Salam 18 Ramadhan.
Sedar tak sedar dah 18 hari kita berpuasa..copek giler masa kan..Hari ni aku dah berada di Penang kembali setelah melalui hujung minggu lalu yang penuh suka dan duka..penuh cerita penuh keceriaan dan penuh kegembiraan untuk di kongsi bersama..Kisah ini kesinambungan entri tanpa gambar yang lalu,cuma kali ini di sertai dengan gambar-gambar yang bakal menceritakan seribu kisah yang ada..
Terimalah.
****************************************************
5 SEPTEMBER 2009
Tiba di Kuala Lumpur jam 11 malam setelah bertolak dari Penang pada jam 5 petang.Aku siap ambil setengah hari lagi sebab tiket bas pukul 6.45 dah habis..so daripada aku lambat jumpa diorang baik aku ambik half day..haha..sanggup jer..demi kawan-kawan ku yang tercinta..
Bulan sangat cantik pada malam ni..bulan penuh.kalau aku ni werewolf konpem dah menjelma jadi serigala jadian dan aku boleh takutkan seluruh manusia kat Puduraya yang sesak itu.Ok aku dah melalut.Dari PUDURAYA aku berjalan kaki ke Pasar Seni PUTRA LRT stesen ,membeli tiket ke stesen KL SENTRAL,kerana di situ tempat pertemuan dengan sahabat yang lain.
Sampai di KL SENTRAL boleh lagi aku duk online sementara menunggu diorang..Ziana kerja malam tu so kena tunggu dia habis kerja dulu,Aida datang dari JB dan Nikli pula dari LCCT (setelah terbang dari Miri).
pada jam 12.30 malam diorang tiba..Aida ,Nikli dan Ziana..
Actually bukan kami berempat sahaja yang ada malam ni,ada seorang lagi tetamu yang terbang jauh dari negeri di bawah bayu sana..kebetulan dia ada hal kat KL so kitorang ajak di join skali..dah lama tak bersua muka sejak dia dah berpindah dari KL..Siapakah orang itu??jeng jeng jeng..
Masihkau kau ingat ?masihkau kau ingat..setahun lalu di Bulan puasa juga satu majlis gilang gemilang acara berbuka puasa pernah di adakan di sini..Vista Amani Kondo..Satu saat di mana semua insan senyum kegirangan meraikan antara satu sama lain..suatu masa dulu.Aku masih ingat waktu itu.Kenangan yang indah tetap indah.Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan..Just ingatlah yang Nothing last forever..:)
Ini lah dia insan yang di maksudkan..Abang Bear yang telah berpindah ke Kota Kinabalu,kembali ke Kuala Lumpur demi menyelesaikan urusan penyewa Kondo lamanya ini.Doktor Shah tak turut serta di sebabkan kesibukan bekerja.Dah lama kami semua tak berjumpa abang bear..makin kurus nampaknya..:-p
Nampak tak kotak yang abang Bear duk kendong tuh..Kotak VCD tu..dah macam nak jual DVD haram dah aku tengok pi meja ke meja..haha..actually tu cd cd lagu yang lama dia nak buang,so saja abang bear bawak kot-kot ada antara kami ni berkenan..
Pilih jangan tak pilih...
Seperti biasa,Kedondong asam boi tetap menjadi pojaaan hati ku..aku ngan Ziana serta abang bear sepakat mengorder KEDONDONG ASAMBOI nih..tambah pulak ada longan..gelas besar pulak tuh..pehhh dah la tengah haus..sedap..
Ribena Blended-Nikli Nodin
Avokado Coklat untuk Aida Hanim
Aik Uncle William pun ada skali neh..Abang Bear la lama dah tak mai makan kat sini..Aku baru jer mai makan minggu kepas masa balik cuti Merdeka hujung bulan lapan yang lalu..So apa yang kitorang order pada malam itu??mempersembahkan:
SEAFOOD ARABIATA-Kegemaran Ziana dan Abang Bear..tapi kali ni mee nya macam lain sikit,tak lembut macam mee yang biasa tapi sos dan isi kandungannya tetap sama seperti biasa..Sedap jer..Layan lah makan ramai ramai mender ni.
maaf yer memakruhkan puasa korang
ni pulak AYAM PANDAN dan AYAM PERCIK WILLIAM STYLE..nampak macam ni tapi kuah perciknya sangat sedap!!boleh celen yang ada kat bazar ramadhan seksyen 13 shah alam sana tuh..(macam la aku pernah pi kan..hahahaha)..tapi betul wa cakap lu..sedap!
