About AXIMUD

Monday, June 30, 2008

WhaTeveR IT TakeS

(Disclaimer:Entri ni merupakan sambungan dari entri Saturday Activities yang lepas..'Right now i'm on my way to attend BBQ party.Will update about it later.'Thats what i'm saying last two days,so tonight i'm gonna share some story while we having the BBQ at Perlis.)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari sabtu malam tu kitorang pakat-pakat nak wat BBQ dinner,kat umah Anies..So petang sabtu tu jugak kitorang pegi beli barang basah kat pasar Jejawi(orang Perlis mesti konpem taw la pasar ni kat mana..).beli makanan laut tentunya-Sotong,Udang,Udang lipan(?),Ikan kembung,dan juga ayam.Daging tak moh beli sebab liat..nanti lambat hadam dalam perut..(katanya..).Dalam pukul 8 lebih aku ngan Zack tiba dan membantu menhidupkan api dan bara..
*wat cam unggun dulu kasi bara terbentuk..:D

ni lah bahan basah yang akan menjadi santapan kitorang...ngan ayam,udang,udang lipan,ikan kembung,sotong...fuuuhhh semua nya mengancam amat..kombinasi yang lengkap.
*Proses pembakaran berjalan dengan lancar walaupun asap tebal menyelubungi kediaman umah Anies.
*meh la join aku bakar makanan nih....
*tergolek golek udang yang dibakor tuh...kepanasan gamaknyer..

*inilah hasil dari penat lelah kami...nampak very tempting kan...hmmmm nyum nyum...

*Udang lipan,actually kalau tak silap aku udang ini juga di kenali sebagai baby lobster.
*ni udang biasa la kan...sedap bangat..!!


*Baked potato...yang ni sangat sedap bila di makan dengan sos thousand Island.
*Ayam bakar-rempah yang sangat sedap!!
*ni yang aku paling suka-sotong bakar.. *side dishes-Jagung rebus mentega
*Stew nenas-sedap makan ngan air batu
*Nasi goreng yang memang mengancam!!
*Udang ni nampak jer cenggini,tapi isi nya kurang sebenarnya..kena pandai kopekkan baru dapat merasi kemanisan isi di dalam


Kitorang makan banyak giler...sampai nak pecah perut rasanya..semua makanan sedap sedap belaka..!!everything was so perfect,cukup rasa gula dan garam...Thanks to Anies and family for da very wonderful Dinner...We really had so much fun that night...next time kalau i datang lagi Perlis kita wat lagi BBQ cenggini k..

*after Dinner terus balik ke hotel dan menanti ahad menjelma,nak pi jalan jalan lagi kat bumi perlis nih.bercadang untuk ke Gua Kelam dan padang Besar..seronok juga melawat tempat orang sebegini-jauh berjalan luas pandangan..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Banyak lagi Entri kat Perlis tertunggak,nanti aku publishkan satu per satu k.tunggguuuuu......hari ni merupakan hari kerja yang paling tak best sebab aku kembali seperti tidak berpijak di alam yang nyata...NGANTUK GILERRR!!!!mau tak ngantuk lepas balik dari perlis semalam sempat tidur sekejap ajer,then pi tengok bola dan terus pi kerja...

*dah dah,aku nak pi qada' tidur nih..EURO da habis bermakna kitaran tidur aku akan kmenbali normal selepas ini..('',)Insya Allah..Nite nite everybody's...Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

SPAIN:UEFA EURO 2008 CHAMPION!!

Pheeww........!!Berakhir sudah Demam EURO2008 kali ini,yang menyaksikan Sepanyol menumpaskan Germany 1-0 sekaligus merangkul kejuaraan bagi kejohanan EURO208 kali ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi tadi pi tengok match EURO2008 final ni kat Restoran Nasi Kandar Khaleel Seberang Jaya,wif Anies,Ijad,Hasrin,Mail dan Epul.(Semua nama yang aku nyatakan ni sumer member ex-UiTM dulu..member masa belajar dulu).Aku siap pakai Jersi Germany(dah aku sokong Germany),Anies plak pakai Jersi Spain(dia nih giler ngan Spain..)..kitorang plak yang gaduh last-last....hmmm nevermind.

