Pheeww........!!Berakhir sudah Demam EURO2008 kali ini,yang menyaksikan Sepanyol menumpaskan Germany 1-0 sekaligus merangkul kejuaraan bagi kejohanan EURO208 kali ini.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Pagi tadi pi tengok match EURO2008 final ni kat Restoran Nasi Kandar Khaleel Seberang Jaya,wif Anies,Ijad,Hasrin,Mail dan Epul.(Semua nama yang aku nyatakan ni sumer member ex-UiTM dulu..member masa belajar dulu).Aku siap pakai Jersi Germany(dah aku sokong Germany),Anies plak pakai Jersi Spain(dia nih giler ngan Spain..)..kitorang plak yang gaduh last-last....hmmm nevermind.
Saja la nak tengok Perlawanan akhir ni kat kedai mamak,happening sket ngan penyokong Spain dan Germany yang memberikan sorakan dan standing ovasion tiap saat ada gerakan merbahaya dari pasukan pilihan masing-masing..memang happening..('',)..Kecewa aku tengok aksi Germany yang macam tak bermain dengan kemampuan sebenar,nak wat camana kan,takdak rezeki..so meh aku review sket game pagi tadi :
SEPARUH MASA PERTAMAPerlawanan separuh masa pertama pada permulaannya menyaksikan penguasaan Germany terhadap ball possesion,ada beberapa gerakan merbahaya juga di lakukan pemain Germany namun benteng pertahanan Spain agak sukar untuk dibolosi.Spain yang sedikit lembap mencari rentak akhirnya dapat melakukan serangan-serangan balas yang merbahaya,dan dapat di lihat pertahanan Germany agak Goyah di situ.(aku pun tak taw naper la defend Germany very poor ..lahm ok jer aku tengok,tapi tak beraksi secemerlang perlawanan sebelum ni.)
Akhirnya pada minit ke 33' Spain membuka jaringan menerusi gol sungkit dari Fernando Torres(former Liverpool Player) yang mengatasi penjaga gol Germany Jens Lehmaan dan Philip Lahm(defender).Masa ni aku tengok ada miscommunication antara Lehmann ngan lahm,lahm lambat mentackle Torres sebab dia ingat Lehmann will save da ball.Hujung masa pertama berakhir dengan 1-0,kelebihan kepada pasukan Sepanyol.(masa Sepanyol gol bergemuruh kedai mamak)
*Torres lepas wat Gol untuk Spain *
Torres mengatasi penjaga gol dan pemain pertahanan Germany.
*mau tak rai-Gol penting tuh...ni kan Final!! BABAK MASA KEDUAPada permulaan babak kedua Germany membuat pertukaran Philip Lahm yang di gantikan dengan Hanseen,manakala Fabregas(Spain) di gantikan dengan Xabi Alonso.Pada awal permainan Germany banyak mengasak dan ada cubaan merbahaya dar Schweinsteiger tapi tak berapa kemas diorang nak wat finishing-ngan Iker Casillas yang mantap sukar bagi Germany untuk mencari ruang bagi jaringan Gol penyamaan.
Spain bermain dengan baik skali,di mana counter attack demi counter attack di lakukan-aku dapat tengok Germany semakin tertekan-Germany seolah berusaha keras untuk mengatasi pertahanan Spain yang agak kebal,(masa ni aku dah pelik kenapa Lukas Podolski lansung tak menyerlah,mungkin sebab bola payah nak dapat kat dia kot)..Micheal Ballack ,Klose,Schweinsteiger pun tak menyerlah-pendek kata Germany seolah hilang punca dan agak tertekan dengan corak permainan Spain.
*Micheal Ballack-Kapten pasukan Germany
Cuma aku puji sebab Germany tak mudah menyerah kalah.Spain memang deserved untuk menang dis match based on the performance..walaupun Kuranyi dan Mario Gomez di masukkan sebagai percaturan terakhir Joachim Low namun itu tetap tak cukup untuk membawa Germany memperolehi gol penyamaan.
Spain muncul juara EURO2008 ini apabila wisel penamat di bunyikan,sejurus selepas 3 minit masa tambahan berakhir.Spain 1,dan Germany 0.
*Luis Aragounis(Spain Coach) di raikan atas kemenangan Spain
KEMARAU 44 TAHUN BERAKHIR
Dengan kemenangan ini,berakhirlah kemarau 44 tahun Spain dalam mencari kejuaraan bagi major tournament seperti ini.Kali last team Spain menang pun pada tahun 1964.Jadi kemenangan ini memang sangat bermakna bagi Spain-44 tahun lama tuh!!
Kedua-dua pasukan punya reputasi tersendiri,yang mana Germany dah menang kejohanan EURO sebanyak 3 kali,namun rezeki tidak ada untuk perlawanan kali ini.Jumpa lagi di kejohanan Piala Dunia 2010 nanti!!Semoga nanti akan ada sinar baru untuk pasukan Germany!!
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kejohanan EURO2008 kali nih memang best bagi aku,sebab team yang layak semua power-power..Team underdog pun menyerlah juga dalam perlawanan kali nih-lihat sajalah bagaimana Croatia melayakkan diri ke suku akhir mengatasi Czech Republic,Russia menewaskan Belanda,dan Portugal yang tersingkir setelah kalah dengan Turkey..Well,Anything can Happen in Football..
Maka dengan ini berakhirlah sudah segala liputan pasal EURO2008 untuk bulan June nih..walaupun banyak hari juga tak cukup tidur tapi aku puas sebab dapat menyaksikan pasukan-pasukan pilihan mara ke separuh akhir(ITALI) dan ke pusingan akhir(GERMANY).aku pun heran naper la aku sokong pasukan yang asyik kalah jer...haha..takper takper..Yang penting semangat kesukanan yang sentiasa membara tu tetap ada..jumpa lagi di kejohanan Piala Dunia 2010 nanti!!
See you there.!!Insya Allah..
*segala gambar bagi berita terkini EURO2008 untuk bulan June ini is a courtesy of UEFA EURO2008 website.TQ.