Akhirnya setelah seminggu PBIM2014 berakhir maka hari ini baru berkesempatan untuk tuan punya blog nak buat race report.. perlukan tumpuan dan masa ya. nak edit gambar lagi. nak cari idea lagi. Ok tak mau cerita panjang, jom kita layan laporan Penang Bridge International Marathon 2014. Layannnn.. Zasss..
16 NOVEMBER 2014
Terjaga tidur jam 10pm.. memang layan lah dapat tidor dalam 2 jam.. petang sebelum nya makan di Restoran Hameediyah, kemudian balik Hotel tidur dan rest..Pukul 10pm dah bangun sebab nak bersiap siap untuk kejar shuttle bas di KOMTAR. Full Marathon Men Open akan start pada jam 1.30am. Manakala untuk Kategori Veteran jam 2am.. Half marathon pula jam 3.30am. Untuk tahun ni organiser awalkan waktu lari berbanding tahun lepas.
Persiapan baju acara
Dah selesai bersiap-siap, buat air kopi o secawan.. lapar lah jugak terasa. samosa penang road ada lagi 2 bijik. so makan sebijik inti ayam.. pedas.. takut juga sakit perut nanti. harapannya semoga ok ok saja..janji dengan Romzy nak tunggu jam 11pm di KOMTAR. Kak tie pun dah siap-siap so moh lah kita..
Meriah tangga hostel wassup ni. kalerful!!
Kami pun ke KOMTAR untuk beratur ambik shuttle bas. Orang dah ramai. que pun dah panjang. Cari Romzy tak jumpa. Rasanya dia dah pergi dulu.. senang naik bas saja ke jambatan kedua pulau Pinang. tak perlu nak susah-susah cari parking..Dari dalam bas nampak lah keindahan jambatan kedua Penang macam dalam gambar di atas.. wow so beautiful.. jambatan lama takde pulak sistem penataan cahaya macam ni..
Banyak shutlle bas disediakan oleh organiser
Sampai-sampai jer di starting point, terus terjumpa abang Dee.. My wife punya cousin. Abang Dee ni pun memang kaki lari. Geng lari di Penang kenal lah sama ngan dia. last jumpa dia masa Penang Ultra bulan September yang lalu. Abang Dee pun join yang tu jugak. dia buat 50KM. kira ultra runner jugak lah.. ni aku ambik gambar ngan geng-geng dia.
First time juga aku terjumpa ayie. biasa komen komen kat Facebook saja. yang lain-lain tu aku tak kenal. geng dia lah. Runner always friendly. senang nak berborak. senang nak buat kawan juga.
Orang dah mula membanjiri kawasan starting line
Bergambar lah dulu bila dah jumpa kawan-kawan.. Ramai yang join PBIM2014 ni. i mean, ramai yang aku kenal join. ramai lagi yang aku tak kenal join. Miza, Romzy, Azman, Taufik, Hafeez amin, Lisa, Nelly, Aizat, Ridwan and many more!! Penyertaan kali ni sampai 60 ribu orang. memang buat duit sangat lah organiser. Tapi sad to say they dont really capable to catter 60 ribu peserta. Dari masa ambil racekit lagi dah boleh nampak keserabutan dan tak teraturnya organiser kali ini.
Thanks Kah Wai for this wonderful shot!
Terjumpa Abang Shah juga. Dia buat Full Marathon. Apalah sangat FM sebab dia dah ironman. Waktu flagoff tak sama sebab dia kategori Veteran. Kitorang jam 1.30am. Dia jam 2am.. Good luck to you doc!! tak sempat nak luang masa makan sama-sama. tunggu aku ke Kota Kinabalu lagi lah ya. :)
Watu hampir jam 1.30 am. sebelum flagoff ada persembahan bunga api dalam 7 minit.
Dan Peserta Full Marathon Men Open pun dilepaskan.
Target aku nak lari tak berhenti sampai km30. member Runner yang otai-otai selalu pesan supaya lari jangan stop at least sampai km30. then baru lah kalau nak jalan laju-laju atau nak berhenti sekejap-sekejap.. So for the first 15 km maintain lari jer.. even aku tak berhenti pun ambik air di water station. Malas nak minum awal-awal kang penuh perut susah pulak nak lari. lagi pun memang aku ada bawak air sendiri. so tak gaduh lah nak ambik air di water station.
