Ok jom kita sambung lagi cerita Trip ke Medan, Indonesia.
6 JANUARI 2012
Akhirnya setelah melalui jalan yang berliku, kami sampai jua di Kota Parapat.Parapat jauhnya 176 KM dari Kota Medan..so kalau non stop korang terus datang sini dari Medan ada lah dalam 4 jam boleh sampai.Kitorang siap berhenti henti lagi so dalam 6 jam jugak sampai..Yang jadi lama sebab jalan untuk ke Parapat ni tak berapa elok.Tu pun Pak Rizal dah bawak jalan alternatif sebab jalan yang biasa diguna macet.Our route untuk hari ini dari Kota Medan - Tanjung Morawa - Lubuk Pakam - Pasar Bengkel - Tebing tinggi - Siantar - Kota Parapat
Masa sampai di area Danau Toba,dari dalam kereta dah nampak keindahan Tasik Danau Toba..Nampak ray of light dari Matahari memancar ke permukaan tasik - memang memukau mata!aku tak sempat nak snap gambar sebab jalan agak pusing pusing dan tak ada tempat untuk kenderaan berhenti. So memang terakam Indah la Danau Toba at a first glance masa ni dalam ingatan..teruja sangat.And you know what?Reason aku nak datang sangat ke Medan sebab nak Visit Lake Toba ni lah.Cantik sangat tengok dalam Gambar.dah tengok sendiri lagi lah dapat menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan..Alhamdulillah.
Sampai di area Danau Toba ni dalam pukul 5.30pm..Matahari masih ada lagik..terus kami menuju ke Niagar Hotel yang telah di booking..rate Hotel ni agak mahal sedikit iaitu RM160++ satu bilik..so ambil dua bilik maknanya sorang dalam RM80++ jer lah..dan the first view of this Hotel : Breath taking!!rasa macam kat Negara Omputih jer.sebab This Hotel kat Puncak Gunung..so boleh nampak lah Danau Toba dari atas puncak.Aku suka lah environment this hotel.Sejuk dan Nyaman.
Kak Leez dan Kak Nnai Menguruskan hal-hal checked in..This Niagara hotel ada free Wifi.so aku dah seronok dah sebab kalau ada Wifi boleh lah update secara live di FB dan berhubung dengan kawan kawan serta orang tersayang secara percuma.Skali bila tanya Orang Hotel ni dia kata Wifi server tengah down.maybe dua tiga hari lagi baru ok.Terus rasa frust..Tak apa lah.tak ada rejeki kami.kalau kebiasaanya memang ada Free Wifi ni..Kat bawah aku sertakan alamat this Hotel in case kalau korang berminat untuk stay di sini lain kali.Untuk reservation pun boleh terus ke laman webnya :http://www.niagaralaketoba.com/reservation/reservation.html
Hotel Niagara Danau Toba
Jl. Pembangunan No. 1 Parapat
North Sumatera 21174
Indonesia
Phone : +62-625-41028
Fax : +62-625-41233
Indonesia
Phone : +62-625-41028
Fax : +62-625-41233
Satu lagi yang tak berapa syok sebab kami dapat bilik yang jauh dari View Danau Toba..gambar kat atas ni view from our room.kami dapat bilik yang tak berview kan danau Toba since bangunan Utama Hotel dah Fully Booked.ada student dari mana ntah buat program kat sini..pasrah dan Redha sahaja lah..janji persekitarannya nyaman dan sejuk..suasana kat sini memang bersih dan saujana mata memandang.Kami minta Pak Rizal berikan masa sampai jam 8 malam baru bertemu semula untuk keluar makan malam.
This is standard room.dua katil single.ada TV satelit.banyak channel ada
ada balkoni juga..kalau yang kaki merokok boleh la hisap di luar bilik ya.
Lepas dah siap mandi solat dan berehat sekejap dalam bilik kami decide untuk jalan jalan di sekitar kawasan Hotel..nak tengok sunset kalau boleh dari view atas puncak gunung ni..kalau ada rezeki lah..lalu di kawasan swimming pool nya.Macam best swimming pool nya.and thats da reason kitorang sanggup beli goggle kat sun plaza Mall pagi tadik.semata mata nak swimming petang ni.aku rasa berbaloi jer.hehe.Bila lagi nak rasa swimming di Medan.ni jer lah masa dan ketikanya yang sesuai.tapi sebelum swimming kami ronda ronda kawasan sekitar Hotel dulu.
what more can i say??sungguh indah..subhanallah!!
yang kat belakang tu lah Danau Toba..
View Niagara Hotel dari Puncak yang lagi tinggi.
Sini siap ada private garden.khas untuk tetamu hotel sahaja
view ni sangat lah aku suka..
Danau Toba yang berasal dari letusan gunung berapi sekitar 7500 tahun yang lalu menghasilkan sebuah danau yang panjangnya sekitar 100 Km dan lebar 30 Km dengan kedalaman mencapai 450 meter dan di tengahnya ada Pulau Samosir.
tak dapat nak tengok sunset dapat tengok ray of light ni pun jadi lah..
dah puas Ronda kawasan Hotel now our turn to swimming pulak..
senja dah beransur nak malam..
Yang ambik gambar kami tengah berenang ni Kak Nani.dia tak ikut swimming sekali.malas katanya..so aku,azuan dan Kak Leez jer lah duk sakan berenang walaupun hari dah makin gelap..Orang lain semua dah tak ada.cuma kami bertiga sahaja.nasib baik Swimming poolnya takder masa tutup.
Gambar underwater wajib lah ada.Tengok gambar underwater ni teringat kat Perhentian Island.Geng yang aku datang travel kali ni kenal dari Trip Pulau perhentian tahun lepas.Glad that we all can get long together well..This swimming pool Airnya sangat lah sejukkkkk!!tak tahann..kami swimming dalam 45 minit sahaja..aku rasa macam tak sampai.setengah jam jer kot..cukup lah dulu..lain tahun kita datang lagi swimming kat sini yek.hehee..
Dari swimming pool kami pulang ke bilik dan bersiap siap mandi dan solat untuk keluar makan malam pulak..dah swimming sakan tadi rasa lapar.tambah pulak dengan cuaca yang sejukk macam ni.lagi lah cepat lapar..tak sabarnya aku nak makan nasi padang kat sini!!
*to be continued..
lawaaaaaaanyaaa...comfirm akak duk sini jugak nanti..hehehe..
ReplyDeletecantik jugak ye danau toba ni...first time dengar tempat ni...
ReplyDelete