Saja la nak tengok Perlawanan akhir ni kat kedai mamak,happening sket ngan penyokong Spain dan Germany yang memberikan sorakan dan standing ovasion tiap saat ada gerakan merbahaya dari pasukan pilihan masing-masing..memang happening..('',)..Kecewa aku tengok aksi Germany yang macam tak bermain dengan kemampuan sebenar,nak wat camana kan,takdak rezeki..so meh aku review sket game pagi tadi :

SEPARUH MASA PERTAMA

Perlawanan separuh masa pertama pada permulaannya menyaksikan penguasaan Germany terhadap ball possesion,ada beberapa gerakan merbahaya juga di lakukan pemain Germany namun benteng pertahanan Spain agak sukar untuk dibolosi.Spain yang sedikit lembap mencari rentak akhirnya dapat melakukan serangan-serangan balas yang merbahaya,dan dapat di lihat pertahanan Germany agak Goyah di situ.(aku pun tak taw naper la defend Germany very poor ..lahm ok jer aku tengok,tapi tak beraksi secemerlang perlawanan sebelum ni.)

Akhirnya pada minit ke 33' Spain membuka jaringan menerusi gol sungkit dari Fernando Torres(former Liverpool Player) yang mengatasi penjaga gol Germany Jens Lehmaan dan Philip Lahm(defender).Masa ni aku tengok ada miscommunication antara Lehmann ngan lahm,lahm lambat mentackle Torres sebab dia ingat Lehmann will save da ball.Hujung masa pertama berakhir dengan 1-0,kelebihan kepada pasukan Sepanyol.(masa Sepanyol gol bergemuruh kedai mamak)

*Torres lepas wat Gol untuk Spain
*Torres mengatasi penjaga gol dan pemain pertahanan Germany.
*mau tak rai-Gol penting tuh...ni kan Final!!

BABAK MASA KEDUA

Pada permulaan babak kedua Germany membuat pertukaran Philip Lahm yang di gantikan dengan Hanseen,manakala Fabregas(Spain) di gantikan dengan Xabi Alonso.Pada awal permainan Germany banyak mengasak dan ada cubaan merbahaya dar Schweinsteiger tapi tak berapa kemas diorang nak wat finishing-ngan Iker Casillas yang mantap sukar bagi Germany untuk mencari ruang bagi jaringan Gol penyamaan.

Spain bermain dengan baik skali,di mana counter attack demi counter attack di lakukan-aku dapat tengok Germany semakin tertekan-Germany seolah berusaha keras untuk mengatasi pertahanan Spain yang agak kebal,(masa ni aku dah pelik kenapa Lukas Podolski lansung tak menyerlah,mungkin sebab bola payah nak dapat kat dia kot)..Micheal Ballack ,Klose,Schweinsteiger pun tak menyerlah-pendek kata Germany seolah hilang punca dan agak tertekan dengan corak permainan Spain.


*Micheal Ballack-Kapten pasukan Germany


Cuma aku puji sebab Germany tak mudah menyerah kalah.Spain memang deserved untuk menang dis match based on the performance..walaupun Kuranyi dan Mario Gomez di masukkan sebagai percaturan terakhir Joachim Low namun itu tetap tak cukup untuk membawa Germany memperolehi gol penyamaan.

Spain muncul juara EURO2008 ini apabila wisel penamat di bunyikan,sejurus selepas 3 minit masa tambahan berakhir.Spain 1,dan Germany 0.

*Luis Aragounis(Spain Coach) di raikan atas kemenangan Spain


KEMARAU 44 TAHUN BERAKHIR

Dengan kemenangan ini,berakhirlah kemarau 44 tahun Spain dalam mencari kejuaraan bagi major tournament seperti ini.Kali last team Spain menang pun pada tahun 1964.Jadi kemenangan ini memang sangat bermakna bagi Spain-44 tahun lama tuh!!

Kedua-dua pasukan punya reputasi tersendiri,yang mana Germany dah menang kejohanan EURO sebanyak 3 kali,namun rezeki tidak ada untuk perlawanan kali ini.Jumpa lagi di kejohanan Piala Dunia 2010 nanti!!Semoga nanti akan ada sinar baru untuk pasukan Germany!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kejohanan EURO2008 kali nih memang best bagi aku,sebab team yang layak semua power-power..Team underdog pun menyerlah juga dalam perlawanan kali nih-lihat sajalah bagaimana Croatia melayakkan diri ke suku akhir mengatasi Czech Republic,Russia menewaskan Belanda,dan Portugal yang tersingkir setelah kalah dengan Turkey..Well,Anything can Happen in Football..

