Here i am..At Selera Senibong seafood.Bagi aku kalau siapa siapa ke Johor tolong lah singgah ke Senibong ni sebab kat sini memang menyediakan makanan laut yang fresh dan memang sedap..Kalau bab harga aku rasa tak lah mahal sangat walaupun ramai yang mendakwa harganya macam untuk warga singapura..Dont worry too much sebab harganya adalah affordable.depend pada apa yang korang makan lah..
KAMPUNG Senibong di Permas Jaya, Johor Bahru memang terkenal dalam kalangan penggemar makanan laut tidak kira penduduk tempatan mahupun luar Johor. Bagi pengunjung luar terutamanya yang pertama kali ke Johor, kehadiran anda seakan-akan tidak lengkap jika tidak dibawa menjamu selera di situ.Dengan pelbagai pilihan restoran serta seleksi spesies hidupan laut antaranya ketam bangkang, siput gong-gong, udang, udang kara dan ikan yang dimasak enak pasti membuat siapa-siapa kecur air liur.Tambahan pula, para pengunjung dapat menjamu selera dengan berlatar belakangkan laut dan curahan cahaya lampu pada waktu malam dari negara jiran, Singapura.Antara restoran yang terkenal di kawasan berkenaan ialah Selera Senibong Seafood atau lebih dikenali sebagai SSS yang diusahakan dua beradik, Mohd. Fauzi Saadon, 44, dan adiknya, Hasbullah, 41Kedua-dua mereka telah mengusahakan perniagaan itu sejak 10 tahun lalu malah, saiz restoran SSS telah dibesarkan dua tahun lepas untuk memberi keselesaan kepada para pelanggan.-sumber
Datang makan sini with aida and Helmie Zaifruez.Lama siot tak jumppa mamat ni..member zaman Uitm dulu..my course mate..sekarang eksekutif berjaya di sebuah syarikat di Johor..Good for you bro!!Alhamdulillah tengok ko sihat walafiat sekarang..
Yang aku perasan kat area JB mesti bila duduk di kedai makan akan dihidang kan dengan Otak Otak kempas, Jeli kelapa dan juga kacang rebus..masing msing lapar masa ni so makan lah dulu otak otak buat alas perut.
Then aku ngan Hilmie tengok seafood apa yang ada di sini untuk di makan..berkenan betul aku tengok Lobster tu tapi harganya mahal..cukup lah dah makan di Gayang Restaurant di Kota Kinabalu aritu..kali ni just ambik Udang dan Ikan sahaja..ketam dah makan malam tadi..Tengok hidupan laut yang tersusun di sini pun dah membangkitkan keghairahan..nampak segar tersusun..meh tengok apa yang kitorang order :
Dah macam menu wajib dah : UDANG BUTTER
IKAN STIM LIMAU yang mengancam!!
SIPUT GONGGONG MASAK CILI KERING..nampak jer macam ni tuan tuan dan puan puan tapi rasa kuah cili kering ni sangat lah sedap!!buat cicah ngan roti mesti lagi sedap..serius aku tak tipu.ni second time aku makan di Restoran SSS dan kali kedua try makan siput Gonggong dengan masakan yang sama.memang lazat!!
Sayur yang tipikal : KAILAN IKAN MASIN
Ulaman dan Sambal Belacan
Lauk semu dah sampai..jom kita makan..Bismillahirrohmanirrohim..as usual lah bila lauk dah banyak ratah lauk jer.so nasik mesti makan separuh..sambil makan sambil lah sembang ngan member berdua ni..lama tak jumpa so tanya perkembangan terbaru masing masing..Gembira dengar kawan kawan dapat insentf macam macam dan berjaya di bahagian masing masing..aku pun nak kena kerja keras jugak biar cepat naik pangkat.Insya Allah..
Uish.mata merah.dah mengantuk kot..kenyang dah..
Habis semua lauk pauk di ratah.mana boleh membazir.amalan syaiton tuuu
Nice to meet you my old fren!ada umur kita jumpa lagi nanti..Insya Allah.Overall makanan di Restoran Selera Senibong Seafood ni adalah sedap!kalau datang senibong tak mau try restoran lain dah sebab Restoran ni pun dah cukup sedap.sebelah this Restaurant ada saru gerai nasik lemak berlauk yang tak kurang jugak pemesnya.aku pernah try dulu sekali tapi biasa biasa sahaja rasanya.nothing special pun..Cubalah Restoran Selera Senibong Seafood anda pasti takkan menyesal.
Balik dari dinner di Senibong aku tak terus balik ke Hotel.sempat singgah di Bazaar JB lagik..kiranya macam Uptown kat sini lah..macam macam ada..seronok jugak berjalan malam walaupun sorang sorang..standard uptown lah barang barang yag dijual..ingat nak cari sweater sehelai tapi tak jumpa yang berkenan.end up aku just beli Charger Blackberry untuk kereta then terus balik ke hotel..Selamat malam!!
*Mengantuk dan aku perlukan rehat..pukul 6 pagi esok another member pulak minta tolong aku hantar dia dan wife ke Airport Senai sebab nak catch flight pukul 7.25 am..Dah macam teksi pulak kan aku ni.hahah..Kalau tak ada aral esok aku akan masuk ke Universal Studio Singapore pulak,buat kali ketiga nya..Insya Allah.
Next time dtg JB boleh try makan kat Restauren Saujana, Gelang Patah. Pun setapppp hingga menjilat jari...
ReplyDeletesenibong mmg antara port makan yang femes di JB terutamanya warga Singapura...
ReplyDeleteHi Zim...weekend lepas saya baru gi sini dan dah upload entri kat blog saya...jengguk k?
ReplyDeleteSiakap tu sama la kite order. Siput tu belum pernah makan lagi...erkksss tak leh telan hehe
Td try mkn anjung senibong tp x brpa sdp mcm selera senibong...rugi x g selera senibong :'( huhu
ReplyDeletesaya ada jual sipot gong gong..nak oder leh call wassap saya 0167172962
ReplyDeletepenghantaran sabtu/ahad kawasan pasir gudang kotamasai cahaya baru ulu tiram..