Juara pengunyah sirih.
Setibanya di yangon airport kelmarin, selesai urusan imigresen terus meluru ke tempat teksi. Rata-rata mereka memakai kain sarung persis kain pelekat. Pengudaraan yang bagus untuk objek sekitar bawah pinggang, barang...kali. Ketika ditanya mengenai teksi, 10USD tambang untuk ke hotel di area pusat bandar yang memakan masa lebih kurang setengah jam.
Tiba-tiba ketika sedang bargain harga untuk teksi pemandu teksi itu meludah. Aku sangka kan dia marah atau apa. Marah sebab banyak soal. Air ludah warna merah. Oh. Itu air kunyahan sirih. Dan dari tempat dia meludah, aku dapat lihat banyak lagi bekas ludahan yang seumpama itu. Ok. Now I know apa maksud my friend yang pernah ke sini. Ludah itu bukan kerana marah. Ludah itu adalah lumrah hidup mereka. Yang sudah jadi rutin bagi orang tempatan.
Masuk dalam teksi, bau nya semacam. Bau sirih seperti itu kah? Sesekali pemandu teksi membuka pintu untuk meludah air merah dan aku tak putus-putus berdoa dari belakang agar air ludahan tidak tertempias pada insan yang tak berdosa seperti aku. Mujur pemandu itu banyak meludah ketika lampu merah di jalan raya. Jika tidak dia akan meludah dalam plastik sahaja.
Itu lah budaya di sini. Myanmar. Atau Burma.
Di tepi-tepi jalan banyak gerai kecil menjual sirih. I always wonder apa rasa sirih. Not interested to try once. Kat sini sirih sudah seperti rokok, ketagihannya merata-rata. Muka hensem seperti model tetapi bila senyum barisan gigi merah kelihatan dan they just spit everywhere! Hehe. Not a problem for me. Just something interesting to see at other people's country. Dalam masjid pun ada disediakan baldi khas untuk meludah. Untuk tujuan kebersihan.
Allah itu Maha Kaya. Diciptakan manusia itu berbagai bagai bangsa dan keturunan agar kita dapat saling kenal-mengenali. Subhanallah. Maha suci Allah.

*Ok nanti aku share cerita pasal bedak tanaka pula. Hari ini mahu ke morning market, bogyoke market dan shewdagon pagoda. Insya Allah
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..