About AXIMUD

Friday, January 15, 2010

JOHNY'S @ JUSCO BANDAR PERDA

Mari-mari-mari

Kita makan di Restoran Johny's pulak..teringin nak makan Steamboat kat sini bila teringatkan kesedapan sos nya..Kalau korang dah pernah try makan Johny's mesti korang setuju ngan aku.Steamboat kat Johny's sedap!!bab makanan lain aku tak sarankan sebab tak berapa nak kena ngan konsep restoran.

1

Bukan sekadar Steamboat..

2

order set steamboat for two..

3

actually kita boleh pilih nak makan apa untuk bahan steamboat.tapi biasanya aku amik yang set berdua terus,takyah menyesakkan pala otak korang untuk pilih.Jimat masa.untuk set dua orang ni pun dah macam macam ada-sayur,sotong,Udang,Fishball dan lain lain.Lengkap.

4

apa tunggu lagi,jom kita masak masak..

5

Sup pulak boleh pilih nak sup ataupun nak kuah tomyam.Kali ni seleksi nya ialah sup.sedap dan berkhasiat.cara masak-senang jer.aku campak semua skali kecuali sayur,then tudung periuk dan tunggu.Bila semua bahan dah masak baru campak sayuran.kalau masak lama habislah semua zat nanti.

6

campak jangan tak campak..

7

kemudian kita tunggu..

8

sambil menunggu hayatilah deko dalam restoran

9

Dan hasilnya-->Steamboat anda dah siap!!apa lagi sila cedok dan makan yek..Golden Mushroom tu aku suka lah!!sedap!

10

Udang yang tak berapa besar

11

Sos yang sangat mengancam!!

12

air limau ais dan Aloe Vera jus

13

now i know sapa salim yang sebenarnya.Salim ialah Thai Desert dan di jual pada harga RM2.90 sahaja..keh keh keh..

14

Harganya pun berpatutan.takder lah mahal sangat.mahal sikit jer dari makan steamboat kat pasar malam.Cubalah!anda pasti tertawan..

*happy weekend to all of my friend!!

9 comments:

  1. alovera jus?? emm terbayang daun lidah boya kat dlm pasu tu..

    ReplyDelete
  2. uish sedapnyer axim oiiii,
    nanti wanie g sana,
    axim blh lah bawak wanie g sana kan,
    hihihihihi:)

    ReplyDelete
  3. nampak sedap...tak pernah singgah lagi johnny...

    Ada Apa Dengan Hanis Zalikha

    ReplyDelete
  4. Axim...kalau 2 hari....chu chi tunnel kena pergi dan lepas tu round2 dalam bandar dia dan pergi benh thant market, war museum dan amik gambar sekitar bandar tu. Kat Bent Thant market tu sure korang lama nya sebab banyak benda boleh tengok dan beli!!

    ReplyDelete
  5. bila la nak makan kat johnny lagik..
    time lapar semua teringin..

    wagh, saigon for 2 days..??

    ReplyDelete
  6. cuba check kat website JAKIM... diaorg ada mention yg logo halal kat johnny's tu bukan yg sah, diaorg tak iktiraf johnny's as halal restaurant. mmg ada org kata, its just seafood, tapi normally chinese tend to add in chicken stock in their soup. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  7. sos dia mmg matap dan klu ditambah pula dengan garlic&cili padi.cuba try test!
    slalu order ala carte jer.
    kenyang dan sngt berpatutan.antara yg wajib:
    -chinese cabbage
    -lettuce
    -bean curd skin
    -stuf tofu
    -fish noodle
    -fish ball
    -spring onion
    -golden mushroom

    *yam shake & aloevera mmg terbaek!

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..