Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca Budiman.
Ya.
Dah lama saya menyepi. Kali ini saya kembali. Dengan semangat Baru. Blog ni terhenti seketika bukan sebab saya baru berkahwin. tak ada kena mengena. Cuma bila dah malas semua perkara tak menjadi kan. ada priority lain. tapi sebab sayang untuk tinggalkan blog ni, maka saya dengan ini berbesar hati untuk kembali bercerita dan berkongsi ilmu dan pengalaman yang dilalui. Moga moga beroleh manfaat pada senmua.
Ok jom tengok entri apa yang ada kali ini.
Bulan Jun 2013 kali ni saya ada trip ke Kota Kinabalu. Trip untuk mendaki gunung lagi sekali. Tahun lepas dah pergi dengan kakak saya pada Mac 2012. Kali ni nak pergi lagi. sehari sebelum pergi saya demam. badan agak panas. Wife kata tak payah la pergi kalau dah tak sihat. Alhamdulillah esoknya di hari nak bertolak ke Kota KInabalu badan dah tak panas. Kalau tak pergi rugi lah sebab dah bayar semuanya. tak boleh refund balik. so i decided to pergi jugak. Hopefully Allah permudahkan perjalanan.
12 Mac 2013 - Tiket petang dari Penang ke Kuala Lumpur. Tiket jam 6.40pm. sampai KL dalam jam 7.40pm. Flight seterusnya ke Kota Kinabalu pada jam 9.25pm. kebetulan pulak satu flight dengan Faiz. saya ingat Flight dia petang tadi dah. so naik kapal terbang sama-sama dan sampai di Kota Kinabalu pada jam 11.50pm.
Dalam flight dapat pre book meal. actually saya pun dah tak teringat yang saya ada order makanan masa beli tiket. perut pun dah kenyang masa ni sebab sebelum naik flight di Penang petang tadi my wife ada bagi bekalan nasi tomato mak mertua yang masak. so habiskan dulu nasik tu baru saya naik flight. Bagi Meal ni kat Faiz sekali dia pun tak makan. so simpan lah bawak balik makan di Kota Kinabalu.
Welcome to Sabah!! sampai di KK Abang Bear datang ambik. Actually main gamble jer telefon Abang Bear sebelum fly dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah dia tak ada plan so boleh fetch kami di airport. dari airport kami singgah di McD beli air dan terus pulang ke rumah abang bear untuk berehat. tidur.
Sesudah subuh, Abang Shah pergi swimming dulu di swimming pool dalam kondo nya. selesai dia swimming kami keluar untuk ber sarapan pagi di Gaya Street. Abang Bear tanya nak makan western ataupun nak makan tradisional. so saya pilih western lansung aja mereka bawak kami makan di Restoran Bombers Burger di Gaya Street. First time try makan di sini. semua makanannya western semata lah.
Long time no see abang Shah dan Abang Bear!!
Cool jugak tempat ni
Ni menu yang Faiz dan Abang Bear pilih. alamak saya dah tak berapa ingat nama meal ni apa. something to do dengan Chicken Fillet dan telur hancur with potato wedges. ada Cheese jugak. rasa isi ayam tu. sedap jugak.
Saya dan Abang Shah pilih menu yang sekali dengan air. ambik burger yang bombastik besarnya. tak muat nak sumbat sekali hadap. kena makan layer by layer. nampak sedap. dan rasanya pun sedap..ok lah. lama rasanya saya tak makan burger macam ni.
Ada sos kuning tu. macam yogurt dan Cheese. so end up saya tak makan. tak minat. makan ngan sos saja lah. Daging Burger tu tebal dan mantap. patty burger.
Bersembang sembang dan makan. Alhamdulillah kami kekenyangan.
Dari Gaya Street kami pulang semula ke Rumah Abang Bear sebab nak ambik beg. dalam jam 10.45am kena jumpa organizer dan peserta mendaki Gunung Kinabalu yang lain di Airport KKIA. ni saya bergambar depan Motosikal depan rumah mereka. cantik sangat dengan fully covered cheetah punya skin.
