About AXIMUD

Friday, March 16, 2012

SAMBUTAN HARI LAHIR NURUL NADIAH SALWANI @ HOSPITAL KUALA LUMPUR

Salam Jumaat buat semua pembaca Budiman.

Hari ni dah jumaat.Muka dah mula nak tersenyum sampai ke telinga sebab hujung minggu akan menghampiri..esok sepatunya ada larian Gemilang di UM tapi too bad i just cant join.ada hal lah yang perlu di selesaikan di sini..Today nothing much happened..aku just nak cerita pasal sambutan hari lahir anak kak Ina , Nurul Nadiah Salwani pada 3 Mac yang lalu di Wad ayah..


Hari lahir Nurul jatuh pada 27 February.tapi this time je boleh kumpul ramai ramai bila semua datang melawat ayah.aku pulak just baru balik dari outstation di JB masa ni..(story di JB pun tak tercerita lag.tunggulah bila ada masa aku cerita)


Garret Popcorn dari Singapura.The day before aku sempat masuk Singapore jejakkan kaki ke Universal Studio..So kat area luar USS tu ada satu Kedai Pop Corn..first time makan pop corn ni di KLCC..memg sedap tapi sangat lah manis.one of my friend kata this is diabetic popcorn.hehe..beli Mix Chicago ada mix keju dan caramel..beli 2 gallon terus untuk memeriahkan majlis sambutan hari lahir nurul.makan ramai ramai baru seronok.


Ada jugak beli Macaroon..saja untuk rasa..memang rasa macaroon ni manis semacam..aku tak berapa gemar.tapi sebijik tu boleh cecah RM2..susah cara pembuatannya kot tu yang mahal..nanti nak try yang wahdi buat..perasa yang wahdi buat tu macam best..sedap jer tengok..kalau nak tengok contoh dan harga boleh tengok di page ni ya.


Suka si Nurul bila aku tunjuk kek Besday..selamat ulangtahun kelahiran Nurul!pok zim doa kan agar Nurul jadi anak yang solehah pada ibu dan ayah..Moga membesar jadi orang berguna.errrrrr aku dah kehabisan idea ni nak wish apa..


Masa nak beli kek memang dah berhajat nak beli Kek Angry Bird kat dia..Kak Ina kata dia suka kek Angry Bird.so tawakkal jer tadi dari Ampang cari This Cake dan Alhamdulillah ada.Zaman sekarang bebudak suka benor ngan Kek Angry Bird macam ni..tapi memang comel jugak!sesuai lah dengan Nurul Nadiah Salwani.hehe..aku rasa zaman sekarang kalau kedai kek takder buat kek angry bird mesti kedai tu tak up to date.heheee


Besday Girl dah potong kek!


Sakan berposing sekarang.Orang dah makin besar kan..


Kebetulan masa ni mak sedara aku pun ada datang bawak makanan untuk ayah..so sekali jalan lah sambut besday sekali dan memeriahkan majlis..nasib baik lah ayah dapat duduk kat Wad yang sorang macam ni so tak lah ganggu orang keliling..Ayah pun terubat lah sikit rasa sepi di Wad ni bila tengok orang ramao ramai datang..Kitorang semua ada masa ni kecuali abang jalee, ami dan abang shuk.


Adik da dan anak anak nya pun turut serta..suprise sungguh tetiba ada di KL


Tengah tengah kitorang makan kek Faiz dari USIM pulak sampai..yang lawaknya sampai sampai terus duduk bersial dan makan.memang kelaparan sungguh la tuh adik aku sorang ni..dia kata memang tak makan dari tadi.Lagkah kanan lah since makanan duk ada banyak..dengan lauk yang ada, nasi padang lagi makcik aku bawak..Alhamdulillah rezeki.


Ni udang dari KK last month aku pergi.stok terakhir buat masak gulai Lengkuas..rasa isinya still sedap!ada rezeki lah Adik dah dan Zul makan Udang ni..lain kalai kalau ke Kota Kinabalu memang boleh beli lagi lah Frozen food macam ni.berbaloi!


Faiz dan Kak Tie.sedap sangat Faiz duk makan tu.Tak peduli orang keliling dah.


Macam ni lah keadaan ayah sekarang.duduk atas katil dan menanti orang datang melawat..Saban hari ada jer orang datang.anak anak pulak dapat melawat Hujung Minggu..Kak Tie jer lah yang dapat datang tiap tiap hari sebab dia kerja di KL..aku sekali seminggu je dapat jumpa..ni pun mengharap ada outstation ke JB dapat lah mencelah masa lama sikit.seronok dapat kumpul ramai ramai..walaupun di wad sekalipun, tapi kalau semua ahli keluarga ada itu yang lebih penting..


Masa di JB aku ada beli Beg Angry Bird untuk Nurul.saja bagi hadiah kat dia.Boleh jugak buat isi apa apa dalam tu..aku rasa Kak Ina duk ajar Nurul berposing ke apa..bila nak ambik gambar macam macam gaya keluar.heheee..boleh jadi model nanti ni.


Hari lahir nurul jatuh pada 27 Februari..hari lahir Adik Mimi (anak Kak Tie ) jatuh pada 17 Februari..dua dua ni kira Februari punya babies lah..Selamat Ulangtahun kelahiran to both of them!cepat masa berlalu.aku pulak yang terasa makin tua.


Nurul dan Ika, Anak Kak Tie paling bongsu


Habis selesai majlis Kak Ina dah nak beransur pulang ke Dungun..dia datang berdua jer ke KL..suami dia busy dengan business so tak dapat ikut..


Selamat jalan Kak Ina dan Nurul..ada umur kita jumpa lagi nanti!


Nurul Shifa' Salsabiela dan Bahjah Al-Solehah..dua adik beradik..lain muka mereka kan.tapi tetap lah comel


Adik da dan Zul pun dah nak beransur pulang jugak..kesimpulannya we really had a great time together..walaupun sekejap tapi tu lah yang paling bermakna..nak jumpa selalu faham faham lah masing masing punya komitmen dan tanggungjawab tersendiri..sebab tu kalau ada peluang untuk berjumpa takkan aku sia-sia kan..at least dapat tengok muka mak dan ayah pun cukup lah..Semoga ayah cepat dapat Discharge dari HKL ni..depa dah rindu kan kampung halaman..Insya Allah nanti kita semua akan bertemu lagi ya!!Take care..Love all of you so much!

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..