Kali ini mari kita menjengah ke Restoran IDRUS IKAN BAKAR pula.
Lokasinya terletak di Pulau Pinang.more spesific?ni yang aku lemah sikit.sebab tak taw exactly nama tempat ni..Keluar dari Jambatan Pulau Pinang ambik lane kiri menuju ke Bayan Lepas..bukan di Bayan Lepas,Tapi Restoran ni betul betul berada di Hujung Jambatan..Keluar jambatan rapat ke kiri dan anda akan nampak banyak Restoran Ikan Bakar..Pilih lah yang mana satu.(maaf sebab penerangan aku ni agak kabur)
Sebenarnya niat di Hati nak makan Di Restoran Nurul Ikan Bakar,biasa makan di Nurul dan tak pernah makan di Idrus ni..nak cari Ketam sekali Ketam kat Nurul dah habis so cari lah di Restoran sebelah,iaitu Idrus.Kira macam tangkap muat tapi mari kita saksikan sama ada berbaloi atau tidak..
Buku menu yang interaktif dan kreatif..
Misi makan makan kali ni tak mau makan Ikan dah sebab dah pekena Ikan Kerapu Stim di Pen Mutiara(Refer entri ni)..so memang nak cari Ketam dan Udang..Kerang bakar tu pun best kalau bakar..
Ketam Bunga yang available..Ketam Nipah takder
Maka aku dan seorang lagi kawan yang anda tidak ketahui namanya itu masuklah ke dalam kedai ini dan memulakan sessi order mengorder.apa yang kami order?
Air Limau Asamboi dan Jus Tembikai..beserta air suam
KERANG BAKAR order satu pinggan..Shedappppp!!
Yang menjadikan kerang bakar ni lagi sedap sebab Air Asam di sediakan sebagai pencicah.Biasa kalau cicah Kerang macam sos Cili yang manis pedas tu kan..tapi ni berbeza..air asamnya pulak memang wallah!!kena la ngan selera kami tekak orang kampung.kira boleh kasi A+ lah.
Menu seterusnya -UDANG BUTTER ni..yes..akhirnya aku jumpa jugak Udang butter yang di idam idam..macam ni baru betul Udang Butter bukan macam yang di Pen Mutiara Curry House .Udang nya pulak rasa Fresh dan besar..kalau macam ni nak Caj sekor 8 ringgit pun aku tak kesah sangat sebab sedap dan berbaloi..ni dah la kecik,masak udang butter macam Udang telur,pastu nak caj 7 hengget sekor..tak patut...tak patut..aku kasi A untuk menu ni..(CW,kat OASIS lagi sedap.)
SUP SAYUR - ni pun ok..:)B+
Teringin nak makan KETAM MASAK LADA..so ketam masak lada ni boleh dikatakan lazat..
Sebab dua orang makan so ambik dua ekor jer lah..Kuah ketam ni a bit masin tapi aku rasa kalau makan ngan nasik jadi ok..pedas nya tak terlampau sangat,so aku leh rate ketam ni A-..tak leh lebih lebih kang kata aku over rated pulak..
Mungkin kerana kami rasa berpuas hati dapat makanan yang sedap macam ni,maka tinggal lah tulang belulang jer akhirnya..kalau kulit kerang tu boleh makan pasti habis jua..menjilat kulit lah senang cakap dinner kali ni.
ini ialah muka aku yang tersenyum sinis tanda puas hati..
Korang agak agak berapa ringgit harga makanan macam yang kami makan ni??tak sampai RM60 pun!!!kalau nak bandingkan dengan apa yang aku makan di Restoran Pen Mutiara jauh bezanya..harga dua kali ganda tu beza..tapi of kos la lagi puas hati di Restoran Idrus ikan Bakar ni..
Moral of the Story : takyah dah Pi Restoran Pen Mutiara.Banyak lagi Restoran lain yang sama hebat tapi mampu menawarkan harga yang murah dan berpatutan.jadi lah pengguna yang bijak..Duit kita pilihan kita.
Wallahualam.
*maaf lah yek citer pasal makan lagik..malam ni aku upload gambar FLOATING MARKET di Hatyai..esok boleh keluar entri tu..Insya Allah.
rupanya byk kedai makan yg menarik di penang tue kan yg i x tau,
ReplyDeletenampaknya lps nie kalau i trun sana,
u,Faisal & Keith kenalah bawak i jln2 carik makan kat sana kan:)
pssstttt,
Oasis sedap lagi yer,
kalau mcm tue,
lain kali kita pi mkn lagik ok;)
tapi Oasis punya sotong goreng tepung x sedappppp...
ala u,
Kerang BakaQQQQQQ,
i dah lama dok teringin nak mkn Kerang BakaQQQQQ,
huk huk huk,
sudahnya u yg dpt mkn dulu...
sedeyyy:((
i know this place
ReplyDeletemmg sedap <--- my taste kot
heheheh
oo..tak penah makan kat situ..kalau betul sedap, leh ajak hubby g sana..ooo..tempat tu namanya Hammer Bay ek? hehe..tau makan je..xtau nama tempat
ReplyDeletewai kalo teringin nak mkn masakan malaysia buka je blog axim..
ReplyDeletetadaa...mcm2 rupa bentuk makanan ade..yg penting dpt tgk jer la kan..isk3..
tp kan mmg lain dr yg lain la kerang bakar cecah air asam..mcm lg besh jer..
timbunan kulit ketam itu menunjukkan makanan di situ memang sedap..wuhuuu..
ReplyDeletetapi apakan daya...jauhhhhhhhhhh!!!
ni aku rasa dekat dengan polis marin tu. kedai ni ke yang ada tempat boleh duduk bersila?
ReplyDeleteni sederet dengan merton corner kan? tapi aku pernah makan kedai yang boleh duduk bersila tu.
ooo kedai area sini. kalo tak salah aku penah makan tapi bukan kedai idrus ni. wehh sapa member hang tu? pompuan ke?
ReplyDeleteAxim, berkecuq ayaq liuq nih...mcm punah ja diet do folo blog hg..ish2...takpa2 ini malam saya mau p NURUL IKAN BAKAR...jom geng...nyum2
ReplyDeletebagus axim berkongsi pengalaman jalan-jalan cari makan. lain kali pergi Penang, senang kita buat pilihan. TQ
ReplyDeletekat tepi laut tu kah?
ReplyDeletepenah jugak makan kat sini and mmg sedap.. rasanya kat idruse lagik sedap dari nurul..
ReplyDeleterasanya kat pen mutiara tuh sebab xajak aku kot..!!
axim..mmg berbaloi mkn dkt idrus ikan bakar ni.sangat setuju! ;)
ReplyDeletekat situ mmg sedap...slalu mkn situ gak...lalala...
ReplyDeletealahai axim... terliur...
ReplyDeletemuka tu macam senyum pakse je ;P
ReplyDelete