Cerita Hujung minggu lalu.
Malakoff penang Run 17 KM(25 Mac 2012) membawa 4 orang #gengkakilari datang ke Penang..alang alang mai sini sehari awal,stay sahaja lah di rumah aku.tak perlu nak sewa hotel dan sebegainya.Rumah besar tu cukup la nak tampung 30 orang kot.hehee..diorang sampai hari sabtu pagi pukul 4am di saat aku sedang di buai mimpi yang indah..diorang sampai just lepak lepak depan TV sambil sembang sampai lah waktu subuh masuk..Lepas solat subuh aku ajak diorang untuk bersarapan pagi ke Market Seberang Jaya.Situ jer banyk pilihan yang aku tahu.
Nak bawak diorang ke Taman Tun Sardon macam jauh sangat..so market seberang jaya ni pun ok.maybe kotor sikit lah tapi variety yang ada adalah banyak..4 orang #gengkakilari yang datang : Izman, Faiz, Zarul dan Bach.makan je lah apa yang ada ya.actually aku pun dah lama tak mai sarapan pagi ka sini..sebab Hujung minggu asyik tak leka di Penang.mesti ada aktiviti yang berbagai bagai.Kali ni aktiviti larian di Penang so aku jadi tuan rumah lah kiranya.
Aku makan Pulut Kuning..Bach makan Pulut kelapa sama ikan kering..Faiz makan nasi lemuni tapi tak sempat nak ambik gambar sebab dia dah lapar sangat..haha..Man dan Zarul makan Roti arab, roti telur ngan Roti sardin kot.something like dat lah..tak perlu pun cerita apa yang kami makan sebenarnya tapi sebab nak panjangkan explaination je.kalau tak nanti nampak macam blog aku buh gambar saja pulak.hehe..Selesai sarapan pagi terus balik ke rumah..They need rest for a while.ye lah.letih tu drive dari KL..
1)JERUK MADU PAK ALI, MEDAN SURI SG.NIBONG
Dalam pukul 11 am lebih kitorang bertolak dari Rumah..first place we go ialah ke Medan Suri di Sungai Nibong sebab they want to buy jeruk bawak balik KL..Aku kalau kawan kawan datang ke Penang memang aku bawak ke Jeruk madu pak Ali ni jer.tak main lah bawak ke Pasar Chowrasta.
Sebab apa tak ke Pasar Chowrasta?sebab kat sana aku tak minat jeruknya..pernah skali aku makan macam batuk batuk.jus jeruknya tak best.macam tak bersih jer.first time dulu datang ke Jeruk madu Pak Ali aku makan sedap dan memang tak ada kesan batuk.terbaik lah!since that day memang sini jer lah aku tuju..Kedai jeruk ni bukan sekadar jeruk.macam macam lagi duk ada..ikan pekasam dan makanan kering, minyak gamat dan souvenir pun ada.Pilih lah apa yang anda suka.
Aku tak beli apa pun..Jeruk aku tak minat sangat pun.sedap.tapi sekadar rasa rasa jer boleh lah..yang paling banyak borong jeruk ialah Faiz yer tuan tuan dan puan puan sekelian.dia beli sampai 6o hengget lebeh.duk beli untuk opismate dan rakan rakan di KL kot..bagus lah.sebagai tanda ingatan.nak datang ke Penang lagi maklum sajalah kan.
Sebelah kedai Jeruk Pak Ali ada sebuah gerai duk jual Cuq Peniram..aku panggil menatang ni telinga keling..banyak nama sebenarnya..denderam pun ada orang panggil.apa nama pun memang aku suka jugak makan kuih ni.tapi sebab manis dan berminyak takleh nak makan selalu lah..beli seringgit buat bekal makan dalam kereta..makan panas panas sedap!!
2) PENANG ROAD FAMOUS CENDOL
Dari Medan suri kami bergerak pula ke Penang Road..Cuaca panas memang lah rasa dahaga yang amat.semua sepakat nak makan Cendol..dan ni kali pertama aku maan Cendol Penang Road yang aak Femes.entah kenapa aku tak pernah sampai..tapi memang orang beratur sangat ramai lah.
Tempat jual cendolnya tepi jalan.tapi di bahagian belakang ada kedai nya selesa lah sikit nak duduk kat dalam.aku tengok di dinding kedai ada gambar selebriti yang ramai duk makan kat sini.ok i got it.means to say this Penang Road Cendol memang femes lah.
Rasa cendolnya sedap lain macam.i mean, rasa santannya macam lain.tapi sedap lah.
Alhamdulillah kenyang menghirup semangkuk cendol
Kuah jer kena hirup. isi dalam tinggal??haha.first time jumpa ni.
see..tengok ramai sangat orang duk beratur.time tengahari macam ni pun sama..semuanya kepansan dan dahaga..This Penang Road Famous Cendol lokasinya di Lebuh Keng Kwee,sila Gugel map yer klau nak mai.
3)RESTORAN KAPITAN CHULIA STREET
Our next pit stop ialah Restoran Kapitan Jalan Chulia..dah makan cendol tapi rasa lapar lagi..nk makan nasik pulak.so aku bawak diorang makan di Restoran Kapitan..susah nak cari parking last last pusing dua tiga kali baru dapat parking di kawasan Little India..nasib tak kena clamp jer keerta.hehehee
Pekena Mango Lassi Pulak.
