Betul seperti yang di kata.
Malang itu tidak berbau. Apa yang telah terjadi petang semalam adalah sangat menakutkan. Aku, Abang Shuk dan Mak on the way ke Kuala Lumpur..Hujung minggu lalu aku sempat menghabiskan masa di kampung halaman atas beberapa urusan tertentu..Kebetulan Abang Shuk ada hal di KL so petang semalam kami bertiga bergerak ke Kuala Lumpur.Aku dah beli tiket bas so kira nya burn je lah..janji boleh ke KL bersama-sama.
Dari Kemaman aku bawak dulu kereta abang Shuk..sampai area gambang aku agak mengantuk dan minta Abang Shuk bawak pulak..agak restless maklumlah perjalanan dari Penang Ke Kemaman agak jauh..Masa Abang Shuk bawak angin bertiup kencang..Dan Hujan turun adalah sangat lebat..Abang shuk dan Mak sedang bersembang dan aku cuba untuk melelapkan mata..Sekelip mata kereta terlanggar lopak air dan kereta terpusing dua tiga kali dan menghentam divider tepi jalan..dan pada masa itu hanya Tuhan yang tahu perasaan masing-masing.. Hanya kepada Allah kami letakkan pengharapan.
Bahagian depan keretaa adalah sangat teruk..Radiator Pecah.dan kiri kanan bumper depan hancur. Cuma buat masa ini, harta benda dan wang ringgit bukan lagi menjadi keutamaan..Nyawa kami terselamat dan Alhamdulillah tiada kecederaan diilaporkan..Mujur tiada kereta lain yang menghentam..semasa kejadian ada 5 buah kereta depan dan belakang turut berhenti untuk melihat keadaan..Terima kasih pada yang prihatin.
Jarak antara tempat perlanggaran dengan divider jalan agak jauh jugak.Maknanya agak jauh jugak kereta terpusing..masa kereta terpusing memang kami tak dapat buat apa apa..totally lost control dan hanya sempat beristighfar kepada Allah..Mak terhentak dadanya dengan kerusi belakang dan bibir belah kanan ada sedikit Lebam..Masa kejadian aku tak pikirkan pasal diri sendiri..aku hanya berdoa dan berharap agar keadaan mak dalam baik dan sejahtera sahaja..Alhamdulillah kami bertiga selamat..syukur padamu ya Allah!
Power of Dream Logo yang tercampak jauh
Keadaan adalah terkawal selepas eksiden..masing masing tenang dan dapat mengawal emosi..abang shuk pun rileks jer..aku pun agak tenang menerima keadaan..cuma aku risau kan mak takut dia trauma..Masa ni ramai ulat ulat tow truck duk datang nak tarik kereta..so abang Shuk berurusan terus dengan Insurans dari Panel Honda..bukan apa takut kena tipu sebab banyak sangat dah kes penipuan sekarang berkenaan Insurans kemalangan ni.
Tengok keadaan kereta agak teruk juga kan.
Dekat satu jam juga kami menunggu di sini sementara my bro nak pastikan betul betul panel honda yang entertain kereta yang telah eksiden..Kesian civic itu..benda dah nak jadi nak buat camana..Adalah hikmahnya Allah nak tunjuk..apa saja yang kita miliki hatta nyawa kita sekalipun adalah milik Allah..setakat harta benda ni apalah sangat semua pinjaman dari Allah..tu semua hak dia so Dia nak tarik bila bila masa pun Dia berhak..Bukan atas kecuaian sendiri sebab masa ni memang bawak kereta dengan slow..Hujan mana lah rasa nak bawak laju..tapi benda dah nak jadi tak tunggu kita berhati hati ..Sudah suratannya begitu..Redha je lah.Perancangan Allah mengatasi segala perancangan yang ada.
Setelah dapat pengesahan dari Panel Honda, Kami naik kereta Shafik(wakil workshop panel honda di Mentakab) menuju ke Bandar Maran untuk buat report polis..lagipun aku dan mak nak buang air sangat sangat masa ni..sempat Call Kak Tie suruh dia ambik aku, abang dan Mak di Temerloh. Kereta kena tarik ke Mentakab..so kebetulan mak mertua abang aku ada di temerloh, terus ke sana jer lah..
Singgah di Klinik Kesihatan Bandar Maran untuk cek dada mak yang terhentak..risau jugak takut ada apa apa yang berlaku..So far so good..lagipun baru sangat ekiden tak mungkin kesannya serta merta.Biasanya kalau melibatkan dalaman dalam dua tiga hari baru kesannya akan timbul..Harap tiada apa yang serius..dari Klinik kesihatan kami ke balai polis dan buat report seterusnya ke Temerloh..Setelkan hal pasal workshop di Temerloh dan malam tadi semua bermalam di Temerloh sahaja.Kepenatan dan perlukan rehat..
Apa-apa pun, aku bersyukur pada Allah sebab tiada apa apa yang serius berlaku..Kereta boleh ditukar ganti tapi nyawa hanya sekali Allah bagi..yang paling penting Mak yang jadi keutamaan.semoga Mak tidak terus berada dalam keadaan Trauma..Aku faham orang tua traumanya lain macam..tak sam amacam kita yang masih muda ni..So far keadaan mak ok dan stabil.Alhamdulillah.
Kita adalah hamba. Allah adalah Tuan kita.
Sebagai Tuan, Dia berhak untuk merencanakan dan menimpakan kita dengan
setiap apa sekalipun, sama ada baik ataupun buruk. Siapa lah kita yang
hanya lemah dan kerdil untuk mempertikai kan pekerjaan Allah? Sebagai
Hamba, perlu Redha dengan setiap ketentuan dari-Nya..Allah tak akan
timpakan ujian dan dugaan yang tak mampu untuk kita tanggung. Aku
percaya setiap yabng berlaku ada hikmahnya..sebab aku tahu Allah tak
pernah jadikan sesuatu perkara itu sia-sia.ya Allah, permudahkan lah
urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan!
*Hari ini aku terpaksa ambil Emergency Leave sebab perjalanan ke Penang jauh lagi..tadi pagi dalam pukul 9 pagi baru sampai Ampang..sekarang menunggu Abang Shuk habiskan urusan kerjanya di Menara Exxon Mobil.tak apalah, semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.
Salam,
ReplyDeleteHarap2 makcik tak apa2...malang tak berbau kan...mujur semua selamat ^_^
takpela, janji semua slamat. tp syg honda tu.
ReplyDeleteYa Allah Ajim, nasib baik takde siapa yang cedera. teruk jugak keadaan keta tu.
ReplyDeletesemoga tabah...
ReplyDelete