Selamat
Hari Raya Aidilfitri ayah..
''Selesai solat subuh, ayah akn minta mak sediakan teh susu kegemarannya dan sedikit juadah yg telah siap (ketupat @ lemang) untuk bersarapan pagi...lebih
kurang jam 7.45 pg, ayah mulai bising bising meminta kami adik beradik cepat cepat bersiap
untuk pergi solat raya...mcm biasa ayah akan mengenakan jubah putih @ krim
susu kegemarannya..bau semerbak minyak atar 'malaikat subuh' di ruang
tamu taktala ayah melangkh keluar mendapatkn mercedes kesayangannya..sebagai
pengerusi masjid, ayah perlu awal ke
masjid..selesai solat sunat aidilfitri ayah akan pesan pada kami semua supaya makan dulu juadah yang di sediakan
oleh pihak masjid..sampai di rumah, ayah akan minta siapkan makanan untuk makan
sama-sama...di susuli dengan sessi bergambar keluarga bersama-sama.''
Itulah coretan
nostalgia keluarga yg sentiasa di rindui oleh kami semua kerana tahun ini
hakikatnya kami akan beraya tanpa hadirnya seorang insan bergelar 'ayah'..sedih?ya. Siapa yang tidak sedih dengan kehilangan ayah tercinta. Tapi kami tahu suatu masa nanti kami pasti akan menyusul ayah jua..Mati itu pasti..dan hingga saat itu, aku berdoa agar Allah taala pertemukan kami semua sebagai satu keluarga dalam Syurga..Kekal abadi selamanya.
Ayah,
.
.
Walaupun ayah 'jauh' tapi ayah tetap bersama
kami selamanya..cuma kali ni kami tak dapat nak bersalam memohon ampun di pagi raya dengan ayah
lagi..Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami terhadap ayah..Kali ini ayah tak dapat makan tapai dan lemang serta rendang lagi..Biasanya selepas solat sunat aidilfitri mesti ayah akan tunggu di kereta dan Ami ataupun Faiz akan mengambil makanan yang disediakan oleh pihak masjid, especially tapai pulut (faveret ayah)..
Kini semua itu tinggal kenangan belaka.
Tapi tak
mengapa ayah..sebab kami yakin Allah
menjanjikan tempat yang lebih baik untuk ayah di sana..Tenang lah ayah
di bawah lindungan rahmatnya..ini kali pertama kami beraya tanpa
ayah..kami redha..buat arwah ayah, terimalh zikrullah dan ayat ayat suci Al-quran.Moga ayah tenang d sana.
.
Semoga Allah mencucuri rahmat yang tiada putus untuk
ayah..
Salam aidilfitri ayah..kami sayangkan ayah..dan selamanya pasti begitu.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..