The day before the race, actually kaki aku sakit. seliuh masa main tennis. nak jalan pun payah. tapi buat tak tahu jer. tanak ikut sangat rasa sakit kaki kanan ni. Then romzy kata just lari jer. Insya Allah masa lari sakit tu hilang. So i took his advice. sebab sayang kalau nak DNF. and suprisingly memang betul. bila lari sakit tu hilang. maybe after race akan sakit tapi at least tengah lari ni tak sakit ok lah..janji dapat habiskan larian.
ok sambung balik.
Masa di KM12 atau pun 13, Nahrizul tepuk aku dari belakang.. wahh laju dia sekarang.. even dia buat 5 jam 6 minit.. sangat banyak improvement dari last year.. hebat! You are one living proof yang membuktikan usaha tangga kejayaan. Last year dekat 7 jam dia buat. tahun ni dah nak sub5.. Tahniah nahrizul!
Masa di KM15 pula, terserempak denganSuhirman dan Khidir. Masa ni kelakar sebab kitorang kononnya laju duk ligan pacer 4.30. bab pacer satu hal lagi - berterabur. ada pacer 4 di belakang.. pacer 5.30 kat depan. mana satu betul pun tak tahu. so tak ikut pacer. layan pace sendiri saja. Sebelum jumpa Suhirman dan Khidir ni pun ada bertembung juga dengan Gme dan Mizan. masing-masing laju so memang dah ke depan dulu lah.. Terjumpa jugak dengan Azlan.. First time jumpa Lan masa Borneo Marathon. sekarang dah jadi kawan.
Masa di KM15 pula, terserempak denganSuhirman dan Khidir. Masa ni kelakar sebab kitorang kononnya laju duk ligan pacer 4.30. bab pacer satu hal lagi - berterabur. ada pacer 4 di belakang.. pacer 5.30 kat depan. mana satu betul pun tak tahu. so tak ikut pacer. layan pace sendiri saja. Sebelum jumpa Suhirman dan Khidir ni pun ada bertembung juga dengan Gme dan Mizan. masing-masing laju so memang dah ke depan dulu lah.. Terjumpa jugak dengan Azlan.. First time jumpa Lan masa Borneo Marathon. sekarang dah jadi kawan.
U-Turn di KM21.
Sebelum sampai u-turn tu di belah kanan jalan nampak lah runner yang laju laju. sempat bertepuk tangan dengan Rashid. nampak khalil juga. Shamroslee. dan ada lagi a few runners yang lain. lambai lambai dan keep beri sokongan to each other. Masa aku buat u-turn di KM21, Clocked 2 jam 35 minit. Nampak Nikli pula... sebelum sampai di KM22, perut meragam. singgah di tandas sebelum pancutan bomba tu. and di tandas tu lah buang banyak masa. setengah jam dah habis kat situ. Bila dah berhenti lama, maklum sajalah nak start balik memang agak malas lah. Tapi kena teruskan. so aku slow slow start balik.. ini lah padahnya makan samosa sebelum start marathon tadik. (aku rasa lah..)
Lari lagi sampai KM23.
Tengah lari Romzy tegur dari belakang. Dia memang biasa lah laju.. sub5 tu makanan dia lah. walau dah veteran kan. kalah aku yang muda ni. sapa suruh training malas kan. tu yang slow. memang slow pun pace aku waktu ni. sebab Kaki dah mula rasa sakit. (Alasan, alasan dan alasan!! kalau training rajin takde lah nak encounter sakit macam ni). Aku decide untuk teruskan langkah walau macam mana sekali pun..
Sampai KM30.
Aku follow pacer sub 6. Pakcik tua jadi pacer. dia tak berlari sangat pun. just jalan laju jer. with that pace pun boleh dapat sub 6. so aku ikut lah dalam 3 km jer sempat.. then berhenti untuk solat subuh sebab waktu dah jam 6.30 am.. nak masuk waktu syuruk dah. berhenti tepi jalan ambik air mineral mana yang ada untuk ambil wudhuk. tengah nak solat ada sorang brader join. semayang sebelah aku. aku ada bawak beg kecil kat belakang. isi kain pelikat dan power bank. Alhamdulillah berguna.
Selesai solat subuh sambung lari lagi. terserempak dengan Lisa. Dia pass me by. you go girl! mantapp..makin improve larian Lisa sekarang..tengah aku lari terserempak dengan Sam, Kawan Nikli yang aku jumpa first time masa ke Miri last Month. masa pergi Miri tu sempat kitorang lari sama-sama 12km di Miri.. training untuk PBIM ni lah kiranya diorang pun. Tak sangka terserempak kat sini.. Sam buat first time FM macam Nikli jugak. Bila aku ajak lari, dia tak nak dah. dia kata nak jalan jer sampai habis.. tak larat dan dah malas.. so aku ambil keputusan untuk bersembang dengan dia. sambil jalan laju laju.
