Kan best kalau tiap tiap hari adalah hari Ahad.
Ahad maksudnya bercuti je lah kerjanya.tak perlu nak masuk Opis macam hari ni..Monday blues sangat..Alhamdulillah selamat sampai malam tadi ke Penang dari Kuala Lumpur..actually hujung minggu yang baru saja berlalu aku spend di KL lagi memandangkan Ayah masih berada di Wad Nefrologi di HKL..dan kebetulan tarikh 28 January 2012 aku dah book untuk buat White Water Rafting di Kuala Kubu Selangor.
Seriously sangat teruja lepas dapat buat white water Rafting di KKB!!memang lagi best dari Sungai Kiulu Kota Kinabalu yang aku dah try ber water rafting kat sana pada May 2011..Berbaloi lah harga RM165 untuk seorang sekali lunch di KKB..Ada kesempatan nanti aku share kan dengan korang pasal White Water Rafting di KKB..Banyak gambar gambar mebarik untuk dikongsi..sakit sakit badan pulak hari ni sebab dua tiga kali jugak aku terjatuh dalam air..More details dalam entri kemudiannya ya.
Nak cerita pasal pagi semalam.
Aku macam biasa lah, bermalam kat wad ayah jer teman mak..Faiz pun ada sekali tidor satu malam di wad ayah sebelum dia balik ke Nilai Semula..Pagi pagi lagi kami dah bangun dan solat subuh..lepas solat subuh duk baca kitab Hikam dengan Mak dapat dua tiga topik then Ayah suruh pi cari sarapan pagi di Pasar Chow Kit..Kali ni aku tak bawak kereta turun KL..so aku,mak dan Faiz menapak je lah dari HKL menuju ke Chow kit..exercise di pagi hari..
Sampai di Chow kit ternampak sekumpulan manusia..
Rupanya kumpulan USTAZ AZHAR IDRUS..ok ni kali pertama aku nampak Ustaz Azhar Idrus secara Live..Biasa dengar ceramah agama dia sahaj di You Tube ataupun vcd ceramahnya..Kebetulan duk bersembang dengan mak pasal Ustza Azhar, tetiba masa mak beli kuih aku ngan Faiz perasan Ustaz Azhar duk tengah ambik gambar peniaga di pasar Chow Kit ni..Panjang umur dia..
Ustaz Azhar sekarang ni memang menjadi sebutan ramai kerana cara dia beri ceramah yang tak terlalu serius, ada jer lawak diselitkan tapi tetap memberi penekanan dalam menyuruh umat islam mengikut syariat islam yang sebenarnya.Aku mula mula tahu pasal Ustaz Azhar pun sebab dengar CD dalam kereta Abang Shuk..sejak daripada aku dengar tu yang aku terus berminat untuk dengar ceramah ceramah dia..selalu tengok kat Youtube..masa di Pasar Chow Kit ni Sham Kamikaze pun ada..Alhamdulillah aku tengok ramai jugak artis yang dah nak berubah dan ikut kembali pada ajaran islam yang sebenarnya..Hidayah itu milik Allah.
Konpem tak lepaskan peluang untuk ambik gambar ngan Ustaz Azhar..kalau nak tahu Biodata Ustaz Azhar boleh rujuk link ni. Suka tengok kamera yang dia pakai tu..UAI memang suka ambik gambar dan gambar gambar dia ada di studio digital Mukmin. Malam tadi dia ada ceramah di Masjid Sultan Salehuddin Shah Alam..elok lah tu, bertanding antara ceramah agama dan Anugerah Juara Lagu..Alhamdulillah aku dengar ramai yang pergi ceramah tu..Pilihlah jalan yang mampu membawa anda semua ke syurga..Alhamdulillah walaupun aku tak berpeluang lagi untuk hadir ceramah ustaz Azhar secara live dapat jumpa macam ni pun dah cukup baik..selamat maju jaya Ustaz!semoga Allah terus mmeberkati usaha anda dalam menarik minat orang ramai terutamanya golongan muda untuk lebih mencintai agama Allah dan para RasulNya.
Lepas dah beli makanna dan apa yang patut di Pasar Chow kit jalan kaki balik menuju ke Hospital..Nak naik teksi tapi mak kata berjalan sahaja lah.aku ok kalau berjalan cuma kesian kat mak..memang la tak jauh Hospital ngan Chow Kit tapi berpeluh jugak lah..Sampai Hospital makan apa yang patut and then aku keluar pi plaza Low Yat sekejap sebab abang zalee mintak tolong aku belikan hard Disk 500GB..Harga Hard Disk sekarang quite mahal since Thailand Banjir so supply kurang..tu yang harga naik.500GB pun harga RM245..Biasa RM190 je..
Balik dari Plaza Low Yat Kak Tie dah ada di Wad ayah..so duduk sembang sembang sementara aku menunggu waktu untuk pulang ke Penang..Masa nak balik ayah kata nak turun ambik angin kat bawah..ye lah, bila dah sebulan asyik terperap kat bilik mana nak tahan..aku faham perasaan ayah..tapi nak buat macam mana..prosedur di wad pesakit yang ada tak boleh keluar..
Mak dan ayah, dont worry minggu depan kita akan jumpa lagi..Hujung minggu depan saya turun KL lagi sebab ada cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam..so boleh la spend masa di KL bersama kalian..Penang ngan KL pun bukan jauh mana sangat..4 jam perjalanan..Jaga diri ya Mak dan Ayah.saya sayangkan kalian berdua..Semoga dapat lah ayah cepat keluar dari wad..Insya Allah.
*Dari HKL aku terus ke Puduraya dan ambik bas untuk ke Penang..Alhamdulillah sampai awal jam 12 tengah malam tadi dah sampai Penang.so sempat lah berehat sebelum ke tempat kerja..
"Dan Rabbmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah (beribadah) selain Dia dan HENDAKLAH BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya telah sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan "Ah!" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Rabbku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku pada waktu kecil" (Surah al-Isra': 23-24)
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..