About AXIMUD

Friday, December 9, 2011

WEEKEND GETAWAY : LANGKAWI DAY 1 PART 1 - THE ARRIVAL & PANTAI TENGAH,LANGKAWI

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke Langkawi.

Apa-apa pun,jom kita rewind balik cerita pagi tadi masa nak bertolak.Ok first thing first,trip ni rancang last minit dan tujuan kitorang datang pada 9-11 Disember ni sebab nak tengok LIMA 2011 dan juga sebagai cuti cuiti hujung tahun.


Pagi yang indah.aku dan syajaie sempat pi Jogging dulu sebab Flight pukul 12 pm nanti.so sempat lah jogging dan dalam pukul 10 pagi kami berlima masuk ke stesen.This trip kali ni aku pergi dengan 4 orang colleagues yang lain.sekali sekala nak berjalan gak dengan member opis..Daripada Opis ada lah member tolong hantarkan ke airport.Thanks korang ya!ada coklat menanti korang nanti.hehe


Suasana airport penang buat masa ni still under construction.so memag jalan dalam tempat nak naik kapal terbang tu quite confusing.nak dijadikan cerita flight kitorang di tunda dari pukul 12 pm ke pukul 4 pm.memang rasa kecewa sangat sebab dah plan kot kot sampai awal sempat lah nak tengok Air Show LIMA 2011 sessi petang.takpaa lah.nak buat macam mana tu semua beyond our control.terpaksa melepak dalam airport lah sampai pukul 4 pm.memang tak patut lah air asia buat camni.tapi tu jer flight tambang murah yang ada setakat ni.Orang komplen ker tak komplen ker sale tiket diorang tetap akan meningkat.


Flight dari Penang pukul 4 pm dan dalam pukul 4.40 pm kami berlima selamat mendarat di bumi Langkawi.biar lambat asalkan kami semua dah selamat mendarat dengan selamat..itu yang paling penting..Alhamdulillah.dalam flight tadi memang aku tidor jer.walaupun sekejap.Sementara menunggu tadi pun dah siap siap lunch kat airport,so masuk flight nak buat apa lagi kan.tidor je lah.


Sampai di airport,perkara pertama nak kena setelkan ialah cari kereta sewa.maklum lah cuti sekolah sekarang ni so banyak kereta dah tak available.tanya kat tempat kereta sewa di airport last last kami dapat sewa sebuah Nissan Latio Sport dengan harga RM300 untuk dua hari.quite ok sebab kami 5 orang,setakat RM300 tu bagi 5 baru 60 ringgit seorang.so no complaining terus book jer tahat nissan latio.nak beli sendiri entah bila so sewa pun kira jadi lah.This latio sport quite nice sebab baru lagik.


Dah ada kereta so senang la nak bergerak.terus kitorang bergerak ke Rumah peranginan kompeni.Actually shahirwan ada dapat rumah peranginan ni.so tak perlu dah nak cari tempat penginapan yang mungkin akan memberikan harga yang tinggi time musim cuti sekolah ni ..Lokasi rumah peranginan ialah di Pantai Tengah.dah dekat dengan awana Porto Malai tempat LIMA 2011 maritim shows.


sementara menunggu penjaga rumah sampai


And this is encik nasir,penjaga rumah peranginan di sini..dia baru balik dari Haji katanya.so bagus dan peramah.senang nak tanya apa apa kat dia.so masuk dalam rumah dia terangkan lah serba sedikit peraturan yang ada.Nice to meet you haji Nasir.


Quite nice kan?Biliknya pun luas.berbaloi baloi.


Dah masuk dalam rumah penginapan tadi masing masing just terus mandi solat dan sebagainya sebelum nak keluar balik nak tengok sunset di Pantai Tengah kalau sempat..Punyalah ramai orang tepi pantai..semua nak tengok sunsetbarangkali.


Here i am at Pantai Tengah, Pulau Langkawi


Ramai orang tepi pesisir pantai seolah menunggu peraih ikan pulang ke darat


Yang syok tengok orang duk main parasailing..cumanya kami tak buat lah walau teringin sebab sekali buat RM60..Tema utama percutian kali ini ialah percutian budget so kena squeeze mana mana yang tak penting kasi buang..hehehee..Insya Allah kalau ada rezeki next time lah pulak.


hajat di hati nak tengok sunset tapi tak berapa nak kesampaian sebab sunset tak berapa nak nampak bila dilitupi awan tebal.takpaa lah.macam ni pun dah cukup indah bagi kami..Subhanallah..dan dari Pantai Tengah ni kami berlima terus menuju ke area Pekan Kuah untuk makan malam pula..

*to be continued

3 comments:

  1. Langkawi!!!! best!! dulu selalu pergi cuma sekarang je jarang.. :)

    ReplyDelete
  2. rumah penginapan tnb kat sana tu kemudahan aircond n air dalam toilet okey ke??

    ReplyDelete
  3. MCMNER NK CALL RUMAH TUMMPANGAN TNB TUH???

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..