Mujur ada member tolong ambikkan gambar.. :p
Sempat menyaksikan Matahari terbit dari atas Jambatan Baru Pulau Pinang.. Dari segi water station aku takder masalah.. semua cukup.. terlebih lebih lagi airnya. ada roti yang disediakan aku tak suka.. tak lalu nak makan.. makan pisang jer di KM30 tadi.. Energy gel dan power bar memang aku tak makan. tak suka.
Oleh kerana pace santai, maka nya bergambar lah selagi sempat
Tengah tengah sampai kat cerucuk yang menjadi mercu tanda pulau Pinang ni, Kak Tie telefon.. risau katanya sebab aku tak sampai sampai lagi.. Suhirman dan Khidir dah sampai masa ni. tadi sebelum aku pergi tandas di KM22 tu aku pintas diorang. so diorang ingat aku by right dah sampai. no no no. aku jauh terkebelakang lagi. Thanks my sis for checking up on me. dia kol takut aku injured atau apa apa. sebab masa sebelum lari memang kaki dah sakit. takper, am doing fine. cuma sangat santai lah masa ni. matahari pun dah mula meninggi..
Di area ni keadaan sangat sesak dengan peserta larian 10 km dan 5 km fun run. serabut sangat rasanya. nak lari pun susah. so i decide to masuk ke laluan motor di sebelah kiri. ramai pelari FM pun masuk lorong ni sebab tak nak berserabut dengan pelari 10km yang snagat lah ramainya ya rabbi. aku tengok pun diorang siap takleh lari pun. berhimpit ramai ramai macam tu.. entah lah apa yang organiser pikir.. diorang pun tak expect kot keadaan akan jadi macam ni.
Then aku teruskan berlari sampai garisan penamat.. ternampak didi dan zeus king memberikan semangat sebelum sampai finishing line. Nak gambar cantik di Finishing line? Jangan lah kau bermimpi di siang hari. Sebab yang habis FM, HM dan 10 KM takder separation pun di finishing line. so memang serabut dan penuh dengan orang. sangat lah tak selesa dan tak menyenangkan. Sampai sampai jer aku terus nampak kak tie, Gme dan Khidir tengah cakap apa ntah ngan organiser. They congratulate me for finishing the race and i was so happy dapat nampak diorang. actually diorang pun memang tengah tunggu aku pun.. so aku setelkan hal nak ambik finisher medal dan Finisher tee dulu..
Then aku teruskan berlari sampai garisan penamat.. ternampak didi dan zeus king memberikan semangat sebelum sampai finishing line. Nak gambar cantik di Finishing line? Jangan lah kau bermimpi di siang hari. Sebab yang habis FM, HM dan 10 KM takder separation pun di finishing line. so memang serabut dan penuh dengan orang. sangat lah tak selesa dan tak menyenangkan. Sampai sampai jer aku terus nampak kak tie, Gme dan Khidir tengah cakap apa ntah ngan organiser. They congratulate me for finishing the race and i was so happy dapat nampak diorang. actually diorang pun memang tengah tunggu aku pun.. so aku setelkan hal nak ambik finisher medal dan Finisher tee dulu..
Nak ambik Finisher Tee dan Finisher medal pun ada masalah jugak. Boleh siap diorang nak bagi dua tiga medal. kalau aku tak jujur memang dah belasah lah ambik medal 5-6 bijik bagi kat orang kampung. tapi kerana aku telah diajar oleh rakan runners supaya menjadi runners yang berintegriti, so aku tak ambik lah. Mamat yang beratur depan aku ambik 3 medal. nak bagi kawan dia yang jadi drebar all the way from KL ke Penang. aku senyum je lah. ambik lah kalau kau rasa kawan kau tu layak. Orang lain bersusah payah berlari ko senang-senang boleh 'curi' medal tu bagi kat kawan. patut lah ramai yang tak dapat finisher medal.
