About AXIMUD

Thursday, August 6, 2015

SEMOGA ALLAH PELIHARA AIB KITA SEMUA

Di dalam bilik meeting, dia dipuji kerana berjaya menaikkan rating syarikat. Semua eksekutif yang hadir mengucapkan tahniah dan memberi kata kata pujian yang memberansangkan.
Tapi dari raut wajahnya, dia hanya tersenyum sipu sipu seolah tidak berapa gembira. Padahal pencapaian yang dibangga banga semua ialah hasil usaha kerja keras dia selama 4 bulan kebelakangan ini.
 
Keluar dari bilik mesyuarat.
Saya merapati dia. Sampai ke bilik. Dan saya cuba tanya dia, apa kau tak gembira dengan hasil kerja keras kau selama ini? Management telah noted dan beri penghargaan yang tinggi. Rakan kerja kita semua memuji. Apa masih belum mencukupi?
 
'Zim..'
 
Dia membuka bicara. Senyum sumbing seperti tadi juga.
 
'Bukan aku tak gembira. Malah aku bersyukur Allah beri kejayaan hasil dari usaha kita. Tapi aku takut sekali dengan pujian.'
 
"Maksud mu?" Saya bertanya kembali.
 
'Kau tahu kenapa mereka semua memuji aku? Kerana mereka hanya lihat kejayaan yang aku cipta. Hasil dari anugerah Allah. Tapi kalian belum lihat keaiban dalam diri aku. Aku banyak aib. Kita semua banyak aib. Tapi syukur banyak banyak Allah tutup aib kita. Cuba kau fikir zim.. Kalau Allah bentangkan aib kita satu persatu, agak agak akan ada lagi ke orang yang datang memuji? Fitrah manusia - sejuta kebaikan akan terhapus dengan satu kejahatan cuma. Itu lumrah. Sebab itu aku tak hairan dengan pujian. Kejayaan itu milik Allah. Kita mengusahakan saja.'
 
Panjang lebar dia terang pada aku. Dan aku mengangguk tanda setuju.
 
'Sebab tu kalau orang puji kita, jangan mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Susah nak didik hati supaya jangan rasa kejayaan itu milik kita. Semua hak Allah. Tapi walau susah macam mana sekalipun kita harus terus mencuba. Moga Allah beri pertolongan'.
 
Ya. Aku kagum dengan susuk tubuh ini. Benar sekali kata-katanya.
 
Dunia masa kini, setiap kejayaan akan dilihat sebagai kejayaan makhluk. Sedangkan itu sebenarnya milik Allah. Hari ini aku mendapat satu lagi peringatan berguna. Peringatan untuk kita sentiasa lihat aib dalam diri. Orang memuji kerana mereka tak nampak aib kita. Orang memuji kerana lazimnya kita akan persembahkan diri kita yang baik baik saja depan orang ramai. Yang tahu aib dalam diri kita ialah antara diri sendiri dan Allah s.w.t. Sebab tu jangan kita buka aib orang. Itu perbuatan keji.
 
Semoga Allah akan pelihara aib kita semua.

No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..