Maka dengan ini berakhirlah sudah segala liputan pasal EURO2008 untuk bulan June nih..walaupun banyak hari juga tak cukup tidur tapi aku puas sebab dapat menyaksikan pasukan-pasukan pilihan mara ke separuh akhir(ITALI) dan ke pusingan akhir(GERMANY).aku pun heran naper la aku sokong pasukan yang asyik kalah jer...haha..takper takper..Yang penting semangat kesukanan yang sentiasa membara tu tetap ada..jumpa lagi di kejohanan Piala Dunia 2010 nanti!!

See you there.!!Insya Allah..

*segala gambar bagi berita terkini EURO2008 untuk bulan June ini is a courtesy of UEFA EURO2008 website.TQ.

Sunday, June 29, 2008

PerliS TriP's OveR



Ni gambar gambar masa on da way balik dari Perlis tadi..singgah sebentar di bandar Alor Setar sebab Anies nak antar baju yang kawan dia pakai masa bertunang temoh hari ke butik pengantin di situ.Sempat makan eskem McD sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

Tiba di Penang pukul 9 malam tadi...Oh yaa...Malam ni akan berlansung satu perlawanan uang hebat antara Spain dan Germany dalam merebut kejuaraan EURO2008 kali ini.Of course la aku akan sokong Germany untuk menjadi Champion

Dengan Barisan pemain seperti Bastian Schweisteiger,Lukas Podolski,Philip Lahm dan Miroslav Klose,aku yakin Germany mampu menumpaskan Spain-walaupun pasukan bimbinan Luis Aragounis ini bukan calang...Micheal Ballack cedera dan mungkin tidak akan bermain untuk perlawanan sebentar lagi.David Villa pun tidak akan bermain untuk Spain

Siapa akan menjadi Juara EURO2008 kali ini?

semestinya GERMANY!!!! ('',)~(ayat konpiden giler..!!!sukati aku la kan..haha)

*untuk kesekian kalinya aku tak tidor lagi la nampak gayanya malam nih...esok kerja tak taw la camana....Boss aku tak approved cutii..ingat aritu nak amik cuti kecemasan sempena Final nih..haha

Saturday, June 28, 2008

SaTurDaY AcTiViTiES

*on my way to PERLIS....sangat mendamaikan melihat lapangan sawah padi di kiri dan kanan lebuh raya..
*Anies bestfriend(since childhood) engaged
*Anies wif Iza

*Makan time





*thanks for da nice food..


*Went to stay at Seri Garden Hotel in Kangar Town

Right now i'm on my way to attend BBQ party.Will update about it later.

*kekangan masa menyebabkan tak dapat nak update panjang-panjang..will visit your blog later k..TQ.

Ada Apa Dengan PerliS?

'Perlis (Jawi ڨرليس) in full Perlis Indera Kayangan, is the smallest state in Malaysia. It lies at the northern part of the west coast of Peninsular Malaysia and has Satun and Songkhla Provinces of Thailand on its northern border.The capital of Perlis is Kangar and the royal capital is Arau. Another important town is Padang Besar, at the Malaysian-Thailand border. The main port is the small village of Kuala Perlis, linking mostly to Langkawi Island. Perlis has a snake farm and Gua Kelam as tourist attractions, as well as the small yet beautiful Perlis State Park.'

(source:wikipedia)



Saja jer tetiba bagi fakta pasal Perlis..actually esok(which is pagi nanti ler..) aku nak ke Perlis,saja nak pi jalan-jalan..Actually since aku duk kat Penang nih tak pernah lagik menjejakkan kaki ke Bumi Perlis tu..Dulu masa aku kecik-kecik pernah la pegi Perlis tapi dat's was like a zillion years ago...

