Selesai solat jumaat..
Solat jumaat di Masjid Meraga Beris. Aku tanya abang jalee kenapa tak solat jjumaat di Masjid Kemasek. Dia kata sebab kat situ banyak kenangan ngan arwah ayah..Ayah merupakan pengerusi masjid Jamek Kemasek..hmmmm..aku tak kisah.. sembahyang di mana mana pun sama sahaja..Dari masjid meraga beris aku ajak abang jalee lawat ayah dulu..
Ayah di kebumikan di Tanah perkuburan Islam Pekan Kemasek.. Terima kasih mak sebab decide untuk kebumikan ayah di sini..sangat dekat dengan rumah..Kalau balik kemasek boleh la lawat ayah sekali.Segalanya kelihatan baru semalam terjadi walaupun dah dua bulan berlalu pergi..Tanah kubur pun masih merah lagi..Tenang lah ayah di alam sana bersemadi.
Bacakan yassin dan tahlil untuk arwah ayah.Ayah,petang ini saya akan bergerak ke KL sebab malam ini ada majlis makan malam untuk MSOSH AWARD di Hotel Istana Jalan Raja Chulan..Kena berada di sana pada jam 8pm..Ayah jaga diri baik baik di sana..kami sekeluarga Alhamdulillah sejahtera. semuanya baik baik sahaja..Senang senang nanti saya datang lawat ayah lagi ya..i dont know how to say this, but deep inside me i always feel like he always watching us..
Usai urusan dengan ayah, aku dan abang jalee pulang ke rumah. Bahagianya makan tengahari sudah tersedia..
Terima kasih mak,kak Ija dan Kak La sebab sediakan makan tengahari..aku request nak makan Ayam masak lemak cili padi..Alhamdulillah hajat tercapai. cuma kurang pedas sikit sebab cili padi kurang..tapi kuah tu adalah sangat mantap!pekat dan berlemak..yummehh! sulam pulak dengan ulaman serta telur masin..Makan berjemaah itu indah!
Qayyum yang tengah tidur dengan enaknya
Dua beradik yang comel : Qayyum & Qiadah
And now tiba lah saat untuk berpisah i always hate this part. tapi nak buat macam mana. adat kehidupan. Kita akan dipertemukan dan kita akan berpisah juga suatu masa nanti..paling tidak pun akan berpisah dengan kematian..seperti yang telah berlaku dalam keluarga kami apabila ayah pergi..Terima kasih mak atas Minggu ini. Aku hargai segalanya..semua sarapan yang mak buat, makan malam yang mak sediakan, semua nasihat dan panduan berguna, serta kata kata semangat yang tak pernah putus untuk aku harungi kehidupan, aku hargai semua itu..Terima kasih mak. Aku akan sayang mak sampai mati.
Qiadah dan Qayyum ni lah penyeri rumah di kemasek ni..Qiadah makin petah bercakap..Qayyum pulak dah hampir pandai merangkak..tak lama lagi kalau dia terer berjalan lagi penat lah kak la nak hambat dua budak kecik ni..at least dua anak kecil ni bawa keceriaan dalam rumah..tak lah sunyi sangat.
Selamat tinggal semua..Nanti aku kembali lagi jika di izinkan Allah..
Dalam pukul 4pm baru bertolak ke Kuala Lumpur..terpaksa bergegas sebab ada Company dinner malam nanti di Hotel Istaan Jalan Raja Chulan..Hopefully i can manage to arrived on time..Selamat tinggal mak, Kak Ija, Abang Jalee, Kak La, Faiz, Qiadah dan Qayyum..!ada umur kita berjumpa lagi..nanti bulan Ramadhan boleh la berbuka puasa sama-sama..Insya Allah.
*Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik
untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT :
Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..