About AXIMUD

Wednesday, February 15, 2012

FOOD REVIEW : RESTORAN DIN IKAN BAKAR, KEPALA BATAS P.PINANG

Sambungan dari entri sebelum ni..

Daripada Transfer Road Penang kami bergerak menuju ke seberang pula..Singgah solat di masjid Seberang jaya sebab waktu zohor dah masuk.Cuaca sangat cantik..dan sangat panas juga..Dulu selalu ada course di Bertam Golf Resort.tapi sekarang kitorang dah banned Bertam Golf Resort atas sebab sebab tertentu maka tak ada lagi kursus yang dijalankan di situ.


Tengok awan.sangat cantik.Subhanallah!


Selamat Datang ke Kepala Batas


Jam menunjukkan pukul 2pm lebih..orang masih ramai membanjiri Restoran ni.actually aku selalu dengar orang duk sebut sebut pasal this Restoran tapi tak pernah tergerak hati pulak untuk singgah.hari ni sebab ada teman maka semangat sikit lah nak rasa makanan di sini.Lokasi ada aku share kat gambar last sekali sebagai rujukan.


Mula mula melangkah masuk Restoran aku duk snap snap gambar lauk pauk..Pakcik ni mai angkat Udang then suh snap gambar dia..haha.lawokk..pakcik ni nak glemer la tu kan..hehe.beliau bertugas di sini sebagai jurubakar.(ehhh ada ek jurubakar??)


udang yang belum dibakar ya tuan tuan dan puan puan


Ni udang yang dah dibakar.terliurnya!!


Ketam pun ada!


Sotong Bakar


Ayam ni besar sangat..kalau datang sorang tak larat la nak habiskan.


Ikan jenahak


Daging yang sedang di bakar


Banyak lagi bahan bakar yang lain tapi aku tak snap semua lah..


Selain daripada Ikan bakar dan seafood bakar. side dish di Restoran ni ialah Kuah Kari, Kuah sup daging, Kerabu campuran, Ulam ulaman,budu belacan tempoyak,Telutr Ikan dalam Kari pun ada..Biasa akan ada dalam satu mangkuk dan kita just ambik saja satu mangkuk untuk makan berhidang.


Lauk pauk yang menjadi pilihan kami


Daging bakar, Sotong Bakar dan Udang bakar.Sos merah itu sangat setapppppppp!!


Berkenan tengok terubuk panggang.ambiklah satu bahagian kecil


Side Dish yang ada


Untuk alamat lanjut sila rujuk pada frame atas kepala aku tu.lengkap!


Dan as usual lah, makan tak elok membazir..kenyang makan hari ni..kami order air pun air buah tembikai satu jug..minum dua orang terpaksa habiskan jugak lah kalau tak membazir pula..Overall makanan kat sini memang sedap.patut lah orang tak putus putus datang.


Buah limau Complimentary dari pihak Restoran



Atas ni aku sertakan peta untuk ke Restoran Din Ikan Bakar Kepala Batas..in case orang yang duk luar dari Penang(atau yang duk dalam penang tapi tak pernah singgah) dan teringin nak datang..at least boleh di jadikan rujukan..(kredit pada orangkecilorangbesar.blogspot.com).Lain kali aku nak datang lagi to this restaurant, nak rasa telur ikannya pula..Selesai makan terus lah balik ke rumah..kenyang perut suka hati!:) Alhamdulillah.

“Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” (Al-Quran, surah al-Baqarah: ayat 168).

7 comments:

  1. pagi2 dh nengok gmba makanan nih....adoihhh....

    ReplyDelete
  2. Meleleh ayaq liuq, balik nanti nak try p makan kat sana bw mak.Siap ada map lg. Tempat2 makan lain tue tlg letak map sama. Saya x tahu sgt jalan2 area penang nie.

    ReplyDelete
  3. pernah datang restoran ni..tiem tu otw dari kl ke kedah...memang best gilooossss!!!!

    ReplyDelete
  4. ayam percik ade lagi? tak sempat ngulang tmpt nih aritu.

    ReplyDelete
  5. abg azim datang kepala batas tak roger...

    klu tak sure sy leh teman makan. ahaks...

    restoran ni memang port kitorang satu family datang makan... lebih2 lg kalau ada family gathering. lauk2 dia mmg best. klu datang tengah hari time hujung mgg siap kena beratur panjang nk dapatkan seat.

    huhu...

    ReplyDelete
  6. love to eat....kalau body maintain lg love haha

    ReplyDelete
  7. Din memang famous. Sedap pula tu! Lama tak makan situ.

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..