Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uuh’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israk, ayat 23-24)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud: “Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda.” (Hadis riwayat Muslim)
Sebenarnya kewajipan menghormati ibu bapa tidak terhenti walaupun kedua-dua mereka sudah meninggal dunia. Walaupun ibu bapa sudah meninggal dunia anak dikehendaki berdoa supaya mereka sentiasa bahagia di sisi Allah. Selain itu, anak digalakkan menziarahi kubur ibu bapa mereka.
Jelaslah menghormati, mentaati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama serta berterusan sepanjang masa. Perintah Islam supaya menghormati dan mentaati ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira sama ada mereka beragama Islam atau tidak.
*************************************************************
itu antara intipati Tazkirah Ramadhan di BALAI ISLAM malam tadi.
Aku nak share satu kisah yang ustaz cerita,tentang kasihnya seorang ibu terhadap anaknya..Sama sama kita renungkan dan beramal.
Di sebuah kampung yang aman permai,ada seorang ibu dan seorang anak lelaki tunggalnya,Abu..Si ibu cacat kerana tidak mempunyai mata sebelah kanan,makanya muka si ibu kelihatan hodoh dan menjelikkan bagi sesiapa yang memandang..
Tiba saat persekolahan,si Ibu pun menghantar lah Abu ke sekolah..Adat orang berwajah hodoh pasti akan di cela dan di hina..menyebabkan Abu berasa amat malu dengan keadaan ibunya..setiap kali datang ke sekolah pasti dia akan di ejek oleh rakan sekelas dan rakan sepermainannya..Hingga tiba satu saat Abu menghalang Ibunya dari menghantar dia ke sekolah kerana sudah tidak tahan dengan ejekan rakan rakan..sejak dari hari itu si Ibu hanya menghantar Abu di tepi pagar sahaja dan segera menghilangkan diri secepat mungkin bagi mengelakkan Abu di keji dan di caci lagi..
Tiba masanya Abu meningkat Dewasa dan dia dapat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.
Abu masih tidak menerima kenyataan ibunya yang berwajah Hodoh dan tidak mempunyai mata sebelah kanan..Dia menghalang keras ibunya hadir ke sekolah dan dia hanya pulang ke kampung sekali sekala..itu pun jika ingin meminta wang saku.Bagi Abu orang lain tidak perlu tahu ibunya mempunyai wajah yang hodoh dan menjeikkan..Ibunya tetap tidak kisah,asalkan anaknya dapat belajar hingga ke menara Gading..Begitu hebatnya kasih sayang seorang ibu..
Selesai alam persekolahan dan memperolehi keputusan yang baik berkat doa si Ibu,Abu akhirnya menjejakkan kaki ke Menara Gading..saat dia masuk ke Universiti saat itu lah dia tidak pernah lansung menjejakkan kaki melawat ibunya di kampung dan dia memang melarang keras ibuna dari hadir ke Universiti untuk melawat di khuatiri kawan kawannya akan tahu yang dia mempunya seorang ibu yang cacat dan tudak sedap mata memandang..
5 tahun berlalu..
Dan si Ibu hanya mendengar perkhabaran dari Abu melalui rakan rakan sekampung yang sama sama masuk universiti dengannya..Tiba saat Abu akan bergraduasi,gembira lah si Ibu dan dia sangat gembira lalu bergegas lah dia ke Universiti dari Kampung Halaman..tiba di Universiti si Ibu tahu dia tidak dapat melihat anaknya menerima segulung Ijazah kerana tiada kad jemputan,tapi dia tetap sabar menunggu..Selesai majlis penyampaian Scroll,Abu keluar dari dewan dan dia terus mengarahkan ibunya supaya pulang kerana dia malu dengan penampilan ibunya yang hodoh itu..Maka dengan hati yang sayu pulanglah si ibu menaiki keretapi ke kampung..dan dalam hati nya terdetik 'Ya Allah..aku tidak mempunyai anak yang sebegini ya Allah..'
5 tahun lagi berlalu..
