Kuala Lumpur agak lengang nampaknya.
Jalan raya pun tak berapa sibuk.ramai orang dah balik ke kampung halaman masing masing sempena cuti tahun baru cina.Cuti panjang pulak tu sampai hari selasa..aku hari ni macam biasa lah, just spend masa di Hospital Kuala Lumpur lah. Kak Tie dan anak anaknya serta ami ada skali.Shuk dan kak feeza dah balik temerloh.
Diyana datang tengahari tadi untuk lawat ayah..Terima kasih sebab lawat kami..
Hari ni ayah buat hemodialisis..sementara ayah berhemodialisis kak tie nak bawak anak anak nya pi main rollercoaster kat Berjaya Times Square..bila lagi dia nak bawak anak anak nya berjalan..Sakan lah diorang main theme park di Times Square tingkat 5..hopefully seronok lah diorang tu dapat main ngan Ummi nya..Along demam tapi dah beransur pulih..Alhamdulillah.plan asalnya aku nak ikut skali tapi aku nak ke Maxis Center sebab nak bayar bill telefon..dah kena barred..mula mula ke Maxis Center Wangsa Maju.tapi tutup sebab cuti Chinese New Year..so aku hantar kak tie dan anak anaknya serta ami sekali ke Times Square dekat Bukit Bintang then aku terus ke KLCC.
Masa aku sampai di KLCC aku ingatkan mesti tak berapa nak ramai orang..sekali sangattt lah ramai umat warga asing kat sini..macam macam orang asing ada..ye lah.ni lah kesempatan diorang nak konker KLCC kejap sementara semua orang balik bercuti..
Tahun Naga air
Aku datang KLCC ni sebenarnya nak setelkan bil maxis jer.lepas dah siap bayar terus nak balik semula ke HKL.sekali tersangkut di Kedai Pop Corn ni..First time aku makan Pop Corn ni lepas berlari Mizuno Run hari tu,yana ada belanja belikan this pop corn untuk aku dan LJ..Thanks Yana!!biasa datang KLCC memang selalu tengok orang ramai duk beratur semata mata nak beli this pop Corn..so kali ni aku pun gatal lah beratur sekali.nak try beli.
in KL,If you want to sell something,just sell.kalau sedap konpem orang akan beli lagik.
Tapi bab harganya yang tak leh tahan..kalau di kedai muthu korang leh dapat satu peket singgit.tapi yang kat sini satu peket kecik RM16..yang saiz Medium RM21, Saiz Large RM26..kalau Jumbo saiz RM39..Pehhhh sangat lah mahal..sekali setahun ok kot kalau nak beli..dah la tak bagi value untuk kesihatan sangat sebab kandungan gulanya tinggi (yang caramel crisp)..tapi untuk merasa boleh lah..jangan makan macam makan nasik sudah..
aku beli dua peket..satu small dan packaging yang cantik tu beli yang Large untuk seseorang..dia pesan suh beli..lawa pulak packaging tu harap harap kedap udara lah..jenuh jugak beratur nak sampai giliran membeli..akhirnya dapat apa yang di nanti..lepas beli aku tak singgah mana mana outlet dah.terus balik ke Hospital sahaja.
Elok aku sampai kat Hospital, ayah pun siap dari buat Hemodialisis..aku tak sempat nak sorokkan pop corn ni..ayah nampak dan dia mintak sikit..ayah ambik pop corn, bukak Tv dan terus makan pop corn ni macam tak ada apa apa berlaku..banyak pulak dia makan..Bila nurse datang cek gula dalam darah terus naik bacaan gula dalam darah 19!!sangat tinggi ok!cepat sangat gula masuk dalam darah.ayah memang ada diabetes..lepas ni kalau ada makanan yang tak boleh orang sakit makan memang kena sorok..kalau tak sorok alamat merajuk lah dia..
Actually this pop corn memang sangat sedap.at least sedap lah dari semua pop corn yang aku pernah makan.padan lah dengan harganya..tapi takleh makan banyak banyak sebab kandungan gulanya adalah sangat tinggi..sekali sekala boleh lah..but it does worth a try!now aku faham kenapa orang ramai sanggup beratur demi nak makan pop corn ni..:)
*Thanks kak leez datang lawat ayah aku tadi di HKL..appreciate it so much!!jangan lupa aktiviti xtreme kita minggu depan ya!heheheee..
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..