Yang ni boleh di katakan menu wajib kalau aku mai sini-NASI GORENG SEAFOOD..kebetulan memang kitorang semua berbuka puasa tadi tak makan berat berat sengaja nak simpan perut untuk perjumpaan kali ni tu yang pulun duk order nasik..tak boleh la kalau sehari tak makan nasik.rasa macam nak pengsan jer nanti.
Ni menu compliment dari William-CHEESE NAN WITH CARAMEL SAUCE..yang ni peminat cheese semesta alam mesti menggemari rasanya yang memang bersalut keju..tambah pulak cicah ngan sos karamel..lagi la layann..
Sessi makan memakan sambil mengupdate story mory yang ada pun bermula..duk tanya Abang Bear la macam mana kehidupan di KK sana.tak lupa juga tanya orang yang dah mula bekerja di Miri sana..Alhamdulillah semuanya menjalani kehidupan yang sihat sejahtera..:)..Yang bestnya kitorang memang mengamalkan konsep SATU MALAYSIA okeh..aku dari PENANG,Abang Bear dari KOTA KINABALU,nikli nodin dari MIRI,Aida Hanim dari JOHOR BAHRU,dan Ziana selaku tuan Rumah dari AMPANG,KUALA LUMPUR..pehhh jauh jauh tu tapi still boleh berjumpa..di mana ada kemahuan di situ ada jalan..:)
pakar pemakanan kami..
Ko tengok lah Cheese nya yang melekat dah macam PIZZA HUT la puloppp..tarik jangan tak tarik..bab bab cheese memang la aku fail so takyah tanya aku lah rasanya macam mana,memang tak boleh nak pi punya..
Masing masing sibuk melayan Nan Cheese with Caramel sauce ni..nikmat satu macam jer aku tengok depa duk pulun makan..Nikli tak boleh blah ok sampai duk hantuk hantuk kepala ngan tangan sebab sedap sangat!!abang bear pulak duk tarik tarik Cheese dari mulut..lantak korang la kan janji korang bahagia aku pun tumpang gembira..:)
Dek cemburu melihat telatah mereka aku dan Ziana terus mengorder menu yang sama ,cuma bezanya Nan butter kosong tanpa sebarang unsur keju di dalamnya..ternyata paduan Nan panas panas dan sos karamel itu memang boleh bikin kita jadi gilakkk!!delicious!(dari tadi semua sedap kan ntah apa tak sedap aku pun tak taw..hihihihih)
Abang Bear melapah tulang
sila sila tak baik membazir..
Selesai acara makan makan rupa nya ada lagi agenda yang belum di sempurnakan..Ziana dari awal lagi dah beli kek,aku memang tak perasan lah..ingatkan apa yang ada dalam kotak tu sekali sebutir kek berpetak yang sungguh unik sekali-Kek berpetak yang ada ukiran coklat tapak kaki di atasnya di sulami dengan kekacang badam dan biji bunga matahari(entah betul aku describe ni entahkan tidak..berdasarkan pemerhatian aku sahaja nih..hahah)
Thanks Kak Ngah for This LOVELY CAKE!!
Lawa siottt Riben merah tu..i like..:)
Happy Birthday to Me..Happy Birthday to Me..
Happy Birthday to meeeee..happy Birthday to me..
(applause applause applause applause..)
Jom kita potong kek pula..
Abang Bear tolong buang plastik keliling kek
Love this Cake So much!!
Hari tu kat Penang da sambut Besday In advance jugak ngan teman sekerja makan Kek Coklat Indulgence Secret Recipe,kali ni kek apa ke namanya ntah tapi rasanya memang sedap sebab kurang manis..kek kalau kurang manis macam ni memang la aku suka..Thanks lagi skali pada yang membeli..:)appreciate this so much..
badam dan kekacang..
Setahun lagi meningkatnya usia aku..as i'm grow old,will i getting wiser too??the same question i ask myself last year actually..Just hope so..
Jom kita makan kek!!
Dalam duk makan kek air pulak dah habis so order la lagi satu air mango blended nih..
YKWYA @ WILLIAM
Sekali sekala bertemu macam ni memang la seronok..seperti baru semalam kitorang di pertemukan..sedar tak sedar dah masuk setahun lebih pun kenal..orang kata tak kenal maka tak cinta..Dah kenal baru tahu siapa kawan dan siapa lawan..apa apa pun anda Bijak menilai mana yang hak dan mana yang batil..Hal hal lain serah saja pada ketentuan Tuhan..Terima kasih Tuhan atas anugerah persahabatan yang tiada ternilainya ini..
