About AXIMUD

Sunday, October 23, 2016

AKU, MATADOR & MADRID ESPANA


'Kita dah sampai Madrid Sepanyol ni. Rugi tak tengok show Matador tu.. biasa kita tengok dalam tv jer.. jom la tengok live'

Kata travel buddy aku.

Iya.

Aku mengiyakan. Lalu kami terus ke Plaza De Toros Las Ventas Madrid untuk tengok tiket yang available bagi show petang nanti. Show bermula jam 5.30pm dan akan tamat jam 7pm. Dua jam. Dan harga tiket nya berbeza mengikut tempat duduk. Kami just mengambil tiket berharga 8.70€ sahaja. Tak perlu lah mahal mahal. Sekadar untuk tengok what this matador is all about.

Pengetahuan aku pasal this show adalah cetek. Sebab tak berminat nak tahu sebelum ini. Just tahu game ni macam acah-acah lembu dan mengelak dari lembu untuk tonjolkan keberanian sang matador. Guna kain merah. Matador pakai baju ketat. Lembu tanduk tajam. Main atas pasir.

Itu je yang aku tahu.

Jadi kami berempat dapat tiket. Excited. Sebab this is new thing dan boleh tengok live. Habis pusing plaza de toros ni ambik gambar. Dan beli kacang serta air berkarbonat sebelum tengok show. Cuaca adalah panas ketika ini dan matahari memancar terik.

Masuk stadium. Ambil tempat duduk. Dan standby with kamera untuk snap shot menarik. Sebelum bermula ada perarakan kuda dan ada live band main alat muzik. Pusing stadium untuk greet penonton.

Tiba-tiba keluar seekor lembu bertanduk tajam.

Terus kejar matador sampingan yang pegang kain pink. Aku pun tak faham kenapa bila diorang kibar kain tu lembu kejar. Dan matador mengelak. Then datang matador lain pulak rentang kain tu. Lembu kejar yang tu pulak.

Pusing-pusing macam tu sampai lembu tu pening. Kami yang tengok ni rasa macam kesian pulak kat lembu tu dipermainkan sebegitu rupa.

Kemudian keluar seekor kuda. Yang dipasang kain getah menutup badannya. Mata kuda tu pun ditutup. Dengan seorang penunggang pakai kasut besi pegang macam lembing di tangan. Bila kuda tu keluar lembu tadi terus gi serang kuda tu.

Bila diserang, penunggang tu terus tikam belakang lembu tu dengan lembing yang dipegang. Sampai berdarah-darah. Ditikam dan dipusing lembing tu hingga lembu tu lari menuju ke matador lain.

'Weiiiii bodoooooo.. berdarah lembu tu.. kesian kat dia weyyyyy!!!'

Tempik member sebelah aku.

Emosi.

Ala bukan dia jer rasa macam tu. Aku pun rasa tak selesa. Memang rasa macam bangang pulak bila diorang cederakan lembu tu. Dan game terus berlansung sampai keluar ketua matador pakai kain merah. Di sebalik kain merah tu rupanya ada pedang panjang yang Tajam.

Untuk tikam lembu sampai mati.

Dipermainkan lagi lembu tu. Kemudian keluar dua orang bawa besi tajam cucuk belakang lembu. Dan lembu tu berpusing pusing makin lemah.

Hal yang mengganggu fikiran aku ialah apabila semua hadirin dalam dewan akan bertepuk tangan dan memberikan standing ovation apabila lembu berjaya dicederakan tanpa belas. Seksa menatang tu.😡😡😡😡😡

Kemuncak nya ialah apabila ketua matador berkain merah menikam tulang belakang lembu. Dan paksa lembu tu berpusing pusing hingga terduduk. Di tikam kepalanya dengan pisau kecil hingga lembu terkulai jatuh mati hingga hilang nyawa.

Dan semua penonton bertepuk bersorak riang meraikan kejayaan Matador menumpaskan makhluk Tuhan yang lemah bernama lembu itu.

Keluar 4 ekor kuda. Menarik dan heret lembu yang mati itu keluar dari stadium. Di iringi muzik kemenangan dan matador mengangkat tangan kepada semu penonton isyarat kejayaan membunuh lembu liar yang bengis.

Kami memang rasa terkilan dan tergamam dengan aktiviti ini. Baru kami sedar dan tahu - rupanya pertunjukan ini ialah mengenai pembunuhan seekor lembu secara kejam oleh manusia berbaju ketat bertopengkan matador.

Dalam masa satu jam 3 ekor lembu telah mati. Aku mengambil keputusan untuk mengajak semua kawan-kawan ku keluar dari stadium. Dan meneruskan agenda lain. Dari membuang masa menyaksikan pembunuhan lembu secara seksa ini beramai-ramai.

Sewaktu pertunjukan tak henti henti aku berharap agar matador itu ditanduk lembu hingga cedera. Biar dia rasakan pula sebagaimana lembu yang telah mati rasa.

Mungkin interpretasi mereka warga Spain pertunjukan ini merupakan tradisi untuk menonjolkan keberanian mereka melawan lembu bertanduk tajam yang bengis. Masakan tidak berani. Game ini mempertaruhkan nyawa. Julai 2016 aritu ada seorang matador berumur 29 mati ditanduk lembu. Tapi untuk apa? Mati sia-sia i might say.

Persepsi aku tetap berbeza. Makhluk Tuhan bernama lembu itu tidak layak mendapat layanan sebegitu. Dipermainkan, ditikam berulang kali sehingga mati.

Akal aku tidak mampu untuk menghadam realiti ini. Kata lah apa alasan sekali pun pertunjukan ini, tapi sebagai manusia yang ada adab pertunjukan seperti ini adalah tidak bermoral dan tiada etika. Kerana lembu itu diseksa sampai mati.

It just doesn't make sense to me.

Judge all you want, but this is my stance. Tidak mewakili mana-mana pihak. Cuma pendapat peribadi.
Dan jika kalian tanya aku, adakah berbaloi untuk menonton pertunjukan madrid bullfighting ini, maka aku akan kata lebih baik jangan menontonnya. Membazir masa dan wang. Tapi terpulang lah. Duit sendiri sendiri. Cuma ini pendapat aku.

Akhirnya kini ku tahu.

Madrid Bullfighting adalah medan menyeksa lembu sampai mati!










(Gambar bertarikh 9 Oktober 2016, Plaza De Toros Las Ventas Madrid, Sepanyol)

2 comments:

What do you think about this entry?tell me..