Selamat berhujung minggu buat semua pembaca budiman..
Pagi sabtu di Penang.Rasa macam dah lama tak memulakan hari sabtu di Penang.Biasa weekend hari jumaat mesti aku akan ada program kalau tak balik kampung,ada event berlari ataupun jumpa member member luar dari kawasan Penang,ataupun outstation.Pagi tadi bangun rasa tenang jer.Tapi pukul 3.30 pm dah naik bas ke Kuala Lumpur pulak.sebab esok ada event di Subang Jaya..Sampai di KL jam 9 malam tadi.
First Thing to do ialah mencari makan sebab lapar.sebenarnya aku duk teringat ingat Ketam Telur masin di Restoran Pak Ya galaxy Ampang..last week makan macam tak puas so aku ajak lah syarliz.blogspot.com ngan azuan untuk bawak aku makan di sini..diorang pun ok jer.so here we are again at Restoran Pakya Muslim Chinese foods corner.
air kedondong asamboi dan lemon ais.
Memang masing masing tak rasa nak makan sangat.aku pun memang misi utama nak cari ketam telur masin sahaja.so kitorang order Nasi Goreng ni sepinggan untuk kongsi tiga orang.NASI GORENG YANG CHOW nama diberi..definisi dalam bahasa melayu aku tak taw.tapi dalam nasi goreng ni ada macam ketulan daging,ada Udang seekor,ala ala nasi goreng cina tapi ada rasa kuali sket sket.pekena ngan sambal kicap lada tu masyukkkkk.sedap lah.
and this is KETAM TELUR MASIN yang dirindui selepas insiden minggu lepas..kuahnya yang berkrim dan pekat serta rasa adunan telur masinnya memang meikat jiwa!!ada resepi ker tak cara cara nak buat?ketam yang diguna pakai pun ketam nipah.Isi padat dan rasa fresh.memang sedap lah..nak nak tang sepitnya yang besar tu.
sorang sekor kali ni.Puas makan!
meh meh jemput makan ketam!!
Order jugak satu pinggan LALA MASAK PEDAS.actually ada nama cinanya.tapi aku dah takk ingat.aku tak perasan sangat rasanya macam mana sebab duk fokus sangat pada ketam..This lala rasanya ok ok lah..standard rasa lala lah.boleh la.tapi ketam tu tetap nombor satu lah.haha
kan dah kata sedap.sebab tu licin.Alhamdulillah.
Seronok sangat berborak sampai tak sedar kedai dah nak tutup.last last kami bertiga pelanggan terakhir.masa sampai mula mula tadi penuh orang..nasib baik ada seat kosong.so nampak dah kat situ this kedai memang sentiasa penuh jer orang.tambah pulak malam minggu macam ni.semua duk pakat nak bawak keluarga makan kat luar.kalau korang ada kelapangan mai lah rasa ketam telur masin tu.sedapp.Cuma tak boleh makan selalu.Muak.aku rasa pun dah cukup lah ketam tu buat masa sekarang.tunggu tahun depan pulak lah.
Azuan jumpa kak leez pun sebab nak beri shorter glass hard rock cafe dari Jakarta,kebetulan dia ada pergi Jakarta aritu..aku punya glass dah ambik aritu..sembang lagi kat tempat parking then baru kitorang beredar.aku perlukan rehat malam ni,sebab esok ada event berlari 10 KM di Majlis Perbandaran Subang Jaya.Terima kasih ya kalian sebab sudi teman aku dinner!Next time jumpa lagi..Insya Allah.
*Jom tidur.selamat malam.assalamualaikum.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
nmpk sedap ketam tuuh., ;p
ReplyDelete