Kalau
dulu, orang kampung suka bila tiap-tiap petang menziarahi kawan-kawan
dan duduk bersembang di beranda. Dan pasti tidak lari daripada bercakap
pasal hal orang lain. Minah, kiah, timah dan jah akan sibuk bercakap
menjaja cerita pasal jiran yang ada skandal, ketua kampung yang kahwin
3, anak leman jiran sebelah rumah yang kahwin lari kat siam, hatta kisah
kucing persian betina kak pah anak imam masjid yang bunting dirogol
kucing jantan jalanan pun boleh jadi topik perbualan. Seronok. Bila
bercakap dan menjaja cerita orang lain. Seakan puas bila boleh mulakan
bicara dengan 'ehhhh jah, ko tahu tak.. aku malas lah nak kata nanti
akan jadi mengumpat..tapi ni hakikat..anak pak maun tu bla bla bla
bla..' nampak? Tak nak mengumpat tapi semua yang keluar adalah umpatan
dan caci maki semata.
Bila maghrib menjelma, baru masing-masing
akan bergegas pulang. Tu pun setelah dijerkah oleh laki sendiri.
Masakan tidak marah, laki baru pulang dari bendang membawa anak baru
balik dari sekolah dan pintu rumah terbuka luas tapi tiada penghuni.
Baru terkocoh-kocoh minah, kiah, timah dan jah yang rancak bersidang
bertempiaran pulang ke sarang. Terkedek-kedek membawa body yang sudah
tidak ada shape. Maka cerita lain yang tidak sempat habis bercerita
petang tadi, di kiv dahulu dan pasti akan bersambung esok. Dan begitulah
kitaran seterusnya.
Itu dulu.
Zaman di mana Internet
seperti makhluk asing yang cuba menyelinap masuk ke dalam rumah orang
kampung. Zaman di mana facebook, Twitter, instagram dan semua laman
sosial yang seangkatan dengannya seperti satu yang sukar untuk
diterjemahkan. Zaman di mana semua berita hanya lah surat khabar dan
television semata. Percaya bulat-bulat semua berita dari sumber itu
tanpa ada usul periksa.ya, Itu dulu.
Bila y2k menjelma.
Minah, kiah, timah dan jah sudah advance. Dipaksanya laki masing-masing
subscribe wifi dari TM. Atau service provider yang lain. Tak kisah.
Janji ada line internet. Mula lah mereka terkial-kial membuat akaun
facebook, Twitter dan lain lain. Sejak dari hari itu, mereka sudah tidak
bertemu di beranda lagi. Kalau dulu waktu mengumpat hanya lah dari jam
6-7pm, sekarang boleh dikatakan all the time! Cuma Tolak waktu tidur,
makan, waktu melayan anak anak dan tolak waktu melayan suami di ranjang.
Masa-masa lain terus digunakan untuk terus menjaja cerita picisan pasal
orang lain dan umpat-mengumpat terus jadi amalan. Bagi mereka, lebih
banyak kisah dan isu boleh dijaja kerana ramai kawan-kawan keliling
sudah mula berjinak jinak dengan Facebook. Asal ada yang tak kena pasti
mahu dijadikan isu. Bukan apa, seronok bercerita pasal orang lain.
Feelingnya masih sama seperti di beranda, cuma kali ini tukar pada nama
yang lebih canggih-wall Facebook.
Tamat.
Tidak minat
untuk saya terus huraikan satu persatu apa yang bakal berlaku pada
minah, timah, kiah dan jah. Anda boleh buat kesimpulan sendiri. Nama
sekadar penyedap cerita.tidak ada kaitan antara yang hidup dan mati.
Juga bukan saya nak tekankan perempuan sahaja yang suka menjaja cerita
orang lain. Bukan. Jangan salah faham. Lelaki pun ada. Nama cuma sekadar
penyeri cerpen Pendek saya. Tak puas hati sila duduk dalam gua, jangan
main Facebook. Yang penting anda dapat point saya.
Tunggu ya kau orang. Belum habis di sini. Panjang lagi aku nak tulis ni.
Ada seorang member di facebook, unfriend aku semalam. Ok to be honest
aku tak pernah peduli pun pasal jumlah friend, sapa unfriend, sapa yang
block, sapa yang hide. Aku tak pernah peduli. Lantak kau orang. Itu
pilihan masing masing. aku berfacebook bukan nak kejar like dan komen
banyak. Nanti aku terangkan kenapa aku berfacebook. (Atau dengan bahasa
orang yang tak puas hati dengan aku, berfacebook dengan aktif.)
Kau nak unfriend aku, takda hal. Bukan aku paksa kau baca apa yang aku
post di sini. Ini laman peribadi. Dan dalam laman ini, aku pilih apa
yang aku nak hidangkan pada semua. Dan most of them aku selalu hidangkan
dengan makanan yang meleleh air liuq mami bedah duk tengok gambaq.terus
lapaq rasa nak jilat skrin telefon pintar. Itu depa kata, bukan aku
kata. Maaf nooo mami bedah. Nanti aku belanja laksa janggus. The point
is, here, in facebookland, aku yang pilih apa yang aku nak share pada
friend list di sini.
Aku tak ada masalah ko nak unfriend aku.
