Ayah suka travel. Dulu zaman kami kecik-kecik banyak tempat ayah duk bawa. Pusing 1 Malaysia ni road trip sama-sama. Dengan nature kerja ayah yang selalu kena pindah, maka memang sering bertukar tempat. Tak sempat nak dapat kawan yang steady dah kena pindah ke tempat lain pula. Jalan-jalan. Cari makan. Itu ayah punya minat. Dulu pun ayah belajar di England. So bahagian sana memang ayah expert juga.
Mak tak macam ayah. Tapi sebab ayah dah macam tu, mak kena lah ikut. Tempat isteri kan di sisi suami. Walau penat sekalipun terpaksa lah mak ikut juga. Lama kelamaan mak dah ok. Alah bisa tegal biasa. Apa salahnya jika belajar untuk minat apa yang pasangan kita suka. That's what love is all about kan. Yeah. They really truly love each other. Maybe in a weird way sebab selalu berselisih faham. Tapi hanya mereka berdua sahaja yang faham apa di dalam jiwa masing-masing. For that I'm so thankful. Thanks to Allah yang satukan dua jiwa ini menghasilkan kami 9 beradik dengan pelbagai ragam dan kerenah.
Sampai saat aku bekerja, aku mula memasang impian. Nak bawa ayah jalan-jalan. Nak bawak ayah dan mak pergi oversea. Aku mula discover yang aku memang mewarisi minat ayah. Suka jalan-jalan. Dan suka cari makan di tempat orang. Jadi bila dah mula ada duit sendiri ni lah masanya aku boleh buat apa yang kami suka sama-sama. Travel together with parents. I saw a lot of my friends do that. Be together with parents overseas. So happy and cool. Ambik gambar sama-sama. Dan nanti aku boleh frame gambar tunjuk pada anak-anak how we travel together to Europe. To africa. To south east Asia. To everywhere.
Tapi perancangan Allah mengatasi segala perancangan yang manusia cuba bina.
Ketika aku mula-mula membina kerjaya, ayah disahkan menghidap sakit buah pinggang. Maka terpaksa jalani hemodialisis seminggu 3 kali. Dan ada juga penyakit 3 serangkai itu menyebabkan pergerakan ayah makin terbatas. Arthritis mula mengungsi kaki ayah. Dari boleh berjalan terpaksa pakai tongkat. Aku masih ingat di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan ayah pakai tongkat masih lagi ayah gigih naik bas dengan mak ke pasar chow kit untuk cari makanan di situ! Orang yang tak boleh duduk statik memang memberontak jiwanya jika terpaksa diam tidak ke mana.. sampai satu tahap, kaki ayah makin teruk dan terpaksa menggunakan kerusi roda pula.
Bila ayah pakai kerusi roda, di waktu itu kami banyak habiskan masa di hospital sahaja. To be exact Hospital Kuala Lumpur. Bergelut dengan kencing manis, sakit buah pinggang dan juga ada blockage di jantung, keadaan memang tidak menyebelahi ayah. Keadaan ayah makin lemah dan pada 3 Mei 2012, ayah akhirnya dipanggil menghadap illahi ketika sedang menjalani hemodialisis di HKL. Di waktu itu, aku tiada bersama kerana berada di Korea. Balik dan hanya mampu melihat kubur ayah yang masih merah, adalah kenangan paling sedih dalam hidup aku. Allah lebih mengetahui. Jadi aku bersangka baik sahaja. Ada hikmah atas semua yang terjadi.