Hmmmm ada apa dengan Perlis yer...have no idea..nanti kalau ada kesempatan boleh lah aku bersiaran juga dari sana.Remember Zack yang ada datang minggu lepas sebab konferen kat USM?aku tumpang umah dia nanti.Harap dia boleh tunjukkan apa yang menarik kat sana..:D

Hmmm da pukul 4 pagi ni aku tadak idea dah nak tulih apa..tadi lepas balik kerja,balik umah dan terus terlelap..ngantuk sangat di rasakan(tak cukup tidur kot semalam..)..tu yang awal pagi dah terjaga nih..adeh,perut lapar le plak..nak pi carik makanan ler..tapi aku rasa dah takdak apa kat dapur,lama dah tak membeli barang keperluan dapur..makan biskut cicah tea-o la nampak gayanya...sodap jer kalau dah lapar kan..jom..

*Regret is a waste of time! When we regret, we are crippling our present with our past and the conclusion is sorrow, tears and pain. Instead, utilize that time for enjoying yourself. Make it a habit to divert your mind to other things when you are supposed to regret about your past..

Friday, June 27, 2008

Well PlanneD Suprised!!!!

Hari selasa baru ni(24 jun 2008) merupakan tarikh lahir Kak Ana(Anies punya kakak).So Anies plan untuk wat sambutan besday untuk kakak kesayangan dia tuh.Kebetulan her sister turun Penang bersama ngan BF dia,so ini lah msa terbaik bagi kami membuat kejutan untuk Kak Ana.

Selepas Dinner(kat Restoran Golden Triangle tempoh hari),Anies belikan sebijik kek kat Bread History khas untuk kak Ana.Aku tanya naper tak beli kat Secret Recipe,kan kek kat SR banyak yang best best..Anies kata decoration kek kat SR tak semenarik kek kat Bread History.

Dan aku akui kata-kata tersebut.Kek di SR semuanya standard sahaja appearance nya kalau nak bandingkan ngan kek di Bread History ni.Cantik kan kek nih?kalau tak silap ni kek black Forest..(errr betui kaa Anies?)


Anies plak duk sibuk posing ngan kek sementara tunggu kak ana balik umah..dia duk kalut dah serba tak kena ke hulu ke hilir takut takut kak ana balik dan suprise tak menjadi nanti...Punyalah lama kitorang tungu dekat sejam lebih jugak..haha...tu lah,konon konon nak wat suprise last last kitorang plak yang tersuprise..:D

Tiba masa yang ditunggu,akhirnya Kak Ana pun balik juga ke rumah.Kitorang segera tutup semua lampu dan nyalakan lilin pada kek yang chantek itu.

Sebaik sahaja Kak Ana masuk dalam umah,kitorang pun berteriak laa...SUUUPPPRRIISSEEE...!!!...terperanjat beruk kak Ana..beruk pun takder terperanjat macam dia..haha...pastu kitorang nyanyi la lagu Hepi besday untuk kak Ana...Selamat Ulang tahun Kelahiran Kak Ana!!Semoga panjang umur dan di murah kan rezeki...Cepat-cepat la kawen yek...:D

* Ni lah Kak Ana,Anies punya kakak..ada rupa macam dia tak?kalau ada sah-sah la diorang adik beradik kan..(perlu ker aku tanya..haha)

*Upacara Memotong Kek
*Anies with her beloved Sister
*Kak Ana with poji a.k.a BF dier
*Aku dan Poji

Kek tak habis di makan pun..dalam sebelah jer yang habis..mau tak habis,4 orang jer yang makan..lagipun kitorang sumer baru sudah makan malam,so kek itu akhirnya aku wat balik umah jer pastu,bleh gak tengok bola nanti sambil-sambil makan kek..

Enjoy jugak la malam tuh sebab dapat wat suprise dan memang menjadi-yang bestnya kak Ana tak suspek apa-apa pun...kiranya plan Anies tu berjaya la...congrats...congrats..('',)nanti kita wat suprise kat Kok Ya ngan Kok Tie plak k..hehe..

Kepada Kak Ana,Selamat Ulangtahun Kelahiran sekali lagik...Semoga segala hajat akan di perkenankan..semoga makin chantek,murah rezeki,di panjangkan usia dan di percepatkan jodoh...Ameen..

*baru aku perasan besday kak Ana sama ngan besday Kak EJ..mmmm macam ramai kan yang sambut besday bulan Jun nih...Anyway,Hepi besday kepada semua yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Jun.