About AXIMUD

Monday, September 10, 2012

ZIARAH MENZIARAHI SESAMA MUSLIM AMALAN MULIA

Alhamdulillah sudah berada di Penang kembali.

Semalam selepas event KOTR tak sempat nak rehat sebab duk attend open house zamell, Linda(member opis faiz) dan jugak Abang Saufi..Balik dari 3 buah rumah tu dah maghrib, tertidor lepas solat then terjaga jam 11.30pm!!dah la tiket balik Penang tak beli lagi..so terus melompat dari katil and ke Puduraya.Beli tiket bas ngan Ulat bawah tempat parking RM35 dan dapat naik bas ke Butterworth..Smpai pukul 4.30am taadi terus tak tidor dan pergi opis.

 Malas nak membebel panjang. 

Meh aku nak cerita pasal acara Open house semalam.

a)Rumah Zamell Aziz (Member Gengkakilari)


Balik dari KOTR, Zamell ajak pergi Open House Rumah dia di Puchong..so alang alang dah berada di Subang so kitorang pakat pakat lah ke sana dulu..aku,Faiz dan Man gerak sekali..Zarul dan Aizat dah pergi dulu..Ingatkan senang nak cari sekali stuck smapai satu jam jugak duk pusing pusing area Puchong tu cari Rumah Zamell..Last last Zamell pi ambik tepi kedai hardware..Sampai Rumah Zamell aku memang haus dan lapar gila sebab pagi tak sarapan pagi terus berlari 16.8KM..Masa ni dah pukul 12 tengahari.Terus lah balun Nasi Lemak yang ada..siap ada sambal Udang.Lazat! Bila lapar semua adalah lazat ya.hehe


Memperkenalkan, Zamell Aziz dengan anak sedaranya


Meh makan setelah kesesatan yang nyata


Mula-mula masing masing semua segan nak pergi sebab pakai attire sukan..takut jugak majlis ni formal ker atau ramai orang bertandang..tapi belasah jer lah..tak bawak baju nak salin sebbab tak tahu pulak pasal open house ni.Zamell just invite jer di KOTR. 


Anak sedara mell yang memeriahkan majlis


bergambar beramai ramai


Bapak mithali semua nih..Thanks Zamell for the invitation!aku rasa ni baru kali kedua aku jumpa ngan Zamell..First time jumpa dulu masa Brooks di Stadium Bukit Jalil..biasa tegur kat twitter jer..ada umur kita jumpa lagi ya!

b)Rumah Linda (Opis mate Faiez)

Dari Rumah Zamell, balik ke rumah Faiz dulu untuk bersiap siap ke rumah Opismatenya di Klang..agak bercinta lah nak ke sana..Hujan pulak duk turun lebat..ikutkan mata ni memang nak tidor jer..sebab penat. tapi takper. ada rezeki menanti.


Lontong dan Lodeh


Carbonara. Aku tak makan. Tak minat


Menumpang beraya di rumah member orang lain


Linda ni peramah orannya..walau baru pertama kali berjumpa tapi tak rasa kekok. sebab dia suka bercerita. Thanks Linda for Lontong dan Lodeh yang sedap tu..aku suka sangat makan Lontong. Banyak pulak aku makan Lontong tu sampai bertambah tambah..tahun depan jemput lah aku lagi ya!Selamat hari raya!

 c)Rumah Abang Saufi


Alang-alang berada di KL, abang Saufi jemput aku datang rumahnya di Sri Petaling..nasib baik lah wan expert area sini.so aku beri alamat then senang jer lah nak jumpa rumah abang Saufi..Abang Saufi jemput mai rumah dia dari pagi sampai tengahari jer..ada dia buat makan makan untuk sedara mara terdekat..kitorang sampai paling lambat kot dalam pukul 5pm. Dah Abang saufi minta singgah jugak, so here i am..Selama ni tak pernah bersua..hanya di Facebook dan blog sahaja..kali ini Tuhan izinkan kami berjumpa.


Terima kasih Abang Saufi sebab jemput datang ke rumah. siap dah simpan Laksa Kuah Putih untuk kitorang..makanan lain pun banyak tapi kami dah tak larat nak makan..Bersembang lama jugak sampai pukul 7 pm baru kitorang beransur..Nice to meet you! Ada umur kita berjumpa lagi Insya Allah..

*Dah dekat nak hujung syawal ni makin ramai lah yang akan ambil kesempatan untuk buat Rumah Terbuka..Makan, makan dan makan lagik..Alhamdulillah rezeki tak pernah putus dari Allah.

Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ َأحَبَّ َأ ْ ن يُبْسَ َ ط َلهُ فِي ِ رزْقِهِ، وَيُنْسََأ َلهُ فِي َأَثِرهِ، َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ.
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits riwayat Muslim)

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Gotcha... now i remember orang yang aku tegur waktu kat PJ Dawn... That is why muka kau aku cam... Hahaha...

    Ok... Happy running dude

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..