Hari ni tak bermula dengan baik.
Terjaga lewat dari tidur.padahal aku dah tidur awal malam tadi.terjaga pukul 7 lebih alamatnya subuh gajah lah.nak buat macam mana..Ya Allah ampunkan dosaku sebab solat subuh lewat..Then terus bersiap siap untuk ke Opis..sempat sarapan pagi dengan cereal with v-soy milk.
So this is my workplace.every morning pasti akan aku sempat tengok matahari terbit di celah chimney tu..Subhanallah..Indah mata memandang..Tapi ni snap guna kamera Fon sahaja.kalau guna DSLR aku tu mesti dapat capture gambar yang lagi cantik.
Minggu ni ialah minggu audit mengaudit..as usual lah kalau audit memang aku akan busy..audit bukan nak cari kesalahan tapi more kepada nak membina dan membetulkan apa apa kesalahan yang tidak kami notis sebelum ni.Terima kasih kepada Haji Razak and the gang yang datang buat audit di stesen kami.Hopefully markah tak teruk sangat kami dapat nanti.
Bila auditor datang stesen kena lah bawa auditor makan kat tempat yang best best sikit..tengahari tadi bawak makan di Gulai Sembilang laut..semalam bawak depa makan di Restoran Awet Muda..Esok tak sure lah diorang nak makan kat mana pulak. Lunch makan Ikan pari cicah air asam.yang lain makan Ikan sembilang.tapi Restoran ni gulai Sembilangnya memang tip top!sedao gila!kalau korang datang penang nanti aku bawak korang makan kat sini.Insya Allah.
Time lepas lunch tadi atas meja aku ada parcel lah pulak.i wonder whats inside the parcel.Then aku bukak rupanya ada Racekit untuk Standard Chartered KL Marathon This coming 24 Jun 2012..To be honest aku berdebar sebenarnya sebab SCKLM this year aku registered untuk Full Marathon 42KM.Tak berapa nak yakin aku boleh buat ker tak tapi aku yakin aku boleh.Insya Allah.Training tak berapa nak sempat sebab busy ngan hal kerja.tapi i will try my best lah.
Speaking of which this is my route tempat aku selalu training untuk berlari..berdekatan Safira Country Club..Routenya dari hujung ke hujung ialah 1.3 KM..so biasa training 10 KM kat sini..orang pun memang ramai selalu time petang petang.
Sampai Maghrib pun ramai lagi orang yang duk berlari..
Time dinner tadi jumpa Cik LJ kejap.dia ajak teman dia beli hadiah kahwin untuk kawan dia yang akan berkahwin di Medan Indonesia..aku suggestkan beri buku..last last we decide untuk beli bed Sheet..siap bungkus dan beli kad sekali.Then baru rasa nak makan.dah agak lewat tak tahu nak singgah makan kat mana last last Pizza Hut menjadi Pilihan. Tapi servisnya adalah sangat lambat ya..
Tengok menu dalam Pizza Hut :diorang ada seleksi baru..western.macam dah pelbagai menu yang ada.so aku tertarik dengan menu Chicken Chop with Italian Herb.aku order dan dapat lah menu macam dalam gambar di atas..menarik tak????serius aku tak selera tengok presentation neh.
Hot dog nya overcooked dan berkedut kedut.This is such a humiliation to the food industry!!aku rasa sangat tertipu yer dengan menu yang ada dalam gambar.dalam gambar nampak sangat cantik tapi realitinya macam ni lah..tak membangkitkan nafsu syahwat untuk makan.tapi what to do,apa yang ada dalam plate habis jer aku makan.sebab mak aku kata tak baik cela makanan.dan tak baik membazir.membazir kan amalan syaitan.so aku ikut cakap mak aku.
Brokolinya macam kena layur camana ntah.mashed potatonya entah.tak tahu nak explain.
See???This is gambar yang ada dalam menu.nampak menarik kan??aku boleh consider ni ialah false advertising!!Pizza Hut Malaysia should take note on this!Carrot lansung takder yer dalam menu yang aku makan..patut kena potong harga !(macam lah diorang akan baca blog marhaen aku ni kan.)
Nasib baik lah dapat frame gambar dari cik LJ.terubat sikit rasa tertipu dengan Pizza Hut..Thanks to you yang bagi this frame..appreciate it so much!!balik dari Queensbay Mall terus bersiap siap nak tidur..maaf lah sebab tak sempat nak ucap Goodnight sebab dah tertidur.Penat sangat rasanya.
Dan hari ini audit berjalan seperti biasa.
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..