Dan kali ini si Ibu masih tabah dan sabar menunggu kepulangan anaknya dari Kota..dia mendengar cerita dari kawan kawan Abu yang dia sudah berkerjaya dan sudah berkahwin serta mempunyai anak..Maka alangkah gembiranya hati si ibu untuk melihat Cucu pertama..lantas segera di ke stesen Kereta api berdekatan dan menuju ke Kuala Lumpur mencari Rumah Abu berdasarkan alamat yang di beri oleh kawan nya..
Tiba di Rumah Abu,Ibunya memberi salam dan seorang budak kecil yang comel membuka pintu tetapi segera menjerit kerana takut dengan Rupa si Ibu..Abu yang berada di dalam Rumah segera ke depan Pintu dan dia melihat Ibunya hadir..tanpa berbicara abu menghempas pintu dan membiarkan Ibunya termangu mangu di luar rumah..Maka kali ini hancur luluh lah hati si Ibu,dan dengan perasaan sayu dan Longlai pulang lah dia ke Kampung dengan hati yang remuk..
beberapa tahun selepas itu..
Abu menghadiri satu majlis Alumni Universiti di sebuah hotel.Dalam majlis itu dia bertemu ramai rakan rakan nya yang sudah berjawatan besar dan berpangkat tinggi..ada juga kenalan dari kampung halamannya dan kali ini Ahmad,rakan sekampung menegur dan bertanya mengapa Abu tidak pulang ke Kampung Bulan lepas..Abu kehairanan dan bertanya mengapa dengan Bulan lepas?Ahmad menjelaskan Ibunya sudah meninggal dunia..
Serentak mendengar perkhabaran itu Abu tersentak dan terus meninggalkan majlis menuju ke kampung asalnya..
Niat di hati ingin memohon seribu keampunan kepada Ibunya..tapi dia Tahu Ibunya sudah pergi tak kembali lagi..Sampai di Kampung dia bertanya Jiran mengenai Ibunya..Sang Jiran memberitahu ibunya lansung tak pernah menyebut nama abu sekalipun sebelum dia meninggal..Tapi ada satu sampul surat yang di tinggalkan di bawah bantal yang tertera dengan nama 'ABU' di atasnya..Secepat yang mungkin Abu masuk ke dalam rumah dan mencari sampul surat tersebut..di dalamnya tertulis:
'Ke hadapan anakku yang di ingati dan di kasihi selalu,Tika saat kau membaca Surat ini aku sudah tidak ada lagi dalam dunia ini..Cuma aku nak bercerita padamu satu kisah yang tak pernah engkau ketahui dari dulu hingga kini..'
'Semasa kamu kecil,aku dan ayah mu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya..Ayahmu meninggal di tempat kejadian dan kam pula luka di sebelah mata kanan hingga mengakibatkan matamu buta..aku tidak sanggup untuk membesarkan dirimu dalam keadaan tidak sempurna lantas aku mendermakan mata sebelah kanan ku untuk mu wahai anakku..Mata kanan yang kamu guna pakai selama ini adalah sebahagian dari diri ibumu ini..'
Tanpa sempat menghaboskan pembacaan surat tersebut,Abu meraung dan menangis semahu mahunya..namun nasi sudah menjadi bubur..Ibu nya sudah pergi dan tak akan kembali lagi buat selamanya..
************************************************************
Selesai ustaz menghabiskan cerita ni malam tadi masa tazkirah,aku merasa sangat sebak..sebab aku membayangkan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya..Betapa kasih seorang ibu walau bagaimana teruk sekali pun layanan yang anaknya bagi tapi dia masih mampu bersabar..Aku tahu dan mengerti kita sebagai anak sentiasa meminta sesuatu dari ibu dan bapa kita..Tapi pernahkah kita terfikir pengorbanan yang mereka lakukan demi memenuhi kehendak kita??Sangat besar jasa bakti mereka dan kini giliran kita pula untuk membalasa jasa mereka..Ya Allah,jadikan lah aku anak yang taat dan berbakti kepada orang tua ku..Ameen..
Ya Allah,kau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku,kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semenjak kami masih kecil..''