About AXIMUD

Saturday, January 11, 2014

ULANGTAHUN PERNIKAHAN YANG PERTAMA

Tahun lepas.
11 januari 2013.
Di waktu sebegini.
Jam 3.45 pm.

Debaran di hujung rasa. Bersilih ganti lawak jenaka tok kadi bertanya isu semasa. Dan soalan agama. Alhamdulillah sekali lafaz, aku selamat dinikahkan dengan wanita pilihan h...
ati. Majlis akad nikah serba sederhana di Masjid ittifa' Bayan Baru Penang. Terima kasih pada semua tetamu yang hadir.

Setahun sudah berlalu.

Selamat di nikahkan, itu perkara kecil. Kecil jika dibandingkan kehidupan yang perlu ditempuhi di alam perkahwinan. Komitmen. Tanggungjawab. Menjaga hati. Dosa pahala. Perkongsian hidup. Dugaan dan cabaran menerpa. Kadangkala goyah ditiup angin hasad. Tapi aku percaya. Allah sentiasa ada. Untuk menjaga hamba-Nya.

Setahun jagung. Banyak lagi perlu dipelajari antara satu sama lain. Semoga badai melanda menjadi penguat kasih dan sayang antara kami berdua. Berpayungkan rahmat illahi, hanya redha-Nya yang perlu kita cari.

Untuk tahun-tahun seterusnya, moga keluarga sakinah mawaddah wa rahmah jadi kenyataan.

Selamat ulangtahun pernikahan yang pertama, azim ashaary & azlydia johar.
 


No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..