebih 10 minit lah sebab aku start lambat.aku kira chip timing punya masa.Insya Allah aku akan berusaha gigih lagi nak cuba dapatkan 10KM below 1 Hour later.i think i can do it!with proper training,Insya Allah.and yeah,i got my finisher medal too here!
semua yang berlari..syabas buat korang!
sakan minah ni berlari.excited sampai lupa nak ikat rambut.bahahahahahaa...
Dalam pada aku dan Yana duk tunggu kak tie sampai,sempat lah pi minum dulu dan melangsaikan hajat di tanda International School Desa Park city..Then tak lama kemudian kak tie sampai,dan aku berlari sama sama ngan dia menuju ke garisan penamat sebagai tanda sokongan seorang adik yang tidak berbelah bahagi terhadap kakak sulungnya itu..
come on kak tie!!come on!!you can do it!!sikit lagi tu!!
Dan akhirnya Finisher medal itu menjadi milik kami berdua sebagai bukti satu lagi 10KM run berjaya di habiskan oleh pasangan adik beradik ini.syabas buat kalian berdua!!
Terjumpa Zul dan Arman bersama keluarga masing masing..minggu ni diorang tak berlari,just beri masa untuk anak anak berlari pulak..good way to spend a quality time with family.aku rasa nanti kalau aku dah ada keluarga this is how aku akan spend masa cari aktiviti berkualiti macam ni untuk dikongsi bersama keluarga..aku jumpa Chan jugak,Opismate arman..pernah jumpa dia skali masa Siemens Run tempoh hari.dia dapat finish the run below 1 Hour.Congrats!event macam ni bagus jugak,aku dapat kenal kawan baru dan lebih rapat lagi dengan kawan yang dah sedia kenal.
bergambar gambar dan gambar lagik.manager pun nak masuk frame ok.
ni anak anak arman..Aida,Adam dan Aaron.nice to meet your kids arman!!
Ada aktiviti untuk kanak kanak pulak pada pukul 9.30 am,,2.2 KM..comey sangat bebudak ni dengan kelakuan masing masing.within 8 minit ada yang dah sampai.laju ok bebudak ni berlari..dapat tengok aksi ibu bapa yang bimbing anak anak masa nak sampaike garisan penamat sampa hos majlis siap warning kata ibu bapa takleh guide anak anak..kena suh depa berlari sendiri.apa apa pun,its a good event in term of family value.
Sarapan pagi nasi lemak yang diberikan adalah macam kelakar.aku expect they will provide sandwich or something yang light light..tapi dah diorang bagi ni so makan saja lah.nasib aku tak berapa baik sebab dapat nasi lemak yang basi..makan dua tiga suap then terus buang.matilaa sakit perut kejap lagi ni.
Overall aku rasa penganjuran yang julung julung kalinya di adakan di Desa Park City ni boleh di anggap berjaya.walaupun ada beberapa kelemahan yang perlu dibaiki tapi overall semuanya ok lah..kelemahan ketara macam diorang tak prepare betul betul dan macam tak cukup petugas sangat.tapi aku suka berlari dalam kawasan desa parkcity yang aman damai ni..they own their territory sendiri tak bercampur dengan dunia luar,of course lah tempat orang kaya kan.at least aku dah rasa track dalam ni,track yang paling mencabar bagi aku dengan kehadiran bukit tonggek tadi..Jumpa lagi dalam acara lain nanti!!
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..