Masa dia lahir,lain dari yang lain.
.
.
Kak Tie yang sambut Faiz lahir.Tali Pusat terbelit kat leher,muka biru masa lahir.Alhamdulillah sempat keluar dan di lepaskan dari lemas..Maka lahirlah adik kami yang paling bongsu(yang ke-9),Mohd Faiz Rafiuddin..memang dia lain dari yang lain sebab berbanding adik beradik yang lain,dia lebih gelap.persis anak angkat.
.
.
Sehingga dia membesar,aku dan adik beradik lain sering mengusik Faiz mengatakan dia anak angkat dan bukan milik kami sekeluarga,sekadar mengusik..dan dia akan menangis di riba mak atau ayah..Yang paling aku ingat dia memang anak emas ayah.apa sahaja kemahuan dia akan dituruti..Maklum lah anak Bongsu..Kerapkali kami adik beradik di marah ayah kalau-kalau ada perkara yang membuat faiz tidak senang..hingga kadang menimbulkan rasa geram.tiada pilihan-kehendak dia perlu di penuhi jua..
.
.
Air milo-merupakan air kegemaran dia masa kecil..air lain tidak di pandang..dan paling aku taak boleh lupa-masa kecil dia gemarkan makanan WESTERN..apa saja makanan Barat memang kegemaran dia..Nasik dan lauk seperti makanan yang normal memang tidak di sentuh..aku pun pelik mengapa jadi sebegitu..makan sayur dan buah jauh sekali..agaknya sebab tu dia Kurus tak seperti kami yang lain,hehe..
.
Tapi itu cerita dulu..
.
Sekarang dia dah menginjak ke alam remaja..sudah pandai makan nasik dan lauk pauk lain,seperti kami adik beradik yang lain..sudah tidak comel seperti waktu lalu,saat di mana aku mengusik dan mengacau hingga dia menangis teresak esak..kadang aku bingung dengan masa yang sangat pantas..sedar tak sedar sudah dewasa adik aku yang paling bongsu ni..
.
.
Mak hantar Faiz ke sekolah Darul Quran..untuk membentuk Faiz menjadi penghafal quran..Alhamdulillah,dia dah dapat Hafal senaskah Al-Quran sekarang..Malu aku sebagai abang..huhu..Semoga dia akan terus menjadi anak soleh..itu pinta mak dan ayah.(gambar atas:gambar raya 7 tahun lepas,hehe)
.
Faiz dan Ami(adik aku yang kelapan,abang kepada Faiz)..sahabat karib.mereka berdua membesar bersama..even masa kecik dulu pun bersekolah sama-sama dan comel bersama-sama..sekarang dua-dua dah besar..tapi still rapat seperti waktu kecil jugak.sekarang jadi mangsa buli kalau ada kerja di rumah,senang nak mintak tolong,hehe
.
Anyway,Selamat Ulangtahun kelahiran adik..Abang doakan kamu akan di panjangkan Usia dan dimurahkan rezeki..jadi anak soleh ya!Perjalanan masih jauh,dan banyak pengorbanan lagi yang perlu di lakukan..jangan pernah putus asa..Semoga dapat tamat pengajian di USIM dengan cemerlang ya!!Abang doakan kamu!!
.
TAKE CARE.
.
.
*besday faiz sama dengan enciksepul.blogspot.com..Hepi besday kawan!!
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..