About AXIMUD

Friday, June 13, 2008

Masih kah Kau Ingat

Korang da makan malam?terasa lapar tak?kalau lapar kat bawah ni aku sediakan Kombinasi lauk pauk yang mungkin boleh menambat selera anda...Jom kita layan sama-sama...Zaaasssssss....

Ikan bawal goreng,cara penyediaannya:dapatkan seekor ikan bawal(saiz ikut suka selera anda),kemudiannya gaulkan ikan tersebut dengan rempah menggoreng ikan,dan panaskan minyak dengan api yang besar-Goreng sehingga garing.Kalau korang suka hangit goreng lah sampai rentung tapi kalau tak sedap jangan salahkan aku plak k.akhir skali Sediakan di dalam pinggan beserta hiasannya sekali,tapi kalau korang ni jenis yang kemut takyah la nak letak hiasan sebab pengalamn aku hiasan tu nanti akan di disposekan sajork...tak makan pun...saja nak wat lawa dalam gambor..kahkahkah...


Menu kedua ialah Tomyam campur:cara penyediaan-Rebuskan 500 ml air di dalam periuk stainless steel dan tunggu sehingga air menggelegak.kemudian masukkan pes tomyam,isi ayam,udang sotong dan tunggu sehingga bahan itu empuk.masukkan sayuran seperti brokoli,lobak merah,tomato,cendawan butang,serai,daun limau purut,dan juga daun ketumbar.Apabila masak,tambahkan sedikit santan untuk menambahkan lemak dalam kuah anda.Kalu terasa lemak da banyak dalam badan jangan la gatal-gatal nak tambah santan...memang la sedap tapi ini akan membahayakan kesihatan anda..Bak kata omputih Prevention is better than cure.

Terung masak sambal:Cara penyediaan-tumbuk barangan tumis iaitu bawang putih dan lada hidup sehingga hampir lumat.Tumiskan jangan sampai hagit dan masukkan udang.kemudian masukkan terung yang telah di goreng terlebih dahulu(jangan goreng terung sampai hangit kalau tak akan jadi seperti gambar di atas..hihi).Gaul sehingga sebati dan tutup api.kalau tak tutup api nanti berlaku pembaziran gas.

Part yang aku paling suka ialah penyediaan air asam-untuk wat cicah ngan bawal goreng itu nanti.cara penyediaan nya pun mudah-amik belacan,cili padi,sedikit gula ,bawang merah,dan tumbuk semua skali bahan tuh.Kendian masukkan dalm mangkuk bahan yang da ditumbuk dan amik air perahan asam jawa,campur skali..hiris bawang merah dan bunga kantan serta serai untuk mewangikan air asam tuh..(bunga kantan sangat enak aromanya...aku suka...aku suka...)hasilnya...taraaaaa.....siaplah air asam yang sungguh mabeles gitu...

SELAMAT MENCUBA YER TUAN TUAN DAN PUAN-PUAN...DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA DAN ORANG TERSAYANG!!!CHEERSS..!!!


*Errkkkk da siap-siap masak lauk nih jangan plak korang terlupa nak masak nasik...haru jadinya nanti...tak pun kalau korang ni dah bimbo sangat sebab terlupa nak masak nasik singgah lah di kedai mamak berdekatan beli nasi bungkus....SELAMAT MENJAMU SELERA!!!!

**Malam ni akan ada perlawanan euro2008 Group C-antara ITALI VS ROMANIA,FRANCE VS HOLLAND.

15 comments:

  1. masak utk sorang..?? or ada tetamu..?? ke ada bela penunggu nihh..?? mentekedarah nihh...

    siap ada hiasan lagik.. memang terer laa hang.. aku tau buat megi saja.. :D

    ReplyDelete
  2. ni ko masak ke ko tgkp gmbr kat kedai tomyam depan umah ko? heheh...

    mmg sedap bro tgh2 mlm nih kalau dpt mkn...

    untunglah awek ko...

    ReplyDelete
  3. amboi chef axim kita...tak nak kalah...agagagaga

    ReplyDelete
  4. sdp gila aku ngk..harus aku amik resepi cicah asir asam ko tuh..ko terer ek xim

    ReplyDelete
  5. aku masih tringat kisah spaghetti tom yam mu itu. akan ku ingat sampai bile? mungkin sampai ke anak cucu ke. hahhaha.....

    wooo superb bro... so kpd sesiapa anak dara yg bminat ape lagi. cepat la merebut pluang meneykel axim yang gantang lagi terer masak ni. so bini die tak perlu bsusah payah nak bhempas pulas kat dapur.

    bila nak masak utk ktorg plak ni? mungkin kat JB kot. kpd nikli, sila sediakan barang2 scukupnya & dapur sebelum ketibaan chef axim yang akan dterbangkan oleh AIRASIA dr penang ke JB.....

    tak sabar rasanye :)

    ReplyDelete
  6. Terung tak bagus untuk lelaki. Boleh mati pucuk.

    Sedap nampak ikan bawal tu :)

    ReplyDelete
  7. lapo!!!
    :(

    axim..
    masakan
    leh?
    :)

    ReplyDelete
  8. axim..kata nasi goreng ekonomi..dah terlebey ekonomi ni..lalalalala :D

    ReplyDelete
  9. perghh...
    neh yg kagum neh..
    muahaha..
    apesal x ajak I mkn skali..
    ada tomyam tuh..
    hikssss =P

    ReplyDelete
  10. Nikli--->la,kan aku nih merangkap 3 orang skali..haha,tu yang makan macam pelesit tuh..,mentekedarah jer kejer aku kan..huahuahua...uih,tau buat megi kira ok la tu...at least tengah malam kalo lapaq takyah dah nak kuar pi order megi goreng kat kedai mamak...:D

    Izal--->aku pi beli jer sumer tuh,then konon konon tangkap la gambar wat macam hasil masakan sendiri..hahaha...tu yang terung sampai hangit tak hengat tuh..

    Ara--->tak nak kalah la cik ara...cik ara kan terer wat western,i pun nak blaja gak wat western nanti..hehe

    ReplyDelete
  11. Lily--->come on bebeh,meh datang umah i ada lagik separuh ikan tuh tak habis..haha..

    Ita--->terai jangan tak terai....kalau tak sedap nanti jangan ko salahkan aku pulak yek akak...hehe

    Aley--->jangan kau sebut kisah spaghetti tomyam itu k....biarkan ia terlipat dalam kenangan silam jerr ok....nanti kat JB ko suh la nikli sediakan segala kelengkapan memasak yang lengkap,boleh lah lagi aku menyediakan juadah yang tak enak untuk korang nanti..kehkehkeh...

    ReplyDelete
  12. Faisal--->owh ye ker...nanti aku kena kurangkan lah...tak mau la mati pucuk...sian bini aku nanti..kahkahkah

    Ziana--->boleh ajo...sila terbang ke penang okeh..

    Inah--->erkkkk tu la pasal...nafsu semata mata nih...haha

    ReplyDelete
  13. riben---->lor lupa lak nak u..nanti next time i masak i pasti tak lupa ajak u lagi k...sowee yang..

    ReplyDelete
  14. Azim... ini masak utk makan sendiri ker?? Ehhh bukanlah... macam beli jer nih.... kelentonglah... betul ker masak sendiri?? dah beli gas ker??

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..