Atas apa yang berlaku, plan asal untuk aku bawa ayah dan mak travel sekarang tiada lagi dalam kamus kehidupan. Mak memang tak suka travel. Jadi bila ayah tak ada mak memang tak mahu kemana-mana. Cuma mak hanya mahu ke Mekah dan madinah sahaja jika ditanya. Speaking of which, aku bersyukur pada Allah sekurang-kurangnya kami dapat peluang untuk mengerjakan umrah bersama arwah ayah pada awal bulan Ramadhan tahun 2011. Dan itu lah satu-satunya trip pertama dan terakhir aku bersama arwah ayah ke luar negara. Lebih indah, Kota Mekah dan kota Madinah itu jadi saksi kami bergilir-gilir menolak kerusi roda ayah ketika mengerjakan tawaf dan sai'e di baitullah! Allahurabbi. Jika diminta galang ganti, aku takkan pernah ingin menukarkan pengalaman paling manis bersama arwah ayah itu di tanah suci dengan apa-apa sekalipun!!
Terima kasih Allah atas kesempatan itu.
Dalam keadaan sekarang, aku banyak ke hulu dan ke hilir juga. Masa banyak dihabiskan dalam kereta drive. Mak pernah cakap aku memang macam ayah. Masa banyak habis dalam kereta sebab selalu ada road trip. Indahnya kalau dapat bawa ayah berjalan-jalan serata dunia. Sebab itu kegemaran ayah. Dan itu cara paling baik untuk aku terus belajar mengenali ayah. Pernah satu ketika di hospital KL sebelum berangkat ke Vietnam, ayah cakap kat mak yang aku mesti akan kahwin lambat. Sebab duit tak pernah nak simpan asyik berjalan sahaja. Dan aku tersengeh sahaja.
Apa terjadi telah tertulis.
Semua itu dalam memori. Takdir Allah tiada siapa boleh sangkal. Kesal rasa hati kerana tak sempat untuk buat banyak benda bagi balas jasa ayah. Ayah.. maafkan saya atas semua perkara yang telah saya lakukan dan tak sempat lakukan untuk ayah.. moga ayah bahagia di alam sana, sabar lah menanti kami semua - moga nanti dihimpunkan bersama sama dalam syurga, kembali bahagia sebagai satu keluarga!!
Hari ini 23 Disember 2014.
Ulangtahun kelahiran arwah ayah. Kalau arwah masih ada, hari ini genap ayah berumur 66 tahun. Dan jika kesihatan ayah masih baik, mungkin di saat-saat begini kami boleh plan untuk travel kemana-mana tempat yang ayah hajati. Mungkin. Hanya tinggal perancangan. Sebab semua ini tak mungkin akan berlaku lagi.
Salam ulangtahun kelahiran buat arwah ayah. Semoga berbahagia di alam sana.. ayah tak pernah mati pun bagi aku. Sentiasa mekar segar dalam jiwa ini. Hanya bacaan ayat suci al-Quran yang boleh diberi pengganti segala habuan dunia untuk arwah ayah sebagai hadiah.. moga roh arwah ayah di tempat kan dikalangan para soleh dan solehin, di bawah lindungan rahmat- NYA.
Ameen.
So long December rain is falling now,
Running down on street to nowhere,
Music is my live, you're my sweetest nightingale,
But i can't hear it here nomore..
Running down on street to nowhere,
Music is my live, you're my sweetest nightingale,
But i can't hear it here nomore..
*Ayah. Gone. But not forgotten. Because you never really left at the first place. I Know, i'll see you again.
IN MEMORY OF ALLAHYARHAM ASHAARY BIN CHEEK
23 DISEMBER 1948 - 3 MEI 2012
So touching this entry..
ReplyDeleteSubhanallah u have a beautiful family.
Semoga arwah ditempatkan bersama2 dgn mereka yg beramal soleh. Amin.
Knowing u pokjim. Rasa iri hati. Sebab dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang & tanggungjawab antara satu sama lain. Ya Allah indah sungguh. Bertuah sungguh mak ayah dikurniakan anak anak macam pokjim adik beradik. Yes, ayah dah takde. Tapi takkan dilupakan sampai bila bila. Kenangan jaga arwah ayah tu bukan semua orang ada. Bukan semua orang berpeluang. Semoga Allah makbulkan segala doa doa awak.
ReplyDelete