Sambungan dari entri sebelum ni
16 NOVEMBER 2014
Dari Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong kami terus bergerak ke Airport Penang. Aku nak hantar Gme dan Romzy yang akan catch flight malam nanti.. diorang dah siap checked in. so sementara nak masuk ke balai berlepas kitorang lepak kat Secret Recipe dulu. Aku dah pakat-pakat ngan Romzy nak belikan kek untuk Kak Tie. Esok birthday dia (17 November 2014). So sambut lah awal sehari.. takder masalah pun.
So ini lah dianya New York Cheese Cake favourite my sister.. Beli satu slice jer pun dah cukup. kadang kek sebijik membazir jer.. tak abis makan.. dalam piring tu aku minta pekerja restoran tulis TAHNIAH PB. untuk yang tak tahu PB tu apa, PB maksudynya Personal Best. Aku tulis tahniah PB tu sebab Kak Tie buat Personal Best untuk Half Marathon dalam siri Penang Bridge International Marathon kali ini. Sub 3 hours. bawah 3 jam boleh sampai finishing line. Biasa lebih 3 jam.. berkat bridge baru kot. hehe.. Kira double celebration lah ni..
Tak perlu ramai pun. Cukup lah kami berempat sahaja. Terima kasih Gme dan Romzy yang sama-sama memeriahkan simple celebration ni. semoga ukhuwwah berkekalan sampai bila-bila. Same passion dan same interest, biasanya senang masuk dan insya Allah boleh berpanjangan..
Honey Lemonade itu sungguh sedap!!
Selamat Ulangtahun kelahiran kakak ku! Semoga makin jelita dan makin laju lari. Yang paling utama semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.. siap ada bagi ucapan lagi masa ni sambil air mata mengalir. hehe. terharu lah tu.. apa saja untuk kebahagiaan mu kakak ku! take care ya.. ada masa kita jumpa lagi
Tiba-tiba ada satu crowd muncul. Oh geng runners jugak ya..
di Penang Airport itu
Kalau plan awal boleh lah balik naik kereta sama-sama.. tapi amsing masing dah beli flight ticket so tak dapat lah buat road trip sesama.. next time lah ya insya Allah.. so it's time to go. Diorang masuk ke dewan berlepas dan kami bergerak ke tempat parking kereta.. waktu dah jam 5pm masa ni.. lewat dah sebab aku nak kena drive balik ke Paka lagi..
Dari Penang airport terus lencong masuk ke Jambatan Kedua.. Pulang ke Kuala Lumpur dahulu hantar kak tie sebelum aku balik ke Paka. Tengah jalan ke KL singgah di hentian sungai Perak. sempat lah bertembung dengan Saiful, Shah Mo, Suza dan Nahrizul. terserempak juga dengan Zarul dan epit.. tahniah lah korang semua ya!! kaki aku sangat sakit masa ni.. berjalan pun tak stabil.. tapi sebab nak singgah solat semua segala gagahkan diri jugak lah..
Alhamdulillah perjalanan pulang dipermudahkan..
Bertemu lagi lah kita di Road Trip akan datang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..