Makan makan kek sambung sembang lagi..Order air suam sebab dah banyak air manis masuk dalam badan..nak meneutralkan kembali makanan yang dah masuk tadik..seperti biasa semua makanan licin..cuma kek kitorang tak larat nak habiskan so kasi kat William dan geprennya separuh..Rezeki diorang..:)
Tiba masa untuk berangkat pulang.Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi.Duk rancak bersembang tak sedor masa berlalu..Time nak bayar ada orang buat skill 'Biar lambat asalkan selamat..'..lambat lambat jer dia buat keluar duit supaya selamat duit dia tak yah bayar..sapa orang tuh tak taw..haha(just kidding..jangan amik hati yek..gurauan Ramadhan membawa berkat..hehe)
Semua pakai selipar yek..Nice!
Macam biasa la ni skill ambik gambar muka paling besar duk kat depan..tak kesah lah janji semua muka masuk frame..kata keluarga bahagia kan..:)
Again,Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan acara perjumpaan kita untuk kesekian kalinya,dan lebih istimewa aku rasa sebab depa sambut besday aku sekali in advance..tq tq tq tq tq so much..Hanya Tuhan mampu membalas budi baik kalian semua..Then kami pi hantar Abang Bear balik dan masing masing balik ke rumah untuk tidur dan berehat seketika,sebelum meneruskan lagi acara keesokan harinya yang akan aku kongsikan kemudian..
To Be Continued..
People Come,People Go
But The one in our Heart
Will always REMAIN..
Always and Forever.
Ringkas tapi meriah......:)
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletesethn berlalu..
di tmp yg same..
kite sesame celebs ur bday
:)
p/s- cake tuh cedap kan!! ;)
rindu abang bear, tapi benci dengan dia sebab dia dah kurus.
ReplyDeletesentap!
hang ni suka wat org terliuq la....
ReplyDeleteRush mURAD,
ReplyDeleteyezzzaa..serba ringkas tapi meriah jer..:)
Ziana,
ReplyDeleteyup..cvake tu sangat sedap!!pandai u carik..nanti tunjuk kat i ekk kedai tu kat mana.:)
Fiebie,
ReplyDeletememang dia dah kurus..jom kita pula menguruskan badan..hehe
Izan,
ReplyDeletehehe..well,maybe that's my specialist..LOL..:-P
Kek tu hampir nanges tengok. Ziana beli kat mane eh?
ReplyDeleteWilliam masih mcm dulu ke? Bertikus dan berlipas? Bila dia nak upgrade? Tak sabar nak gi makan kat sana balik.
CAHAYA,
ReplyDeletekalau tak silap dia beli kat hartamas..tanya dia tengok..hehe..
william macam tu jugak lah..nak tunggu dia jadi billionaire dulu kot baru depa nak upgrade..haha
macam nak gila haku tengok cheese tu pagi2 buta ni. Perggggh.
ReplyDeleteitu kek lagi...huh. Pejam mata! ;p
yaa tora datang lagi .. eh silap.. axim datang lagi dengan makanan-makanannya!
ReplyDeletenikli dari miri?? nikli dok sana kaa lani??
ReplyDeletehappy belated birthday!!
ReplyDeleteCahaya ::
ReplyDeleteCake tuh ziana beli kat Hartamas Shopping Ctr, Plaza Damas.
Name cake tuh.. Footstamp Choc Cake..
nnt Cahaya try laa Tiramisu Cake dia.. nyummy gak!!
:)
Kak EJ ::
dia geng ngan org Iban Kadazan sume..
hehehe
nape abg bear nak buang cd-cd tuh...len kali baik dload mp3 je...tak abis duit beli cd...
ReplyDeleteya ampunnn..
ReplyDeletemenipis pahala poser aku tgk blog ko ni di kala pukul 11.58 pagi ni..
menggairahkan sungguh.bukan orgnya..tapi makanannya..
ya ampunnnn.....sabo..sabo....
berapa jam lagi ni...
Eedany,
ReplyDeletesila pejam mata kalau tanak pahala puasa menipis..hehe
sorry yek buat penderaan jiwa kejap..hehehe
SEPUL,
ReplyDeleteaku tak buh gambar makanan ko suh buh kan..hehe..tak lengkap entri rasanya tanpa makanan yang menarik..:-p
Kak EJ,
ReplyDeletejangan tak taw dia dah register nak join Orang Iban kat sana..hehe..haah la kak,dia dah kerja kat sana sebulan yang lalu..:)
ChEN,
ReplyDeletetq tq Chen..aik macam biskut jaa sekejap ada sekejap takdaa..
