Burung itu terlepas dari sangkarnya. Puas tuan nya mencari namun tiada
berjumpa. Dan burung itu pun menjelajah seluruh pelusuk alam kegembiraan dapat
bebas dan lari dari simpanan tuannya itu tadi. Dalam hati sang burung berasa
puas dapat memilih haluan sendiri. Derhaka pada tuan tiada terkira, lantas
pilihan yang ada hanyalah lari dari segala kekalutan.
Terbang bebas mengejar sesuatu yang tidak pasti.
Lama kelamaan, burung itu keletihan. Dan mula bosan dengan kebebasan yang di miliki. Sang burung berasa hairan. Kebebasan yang dimiliki tiada menjadikan dia bahagia seperti yang di impi. Lalu singgap lah ia di atas sebatang pohon ke sebatang pohon yang lain. Meniti hari dengan penuh rasa kekosongan. Tiada kawan dan tiada siapa yang peduli.

Suatu hari, seorang pemburu ternampak burung tersebut dan menembak jatuh
untuk dijadikan makanan tengahari beliau. Burung itu terkulai layu dan mati.
Tanpa sempat tuannya bertemu lagi buat kali terakhir.
Hari ini, tuan asal burung tersebut telah memiliki burung lain. Yang jauh lebih cantik dan menawan dari burung yang mati itu tadi. Si tuan mula menumpukan hidup kepada burung baru. Mengorak langkah dalam mencari bahagia sendiri. Kerana kebahagiaan itu juga suatu pilihan dalam kehidupan.
Dan memori tentang sang burung yang mati hanyalah sekadar puing kenangan dan kesedihan.

Bersabar dan terus bersabar .... Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar dan akhirnya kejayaan akan tercapai jua .
ReplyDelete