Pukul 11am bertolak dari Kemasek.
Sampai Kuala Terengganu dalam pukul 1.30pm..sebelum zohor..dan misi utama ialah nak tengok anak sedara baru..lahir pada bulan lepas lagi.tapi since ayah dah masuk ke HKL aku tak berkesempatan untuk pulang ke kampung so tak ada peluang jugak untuk berjumpa adik da dan cahaya mata kedua dia..Alhamdulillah dengan Izin Nya dapatlah bertemu mereka dan bersua Muka..
As usual, kekok.nak kena ada anak sendiri kot..
BAHJAH AL-SOLEHAH nama diberi..kalau sebut dalam melayunya bahjatul solehah..ingat nak panggil jah tapi asik da dan Zul panggil Solehah..Mudah mudahan jadi solehah bila besar nanti berkat doa mak dan ayah..Muka anak kedua adik da ni lain dari muka kakak Sulung dia, Syifa'..Aku rasa Solehah lebih mirip pada wajah adik da..Kalau Syifa' lebih mirip pada wajah Zul.
Solehah lentok atas Mak Long nya..
Alang alang dah datang waktu tengahari maka dijamunya dengan makanan Tradisional Terengganu..lama gila aku tak makan macam ni.nak harap aku masa sendiri ikan singgang entah bila lah..Ada jugak Ikan Selayang Fresh goreng, lagi laju lah aku makan..dengan telur asinnya lagik tambah ngan ulam ulam..Kami makan tengahari sekali dengan keluarga belah abang ipar aku..makan beramai beramai lagi seronok..
Tambah lagi ada BUDU macam ni, lagi berselera aku makan.siap bertambah nasik..aku sering ingatkan diri aku jangan makan nasik bertambah..kena control pengambilan karbohodrat tapi kalau ada kombinasi lauk pauk ikan singgang + Budu + Ikan Goreng + ulam + Telur asin memang aku kalah lah..in fact aku ratah 5 ekor ikan goreng tu!!sebab fresh sangat isinya..baru naik barangkali..nak makan Ikan freh memang ken abalik ke Terengganu jugak nampak gayanya..Budu adik da buat ni memang sedap lah!!
Ini lah tuan Rumah..Adik da dan Zul..Pasangan suami isteri bahagia..semoga kekal bahagia ke akhir hayat seterusnya ke jannah..Abang doakan kamu wahai adikku..Terima kasih banyak banyak untuk makan tengahari yang sedap!lain kali kita jumpa lagi !
Time pokzim balik Solehah duk lena lagi..
Tetiba ada ikan rebus ni pulak.
Kisahnya ayah pesan kalau balik terengganu beli ikan Tongkol hitam dan Ikan selayang, kemudian Rebus.lepas tu Goreng.ayah teringin nak makan Ikan rebus Goreng..letak asam sikit kasi masam..Memang sedap rupanya Ikan Rebus then Goreng..sejak ayah sakit ni ada jer hajat dia nak makan itu ini..Tunaikan sahaja lah demi ayah yang tercinta..Dulu masa kecik kecik dah banyak perkara ayah tunaikan untuk kami semua..setakat perkara kecil macam ni tak mampu dan tak layak lansung untuk membalas segala jasa ayah dan mak membesarkan kami..
Ya Allah, jangan jadikan kami anak anak yang derhaka kepada kedud ibu bapa kami..Jadikan lah kami anak anak yang soleh dan solehah yang mampu untuk berbakti kepada mereka berdua..Ampunilah dosa mereka dan kasihanilah mereka sebegaimana mereka mengasihani kami semenjak kami masih kecil dulu..Ameen.
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..