i know this is kind of late submission to story about SCKLM2016. But who cares. i just want to share my experience in this recent marathon event. This race was held on 7th of August 2016.
Hari sebelum race.
Datang KL checked in kat Swiss Hotel duk sekali ngan Rudy. Apparently he is looking for a room mate so last minit aku just ok with the plan. and turns out memang convenience lah stay swiss hotel ni. ramai runners stay sini sebab walking distance je nak ke Dataran merdeka tempat starting Line for Standard Chartered KL Marathon Event (i will just use SCKLM onwards). petang tu rest sekejap, then gi makan kedai roti canai telur goyang bangunan selangor mansion. Ok lah. boleh lah alas perut. tak rasa nak makan berat berat. then gi mydin beli air mineral dan snickers untuk bekalan masa lari nanti. beli jagung juga. then balik hotel mandi solat apa segala dan siapkan apa yang patut. jam 9.30pm terus switch off and tidor.
jam 2am.
Bangun dan bersiap. jam 3am dah mula turun ke dataran merdeka. runners dah ramai membanjiri kawasan dataran. ada yang tengah warming up. ada lepak lepak. dan masing masing dah bergerak ke starting line. untuk Full Marathon kategori flagoff adalah pada jam 4am.aku, rudy dan abang Zam gerak sekali. jumpa Gme, mim sham dan runner lain yang muka familiar. masuk jam 3.30am perut aku mula bergolak. apakah roti canai semalam buat sakit perut. terus balik ke hotel semula. nasib lah hotel dekat.. kalau tak memang tak tergamak lah nak buang air besar dalam portable toilet tu. selesai urusan di hotel terus ke starting line di Pen 4 dalam jam 3.50 am. terserempak pulak ngan utara runners ishaqrudy and the geng.. abang noorulazman dari JB pun ada. dont know what to expect i just want to finish this race as soon as possible.
jam 4 am.
Flag-off bermula. Sebelum flag off ada nyanyi lagu negaraku. i like. we are malaysian kan. oleh kerana aku di Pen 4 maka delay dalam 8 minit dari gun time. tak kisah lah. sebab nanti akan kira actual masa net time. alah. bukan aku peduli sangat pun pasal timing. just nak better timing jer dari rekod yang aku pernah buat. kalau tak boleh pun cuba lah lagi di event lain. tak perlu nak pressure sangat dengan hal hal PB ni. it just a number. yang penting kita ambil peluang untuk enjoy the run. apa lah ertinya larian jika tidak dinikmati. so aku pun mula lah berlari bila dah lepasi garisan permulaa. live tracking pun bermula.
KM1 - KM15
dari km1 hingga KM15 ni aku just berlari dan cuba maintain pace bawah 6.. most of the time pace around 5:45-5.50 macam tu. ikut endomondo aku 1 jam 24 minit untuk first 15 km. that's good for me. nak berhenti solat subuh belum masuk waktu lagi so aku teruskan berlari.. kat KM15 atas higway AKLEH organiser ada sediakan tempat solat. well done you guys! sapa kata takleh solat subuh kan walau berlari jam 3-4 pagi. perjalanan aku berlari dari KM 15 ni sampai KM21 banyak juga melepasi runners runners yang familiar. tapi tak sempat nak tegur sebab nak kejar waktu solat di KM21.
KM21.
Di water station sini, ramai juga berhenti solat subuh. ada plastik sampah warna hitam tu buat lapik solat sebelah water station. yang perempuan pun ada solat kat sini aku perasan. alhamdulillah air sembahyang yang aku ambik sebelum flag off masih ada so terus saja buka kasut dan solat.. jangan lah kerana nak kejar PB korang tak solat pula ya. ingat sikit kekuatan kita berlari ni pun dari Allah. Selesai solat aku ambik air minum sikit then nak teruskan larian. tersermpak dengan abang tengku syah kat sini, dia tegur aku.. then we separated at this km. perjalanan seterusnya adalah perjalanan aku mengejar pacer 4 jam 30 minit.
Masa solat subuh tadi rasanya pacer 4 jam 30 minit berlalu pergi.
So aku speed sikit larian sebab nak kejar waihong, salah seorang pacer 4:30 yang aku kenal masa buat Langkawi Ultra a few weeks ago..kejar punya kejar punya kejar punya kejar..akhirnya aku dapat pace ngan dia.. sempat bertegur sapa then aku speed sikit ke depan dan teruskan larian.. kali ni dalam keadaan selamat dah sebab ada dalam range 4 jam dan 4 jam 30 minit punya pacer. sebab target aku nak sub 4:30. di KM28 aku terserempak ngan Ayie.. aku follow jer dia dari belakang..
Di KM31
Baru aku tegur Ayie. masa ni hari dah mula cerah dan kat KM31 ni kena ambik wristband sebagai tanda check point. sembang sembang ngan dia sekejap then aku fokus balik untuk maintain speed. aku tahu ayie akan laju sat lagi so aku ke depan dulu.. masa ni pace dah tak berdaya nak laju sangat.. memang main pace 6 lebih cenggitu jer.. ada shower jugak.. so aku lalu bawah shower tu basahkan kepala. hari dah cerah tapi tak berapa panas lagi. actually water station pun aku banyak skip sebab taknak rest lama lama.. aku berhenti selang dua water station macam tu. snickers yang aku bawak pun tak makan makan. malas nak bukak beg. makan pisang yang disediakan jer setengah bijik, mujur badan dapat bertahan. dalam fikiran aku terbayang juga tembikai tapi takde disediakan. ada satu water station bagi energy gel. aku ambik tapi simpan jer tak makan. haha.