Man ngan Bach ambik Nasi Kandar di kaunter nasi campur..
aku makan Roti Naan dan Ayam Tandoori, ayam tandoori yang paing sedap di PenangTekak aku lah..tekak korang aku tak taw camana.tapi atas suggestion ku, ni lah ayam tandoori yang sedap..makan pulak dengan Roti Naan.memang terangkat!
Faiz Order Briyani Ayam Claypot
Sekarang game Draw Something menjadi kegilaan ramai.aku tengok kat Twitter siap jdi trending lagik..masa ni Faiz duk main Draw something ngan member dia..nak lukis loket jer tapi gigih duk lukis pompuan 10 minit siap ada rambut muka bagai..cantik lah tu kononnya.hehee..sekali nak teka locket jer.lawak lah..haha.korang faham ke apa aku cerita?tak faham sudah.namamu dollah.
Aku suka briyani Claypot di Restoran Kapitan!actually makan kongsi kongsi ngan Faiz..dia makan Naan dan Ayam Tandoori separuh aku makan Briyani Claypot dia separuh..portionnya nasinya banyak tapi untuk dua orang just nice lah..recommended !tengok gambar lah licinnya macam mana kan..:P
Tengok gambar ni just remind me about trend zaman sekarang..kalau dulu time smart phone bukan menjadi milik semua masing masing takdenyer nak pegang henpon..sekarang sebelum makan ramai antara kita duk sibuk nak ambik gambar nak post kat facebook or twitter (tak kata kat orang lain aku pun sama..).ada pro dan kontra lah..bila masing masing mengadap henpon perbualan dan kemesraan agak terganggu juga..pandai pandai lah korang balance kan ya..kalau boleh bila berhadapan dengan orang yaang penting simpan lah henpon..manfaatkan masa bersama orang tersayang sebab masa yang berlalu tak akan dapat ditebus kembali..
4)MASJID JAMEK KAPITAN KELING
Cuaca tengahari macam ni memang panas..singgah solat zohor sambil rest rest dalam masjid..This masjid tengah renovate rasanya sebab ada kerja kerja tengah dijalankan kat kkawasan tengah masjid..Di sebelah masjid kapitan keling ni lah terdapatnya Nasi Kandar Beratur yang digemari ramai..Bukak pukul 10 malam.kalau berani beratur lah yek.Diorang boleh jamak asar siap siap.aku solat zohor sahaja lah..Tuan rumah la katakan.
5)SKUAD PERODUA ERA @ SUNSHINE PLAZA BAYAN BARU
Dari masjid Kapitan Keling kitorang plan nak main Bowling..so aku suggest untuk bermain bowling di Sunshine..aku terlupa pulak yang Bukit Jambul Kompleks dah renovate lane Bowling nya.sampai di Plaza Sunshine hampa sebab ada tournament bowling di adakan so kami kalau nak main jugak kena tunggu sampai jam 6 petang..tak kuasa lah nak tunggu lama lama..Dari tingkat atas kami nampak ada Skuad Perodua Era duk menanti kat bawah..
Apa lagi, terus la join jugak orang lain duk jawab soalan..dapat Roti Gardenia dan air Mountain Dew percuma..ada beberapa soalan yang tricky jugak..yang lawaknya group kitorang yang duk monopoly nak jawb soalan sampai orang skuad perodua era suruh bagi can kat orang lain untuk jawab soalan.haha..actually this is my first time jumpa skuad perodua era..menarik juga hadiah yang ditawarkan.
kami menang Honda Insight okeh!!
Ni wajah pemenang hadiah utama..Faiz dapat Max Saver apa ntah..device yang boleh jimat minyak.i'm not so sure how that things work untuk jimat minyak.tapi depa dapat lah.congrats to both of you!
Dari plaza Sunshine kitorang singgah kejap di Jeti Plau Jerejak.sebab takde hala tuju dah sebenarnya..nak main bowling tak dapat..just tengok lah apa aktiviti yang boleh dibuat kat sini.aktiviti di Pulau Jerejak ada macam macam jugak rupanya aktiviti yang boleh di buat.tapi nak kena datang awal pagi lah..baru worth dengan harga yang ditawarkan.untuk keterangan lanjt boleh tengok di laman web ni.
Last-lst aku decide untuk bawak diorang main Bowling di Megamall Perai.so kena Cross Jambatan semula lah pulang ke Seberang.ok jugakk sebab nanti boleh rest rest kat rumah sementara sambung berjalan kembali di malam hari.Nanti aku sambung lagi lah cerita pasal trip diorang ni..banyak dah kot gambar nanti korang boring pulak.Tunggu sambungannya ya!!
Till Later.
Adios!
Cool.. Aku pon xpenah lg try Cendol Penang Road tuh.. Nak gak la pekena sana nanti2... Ayam tandoori Kapitan pon nmpk sempoi... X prnah try lg... Thanx 4 da info bro!
ReplyDeleteAzim,
ReplyDeletenext time pi Kapitan try nek kat tingkat ataih...not bad gak....sgt best utk lepak nanti chichat ngan kengkawan....