About AXIMUD

Tuesday, January 21, 2014

BEDAK TANAKA KEBANGGAAN PENDUDUK MYANMAR


Di sekitar Yangon.

Kelihatannya ramai penduduk setempat memakai sesuatu di wajah mereka. Persis bedak sejuk. Yang unik - tak kira lelaki, wanita, kecil atau dewasa, tua ataupun muda, rata-rata selesa berada di tempat awam sebegitu rupa. Da...
n ia menjadi satu kebiasaan dan lumrah di sini untuk memakai serbuk kuning ajaib itu.

Bedak Tanaka.

Itu lah nama partikel kuning yang melekat di wajah-wajah penduduk Myanmar. Bedak tanaka diperbuat daripada kayu tanaka, dipercayai punyai banyak khasiat dan kebaikan untuk kulit. Ala-ala bedak sejuk. Cuma bezanya ia di aplikasikan secara meluas dalam kehidupan harian. Antara khasiat - melicinkan kulit, menyejukkan kukit, tanggal sel mati, tegangkan kulit muka dan macam-macam lagi.

Sebelum ni aku pernah dengar sahaja pasal bedak tanaka. Tu pun sebab Nora danish yang jual. Maka ramai lah yang beli dengan harapan dapat jadi cantik tulus dan mulus seperti Nora Danish. Dia kan keturunan Myanmar. But the weird thing about this - masa di Myanmar tak jumpa lah pulak orang myanmar secantik Nora danish. Mungkin aku terlepas pandang.

Jadi di sini, dapat saksikan sendiri betapa mereka amal pakai bedak tanaka tak kira siang atau malam. Actually bukan terhad pada muka sahaja, nak pakai seluruh badan pun boleh. Sebab dengarnya this bedak boleh juga rawat ruam di badan.

Ok that's it.

Another fact about myanmar that you have to know.
  

 
*ada borong bedak thanaka bawak balik Malaysia. Nak meniaga jugak macam Nora Danish. PM me jika berminat

No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..