Di KM 35 onwards
Masa ni dah mula masuk area mencabar.. area bukit Tunku.. bukit yang agak mencabar minda untuk naik dan turun.. tapi aku cekalkan hati jugak berlari walau naik bukit.. ikut rasa nak berjalan jer tapi kaki tetap hayun biar berlari walaupun slow. naik turun naik turun sampai aku jumpa Abang Wahid.. ajak dia pace sesama tapi dia dah tak larat katanya kaki sakit so aku jalan dulu.. terserempak Am juga masa ni. sempat tegur dia dan terus menuju ke depan.. kat KM38 masa ni berlaku pertembungan antara yang lari FM,HM dan 10 km. so keadaan agak berterabur dan susah nak berlari.. masa ni Ayie potong aku.. tak kisah lah.. run your own pace kan. kita bukan bertanding ngan orang lain pun. hanya bertanding ngan diri sendiri..:)
sampai KM40 ajim FRC lalu belakang aku. nampak dia terus aku pace sama sama.. motivasi bila tengok ada kawan lain yang cekal dan terus berlari untuk menuju ke finishing line. hari makin panas. dan kaki aku pun makin malas. tapi layan kan lah ajer. dah lari 40 km takkan balance 2 km lebih tak boleh kan.. ingatkan masa nak last last dah takde bukit sekali ada lagi bukit yang hazab. layan dan redah jer, lalu bulatan stesen keretapi hingga akhirnya nampak satu pintu gerbang merah tulis 500m ahead to Finishing line!
Nampak pintu gerbang tu aku dah mula happy satu macam. sebab rasanya aku mampu capai impian aku nak buat PB sub 4 jam 30 minit.. terus berlari dan berlari.. depan muzium tekstil kehangatan sangat dirasai sebab ramai member runners beri sokongan kepada yang nak sampai garisan penamat.. aku perasan apeng ada masa tu.. Clin duk ambil gambar..yang lain ada panggil nama aku tapi aku tak sempat nak reply kononnya nak kejar ke Finishing line. patutnya aku just rileks sikit dan ambik gambar kat situ ngan diorang. nak laju laju nak pi mana kan. bukannya timing jadi jauh beza pun. i learn that lesson. lepas ni just rileks dan takyah nak rush ke finishing line tu. hehee..
Sampai akhirnya di Finishing Line 42.195KM!!
Rasa nak melompat pun ada sebab berjaya tamat dengan catatan masa 4 jam 22 minit!! actually gun time tunjuk 4 jam 28 tapi sebab aku berada di Pen 4 maka kena tolak 6 minit sebab aku start 6 minit lebih lewat dari gun time. alah. tak kisah. janji aku dah capai apa aku nak. Syukur!! ambil air mineral, finisher medal dan fin tee. terus cari muka muka members yang ada di luar kawasan redemption. terus nampak Shahir dan Hamid tengah duduk berdua. mereka tu laju.. sub 4 material.. harus lah sampai awal.. duduk dan bersembang dengan diorang.. shahir laju gile habis 3 jam 44 minit.. Hamid pulak abis 4 jam 2 minit. memang idola aku ni untuk berusaha dengan lebih gigih supaya dapat buat FM within sub4..tahniah korang! lepak sekejap dan aku sempat jugak jumpa member satu company yang masuk event ni. jumpa sharul nidzam, ezu mizu, khai, am, ridwan, amin jaafar, dan ramai lagi sebelum kami pergi bersarapan pagi di restoran berdekatan.
Selesai sarapan aku terus balik ke swiss hotel. mandi dan ingat nak tidur.. masa tu baru jam 10am.. sempat sangat nak tidor sebab check out jam 12.30pm nanti. sekali Liza mesej cakap ada depan muzium tekstil ramai ramai menyaksikan gelagat dan beri support pada runners yang lain. aku pun terus sarung fin tee dan keluar menuju ke dataran semula. penat tolak tepi. janji dapat gather ngan member runners kan. so aku jalan kaki dari hotel menuju ke dataran merdeka yang dah sangat panas waktu ni.. tapi masih meriah dengan peserta peserta SCKLM2016.
sampai depan muzium tekstil tu memang meriah lah. dengan semua kawan kawan runners yang ada. tak larat nak mention nama sorang sorang.. seperti dalam gambar je lah ye. hehehee.. thanks korang yang menceriakan hariku..lepas last ambik gambar, last lagik. entah bila nak habis, cikgu khidir pun datang walau tak join untuk ambil gambar dengan kawan kawan.. appreciate that so much! siap geng geng ganu bawa bendera terengganu dan kami ambil gambar di Finishing line. cutoff time ialah 7 jam iaitu pada jam 11am.. so selepas jam 11 am boleh la nak bergambar ramai ramai kat situ.. siap ada buat video.. memang havoc. panas pun panas lah janji enjoy.
Kepada semua peserta, member runners dan yang menyertai acara SCKLM2016 ni, tahniah saya ucapkan. SCKLM2012 ialah kali pertama saya buat FM dengan catatan masa 5 jam 44 minit. tahun 2016 saya kembali lagi dengan catatatn masa terbaru iaitu 4 Jam 22 minit. semoga tahun depan dapat sub 4 pulak. hehehe.. berangan tak salah kan. sebab tanpa mimpi impian takkan jdi kenyataan. habis selesai semuanya terus balik hotel, check out dan gi makan tengahari dulu dengan rudy dan abang zam. then bersiap untuk balik ke Paka.
ok dah.
macam biasa lah. terpanjang plak karangan.
Tahniah semua! dan terima kasih atas semua ucapan tahniah. saya menitipkan kisah di sini untuk rujukan sendiri di masa hadapan.
jumpa lagi di event akan datang!
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..