About AXIMUD

Monday, December 5, 2011

FOOD REVIEW : RESTORAN AYAM PENYET WONG SOLO,DAGANG AVENUE AMPANG

Salam bersiaran di hari Isnin!!

Here i am back in Penang again..Aku sampai Penang pagi tadi jam 4 pagi..then sempat lah tidur kejap sebelum solat subuh and terus siap siap untuk pergi kerja..Kerja di Opis hari ni as usual lah kan,tak pernah surut.makin bertambah ada lah.dah bercuti di KL weekend yang baru saja berlalu maka agak lemau lah sikit nak kerja.Mood adalah kurang.Tapi tanggungjawab adalah alasan utama kenapa aku have to keep going.Doakan aku agar dapat melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin ya kawan kawan!!

Kali ni nak cerita kisah makan tengahari semalam di Taman Dagang Ampang.Dari Viva Home Cheras aku ngan azuan sempat singgah kat showroom Perodua.siap test drive Alza lagik.haha.saja lah try..macam ada plan nak tukar kereta lain.tapi still searching for a car that will suit me well..Alza is not the one lah sebab aku tak nak cari MPV.but saja test try tengok.Tengah test drive kak leez call tanya kami ada kat mana sebab dia kata dia bosan..nak ajak keluar..so kitorang decide untuk lunch sama sama.


Lama jugak tak pekena makan di Wong Solo.so di area Taman Dagang Ampang ni memang banyak pilihan tempat makan.Hati aku terpaut untuk makan ayam penyet kat sini..masa nak masuk kedai ada insiden pulak,which is depa ketemu sama depa punya ex-boss yang nak attend majlis kenduri kahwin but not sure kat mana.so kitorang tak sempat masuk dulu Restoran pi bawak boss yang sedang blur itu ke destinasi yang ingin dituju.Menolong orang itu gembira kan kan kan??:)


And after that we going back to this Restaurant.ada pilihan nak makan kat meja makan atau nak makan bersila.Dekorasi dalamnya memang dah dibuat ala ala macam kat Indon dah.kata makanan authentic Indon kan.so kitorang pilih untuk makan bersila di satu sudut itu.boleh gak melunjur lunjur kaki.nak mengilai pun takder masalah sangat sebab ada ruang sendiri.hehehee.


Air yang diorder ialah air Jus alpokat untuk kak leez,air kelapa muda untuk azuan,dan aku just order air teh o suam.nak order teh botol macam yang kat indon tu takder pulak kat sini.ni memang nak kena pi Indon dah ni dalam waktu terdekat..hehe.alasan sangat.


alih alih aku sorang jer order SET AYAM PENYET.diorang just order lauk jer.aku macam tanak makan nasik tapi mengenangkan sangat lah kelaparan masa ni,so tak dapat nak kawal nafsu order jugak lah set ayam penyet RM10.90.rasanya berbaloi sebab ada ayam,ada terung,ada sayur,tauhu dan tempe sekali satu set.nasik aku makan separuh jer ya..sekarang ni tengah nak cuba cut the meal portion into half.by doing that i can control my daily calories intake.


Azuan order Ayam Penyet bahagian Dada


Syarliz.blogspot.com order ayam bakar sahaja.nak diet lah tu kan.


Tauhu dan Tempe ni azuan jugak order.tapi makan sama sama lah.


SOTONG GORENG TEPUNG berharga RM13.50 satu pinggan macam ni tidak menghampakan.memang sedap tepungnya.aku pernah rasa sotong goreng tepung wong solo ni kali pertama di Shah Alam.memang sedap.dan yang ni pun sedap.Boleh di order lagi di lain kali.


Jemput tengok saya makan ya rakan pembaca budiman sekelian!


Lama jugak kitorang lepak kat sini..dekat 3 jam.duk bersembang dan ketawa tak sesudah..macam macam lah hal dibincangkan,tapi most of the hot topic ialah pasal travel.banyak plan jugak yang akan berlansung tahun depan ni.semoga Allah memudahkan urusan kami semua..Actually da reason why kitorang lepak lama di Restoran ni sebab nak tunggu seorang rakan blogger yang baru sahaja melansungkan perkahwinannya minggu lepas..tak dapat nak pergi majlis diorang so nak pass kan hadiah kahwin jer lah.Dalam pukul 6 baru depa available.


Overall aku rasa makanan di Wong Solo adalah sedap dan recommendable! Boleh datang lagi lain kali.Ayam penyet nya adalah ohsem..sambal pedasnya pun terbaik dari ladang lah..tak menyesal punya kalau korang menyinggah.Alamatnya:

Ayam Bakar Wong Solo
No. G18 & G19
Jalan Dagang B/3A
Taman Dagang
Ampang
Kuala Lumpur

Tel No: 03 – 4270 1947

Keluar dari restoran Wong Solo jam 5.45pm.So sempat lah nak jumpa pengantin baru on time.Rancangan untuk berjumpa adalah bertempat di Satay Station Kampung Pandan Dalam.erkkkkk makan lagi ker??takpaa.makan satay jer..lagipun dah lama jugak tak pekena satay station Ampang.Boleh lah buat perbandingan mana sedap satay station ni ataupun satay willy di Bangi yang aku dah rasa aritu masa berkursus di bangi.

Ok next entry lah aku cerita pasal perjumpaan di Satay Station.

Dah mengantuk ni.Bai.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..