Oh pasal gambar di atas : Nikli orang first aku jumpa lepas dah ambik medal. Tahniah Nikli Nodin! sekalung tahniah aku ucapkan pada hang sebab berjaya tamatkan larian Full Marathon yang pertama!! good job!! congratulations!!!! (sorry sebab ambik medal hang. tak terperasan ambik lepas bergambar. hahaha)
Oh pasal gambar di atas : Nikli orang first aku jumpa lepas dah ambik medal. Tahniah Nikli Nodin! sekalung tahniah aku ucapkan pada hang sebab berjaya tamatkan larian Full Marathon yang pertama!! good job!! congratulations!!!! (sorry sebab ambik medal hang. tak terperasan ambik lepas bergambar. hahaha)
My timing is within cutoff time. cutoff time 7 jam. aku habiskan larian 6 jam 56 minit. wahhh so teruk. malu dengan diri sendiri yang dah lari 17 FM tapi performance serupa tu juga. Ok next Marathon aku kena buat something. Proof to myself aku boleh buat lebih daripada ini. terlalu asyik sangat dengan comfort zone pun tak boleh. setakat nak habiskan larian ramai yang boleh. tapi timing pun kena lah cuba improve kan. tak salah berusaha untuk menjadi lebih baik, in fact memang kita disuruh supaya menjadi lebih baik dari semasa ke semasa kan.. berusahalah azim ashaary! anda mampu mengubah nasib anda!!
Bersama enciksepul.blogspot.com yang dah malas update blog sekarang.. Tahniah dah buat dua FM.. aritu FMV dia masa Standard Chartered KL Marathon.. Abang Azuan Azmil tak sempat jumpa kali ini.. dia kalut duk balik awal. tapi memang pun. aku pun serabut dengan keadaan kat finishing line ni. Rasa nak balik awal jer. dengan keadaan becak dan tak selesa, orang punya lah ramai, nak ambik makanan boleh tak cukup, macam macam lagi lah kalau nak komen. semuanya negatif. memang tak best lah venue baru ni. aku lebih suka macam tahun tahun sebelum ni buat kat area Queensbay Mall. lebih spacious dan mendamaikan jiwa.
With Didi, member masa aku gi Brunei last month. Banyak memberikan motivasi untuk aku turunkan berat badan. dan banyak bagi tips juga pasal workout di rumah. dia pun memang jadi fitness instructor kat Brunei tu.. thanks a lot buddy!! hope to see you again later. Dia join Half Marathon kali ini.
Famoque pun ada. Join 10km. good start bro!! hope to see you again after this. Kak Tie pun dapat buat PB ya sub 3 hours dalam Half Marathon. Tahniah!! nanti kita celebrate. Tahniah romzy buat 5 jam.. Gme 5 jam setengah. Taufik pun sampai 8 jam. at least siap kan. Alhamdulillah. Dan semua yang dapat habiskan larian, tahniah aku ucapkan!!
Kitorang lepak bawah jambatan sebab cuaca panas sangat. Kali ni memang tak jumpa ramai member. Kedaan berserabut macam ni memang susah nak jumpa kawan. 60 ribu peserta. Rekod katanya. Tapi apalah guna nya rekod kalau tak diuruskan dengan baik. hopefully penganjur akan buat post mortem dan do something about all of the complaint this year. supaya tahun depan keadaan jadi lebih organise. Ramai aku tanay tahun depan nak join PBIM lagi tak? semua kata tak nak dah kalau buat kat sini lagi. Terpulang lah kat korang. korang yang bayar korang yang sendiri paksa rela nak lari kan. takder orang yang suruh. Choose wisely then.
Ini adalah Finisher Tee dan Finisher Medal untuk Penang Bridge International Marathon 2014. TaHun ni kaler tee hitam. aku suka kaler ni! tahun lepas kaler oren. design sama jer.. macam ni jugak. cuma kaler lain. whatever it is, aku gembira dapat habiskan larian walau dalam keadaan tak berapa ok. nak DNF macam tak best so lari jer lah. Kepada semua kawan-kawan ku yang terlibat dengan PBIM2014, Congratulations again!! See you guys in next event insya Allah. Maaf ada yang tegur aku tak berapa cam.. yang penting keep in touch ya!!
Ok dah.
Tu jer race report kali ni.
Bertemu lagi kita di event akan datang! :)
*naik shuttle bas balik ke Hostel di area KOMTAR.. Berjaya check out lewat sikt jam 1pm..so sempat lah tidor sejam..best dapat tidor!! then kami gi makan ke restoran Deen Nasi Kandar Jelutong. Then hantar Gme & Romzy ke Airpot, pastu kitorang gerak balik ke KL. kalau rajin aku buat entry lah episod last di Penang.
FUh... itu je yang mampu cakap.. huhu
ReplyDelete