Ziana,
ReplyDeleteekkk ok takyah jawab dh kat CAHAYA since you dah bagitau..nak Tira Miss You pulak..heheh
Tau takper..memang si kudut tu dah join iban kadazan kat sana skarang nih..jangan korang tak taw..:-p
Bozzo,
ReplyDeletentahnyer kan..takpa lah orang banyak duit memang cenggitu..lagi pun tu CD CD lagu lama lah..zaman sekolah dulu punya lagu..haha
CATZ,
ReplyDeletemaaf ya buk..saya tak sangka ibuk akan menjadi ghairah dengan melihat pria di atas..opss maksud saya makanan yang di sediakan ..maaf yaa..
sabar buk sabar..tinggal lagi 9 jam ni..hahaha
aik! ko werewolf ke? musuh aku tu. aku kan vampire... macam dalam twilight, edward cullen :P
ReplyDeleteaik tak tahu pun abg bear pindah? bila tu?
wei aku nak gak cd tu :(
kedondong tu selalu dah minum, tapi yang merah tu sedap lak nampak! longan?
avakado coklat? sedap ke? tak nampak avokado tu pun... tapi mahal kan buah avokado tu.
aku tengok kat giant pun mahal nak mampos.
aiya! seafood arabiata tu yang paling menggoda lala tu la! haha.
aku dengar ayam pandan tu sedap. betul ke? macam pedas je...
asal aku tengok nasi goreng seafood tu macam besar je potion dia?
nan dengan karamel? er. tak suka karamel :P
nikli dari miri? bila pula dia gi miri ni? aku tak tahu pun :( keji tol nikli ni.
amboi main suap² ye :P haha. asal aku tengok makanan macam banyak je... licin lak tuh. ahak!
aku pun suka nan kosong... hehe sedap!
aku suka kek coklat!
wa! mango blended? aku sangat suka mango :D bila la leh rasa... hehe.
haha tangan tu tangan nikli :P
best nye...
lapar!!!
ReplyDeletebuat aku nak kek aje lagi....nak beli lagi satu la raya ni....meriah sugguh bday hang...Pen - Kul - Nasib tak ke JB ke Borneo ke - Then balik ke Kemasik. --- sah satu Msia punya birthday....wink
ReplyDeletetk pernah pi lagi william ne..tp selalu dgr bebudak ykwya pi sana..
ReplyDeleteFaisal,
ReplyDeletewahhh panjangnya komen..tq tq tq tq..:)
da habis belum baca twilight??pi sambung baca NEW MOON pulak..movie nya dalam bulan 11 ni..:)
abang bear dah pindah sana 3 bulan yang lalu ler..hehe
yang merah tu ribena blended with longan.Nikli duk suka gila minum hat tu..
air avokado coklat tuh aku tak ingat berapa hengget..in fact,aku tak sempat nak sedut rasa..huhu
atam pandan tu tak pedas..sedap laah..you should try.:)
kat william memang makanan nya in a big portion..order satu pinggan boleh kongsi 4-5 orang
nan dengan karamel butter tu sedap..try rasa dulu then you'll know..:-p
nikli dah pi miri since awal bulan 8 aritu.dia yang gati duk pi mintak nak transfer.hambik kena kat miri skarang duk komplen kat aku takder direct flight nak balik penang.well,you ask for it kan..hehehe..
mango blenden tu aku tak sempat nak minum jugak,tapi yang pasti kek coklat tu memang sedap sesangat!!
yup..tu tangan si kudut tuh..
memang best sangat!!
:)
ZARA,
ReplyDeletetunggu makan waktu berbuka k..:)
Lanny,
ReplyDeletehehe..beli jangan tak beli..apa kata ko beli kek mango delight??mesti best!!
WAHIDAH,
ReplyDeletedah dekat ngan wahidah kan kat sana..try la pi..ajak CAHAYA tuh pi skali..:-p
happy bday bro..besh nyerr celebration dia...
ReplyDeletehmm tingin william lew... :(
ReplyDeleterestoran nier kat maner yer? aper nama restoran nier?
ReplyDeleteANON,
ReplyDeleteni restoran William..dekat dengan Kelana Jaya