Tapi aku ada sedikit masalah bila ko dah la unfriend aku, kemudian kau
jaja cerita tak puas hati pasal aku di wall orang lain. Yang mana orang
lain tu pun ada dalam friend list aku. Allah maha kuasa. Aku terbuka
post tu dan aku baca semua yang ko kata kat aku. Nampak? Bahlul jugak
bila ko ingat aku tak boleh baca. Jangan lupa ramai mata-mata memerhati
disini. Kau ingat aku tak ada spy? Haha.
Ok takpe. Aku berminat
juga nak tahu apa yang dia tak puas hati sangat. Kot-kot salah dari
pihak aku. Lebih kurang dalam komen tu, orang ini tak puas hati sebab
aku asyik update facebook setiap masa, setiap jam, setiap hari tanpa
henti katanya. Semua benda nak cerita macam aku ni takde kerja lain. Dan
ada beberapa lagi tuduhan yang tidak berasas yang tak perlu aku cerita
kan di sini. Buang karan sahaja. Tapi the whole argument nampaknya orang
ni macam not satisfied with the life that I lived now.
Funny.
Kau tak suka tak apa. Tapi tak perlu nak mengata. Kau ada pilihan. Tak
suka just UNFRIEND. Tak suka, jangan baca. HIDE. BLOCK. Banyak lagi
alternatif kau boleh buat selain talk bad about others di belakang. Ini
lah dia nya suku sakat minah, kiah, timah dan jah di zaman kini yang
asyik nak ber pum pang pum pang di wall facebook tanpa tahu cerita
hujubg pangkal. Kesian kamu. Sebab terlibat dengan puak puak beranda
itu.
Ini kanvas maya aku.
Maka aku berhak untuk
mencorakkan semahunya. Ikut kreativiti dan citarasa aku sendiri. Ya
betul. Aku tidak sempurna. Banyak juga khilaf. Tapi aku banyak terima
teguran dan cuba perbaiki. Untuk menegur bukan caranya dengan bercakap
belakang. Itu cuma mewujudkan kebencian.bukan kesefahaman. Maka di laman
ini aku cuba untuk jadikan wadah perkongsian maklumat. Azim Ashaary
style. Jujur dan sumpah, aku cuba berkongsi sesuatu yang mana tahu boleh
jadi manfaat pada semua.
Aku blogger. Masih. Cuma sudah malas update.
Zaman blog dulu, aku suka bercerita kisah hidup aku. Dan banyak
berkongsi maklumat pasal travel dan makan makan. Di mana tempat menarik.
Di mana nak makan sedap. Apa tips tips kalau nak ke tempat yang pernah
aku lawati. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih terima emel ada yang
meminta tips dan guidance. Tak kurang juga yang minta untuk aku syorkan
tempat makan. Zaman blog merupakan zaman indah. Ramai bertemu kawan
kawan. Banyak konflik. Drama. Love. Life. And so on. Tapi itulah perkara
yang menjadikan aku dewasa seperti hari ini.
Kemudian bila
tiba zaman Facebook, Twitter dan instagram, blogspot semakin
dilupakan. Ramai blogger beralih arah dan mula share travel tips dan
tempat makan sedap hanya melalui facebook dan instagram sahaja. Lebih
pantas dan live update. Termasuk aku. Dan itu lah apa yang aku cuba
share dengan kawan-kawan semua. Niat aku cuma satu - untuk berkongsi
maklumat. Itu sahaja. Tak pernah aku fikir untuk menunjuk-nunjuk atau
bermegah dengan aktiviti yang aku jalankan. Ada bezanya berkongsi dan
ingin menunjuk. Anda boleh nilai sendiri. Sebab hanya jauhari yang
mengenal manikam.
Di sini, tak sampai 50% apa yang aku share
menggambarkan hidup aku yang sebenar. Aku memilih untuk share perkara
baik dan perkara yang aku rasa perlu. Perkara yang mungkin bermanfaat
pada sesetengah orang. Sisi hidup aku yang sulit, yang diskrit biar saja
aku simpan sendiri. Tak perlu meraung raung di sini merintih sebab itu
akan memberi impak negatif pada orang lain. Korang tahu ke kalau ada
perkara yang sukar diungkap dengan kata-kata dalam hidup aku? Mesti lah
tak sebab aku memilih untuk tidak share di sini. My point is - aku masih
tahu batas batas dan limit yang perlu dan tidak perlu. Aku bukan bodoh
untuk menilai. Cuma kamu yang kadang-kadamg dangkal dan cenderung
membuat penilaian menggunakan emosi dan bukan akal. Maka salah siapa?
Masih salah aku kah jika apa yang aku coretkan di sini tidak memenuhi
selera kamu? Think about it.
Feel free to leave if you
uncomfortable with what I'm trying to share in this page. I didn't ask
you to stay. Buka minda dan berlapang dada. Cuba cari sesuatu yang
positif dalam hidup orang lain. Bila kita asyik memandang perkara
negatif, tidak ada perkara baik yang mampu menutupi perkara negatif itu.
Bersyukur lah dengan apa yang kita miliki. Bila konsep syukur tidak ada
dalam diri, maka sebab itu lah kita akan terus rasa iri dan cemburu
pada orang yang lebih daripada kita. I know you got what I mean.
Our life is our choice. And now I choose to wrote this to justify myself. Sebenarnya aku tak perlu pun
menjelaskan semua ini. Biar Allah sahaja tentukan. Allah tahu niat kita
di sudut hati yang terdalam.Tapi sebagai iktibar apa salahnya. Sebab
siapalah kita untuk menilai orang lain?
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..