Sampai di Airport dekat jam 11am. Shah Momo as the organizer dah telefon berkali kali sebelum aku ngan Faiz sampai. this is the first time jumpa momo. sebelum ni berurusan di Facebook sahaja untuk bayaran pendaftaran dan sebagainya. Nice to meet you and Robert at the airport. Dari Terminal 2 kami bergerak ke Terminal 1 untuk fetch 2 orang lagi peserta yang naik MAS. terminal 2 untuk AirAsia, Terminal 1 untuk MAS dan MALINDO Air.
Daripada airport kami bergerak ke Restoran Sri Dewi Tanjung Aru untuk bersarapan pagi. walaupun saya dan Faiz dah makan pagi, makan jer lah lagi skali dengan peserta peserta lain. sessi suai kenal dengan peserta lain. kenal dengan Encik Ahmat, Abang Zahari, encik Amir, Akhmal, Keyroll dan lain lain. peserta wanita masih kurang familiar di waktu ini. takpe. ada banyak masa lagi untuk berkenalan nanti. selesai makan makan di sini, iaitu makan soto dan minum soya, ke pasaraya berdekatan untuk mencari barang yang diperlukan untuk pendakian. kemudian perjalanan diteruskan..
Apabila melalui Tamparuli, organizer singgah sebentar di Rumah Terbalik Tamparuli Sabah. salah satu tarikan pelancong yang baru sahaja diperkenalkan tahun lepas. This is my second time datang. last year masa depa baru bukak on February2012 saya dah sampai sini. siap masuk jugak. This time around jom lah masuk lagi.
Thanks Faiz belanja tiket masuk. Fee masuk RM10. actually malas dah nak masuk sebab dah masuk tahun lepas. dah ada orang belanja takpe lah. masuk jer lagi skali. for me harganya macam mahal rm10 untuk tour yang tak sampai 10 minit pun kat dalam rumah tu. tapi takpe lah. Bukan selalu pun. kat luar rumah siap ada kereta yang terbalik juga.
Tiket masuk. Fee RM10
Lokasi
rumah terbalik ni terletak di tamparuli. Kalau dari kota kinabalu nak
menuju ke kundasang, mesti boleh nampak dari tepi jalan. Agak unik sebab
satu-satunya rumah terbalik yang ada kat sabah. Masuk dalam rumah,
segalanya terbalik..kita berjalan kat siling rumah. Segala TV, perabot,
peralatan rumah berada dalam
keadaan terbalik..maksudnya nak tengok TV kene pandang ke atas la..rasa
agak pening2 juga kalau tak biasa. Paling syok kat bilik air..mangkuk
tandas kat atas..agak2 nya la kalau rumah ni ada penghuni yg duduk..mcm
mana dia nak buang air…:) kalau
datang ke sabah, jemput la singgah kat rumah terbalik..maaf gambar dlm rumah
takde..sbb tuan rumah tak izinkan ambil gambar dalam rumah.
Bersama kawan baru
Nak masuk rumah kena pukul Gong dahulu. Kemudian kena ketuk pintu rumah sebelum masuk. ada orang bukak pintu baru boleh masuk. pantang larang kat sini tak boleh ambik gambar dalam rumah. kalau tak kena denda RM100. pastu kena jalan dalam karpet merah jer. rumah tak besar mana pun. kecik jer.
Keluar dari rumah terbalik. baru boleh bergambar, hehe
Di area luar ada taman terbalik dan tandas terbalik. Boleh bergambar sakan kat sini sebab di luar kawasan rumah. Unik jugak tengok tandas terbalik. masa saya datang last year belum ada lagi taman dan tandas terbalik ni.
tengok siapa yang mengintip di tingkap dan dalam cermin tu??
Kesimpulannya kalau datang ke Sabah singgah lah rumah ni. at least you experience how to walk upside down dalam rumah ni. Tahun lepas takde pagar lagi so boleh la nak curi ambik gambar dari luar. sekarang dah ada pagar so sukar sikit nak curik ambik gambar unless korang bayar kat entrance. ada kedai souvenir dan cafe di sini. Boleh la kalau nak beli Fridge Magnet , Mug ataupun T-Shirt Upside Down House of Borneo.
And the journey to Kundasang Continued..
*To be continued..
Terima kasih kerana masih sudi berblogging. Saya pengikut setia blog ini sejak 5 atau 6 tahun lepas, jadi terasa sgt kehilangan bila En Axim berhenti slama 6 bulan. Mungkin sudah terlewat tapi "tahniah sudah berumahtangga". Please keep on blogging.
ReplyDelete