Followers

Tuesday, August 31, 2010

HARI KEDUA DI KAMPUNG HALAMAN

Nak sambung kisah hari kedua aku berada di Kampung.

28 OGOS 2010

Hari sabtu.

Hari ni pagi pagi lepas sahur mak dan ayah ke Hospital Besar Kemaman sebab ayah kena buat hemodialisis treatment..so sementara ayah ngan mak takder aku tidor lah seketika lepas subuh.bangun dalam pukul 9 pagi siap siap nak kemas rumah sebab hari ni time berbuka ada sedara mara yang ramai akan datang berbuka bersama sama di rumah kami.

7

Yang paling utama kena basuh kawasan depan Rumah..sangat kotor sebab parking kereta kat bawah tu..aku ngan ami duk sibuk berkemas dalam rumah dan nak basuh depan ni..datang si kecik Nuyul nadeah ni pun nak buat rajin jugak..Nuyul sejak dah makin besar ni memang sangat rajin.pantang tengok orang duk buat apa jer semua dia nak buat.Orang menyapu dia nak menyapu,orang nak gosok baju dia pun nak gosok baju,orang lipat baju dia pun nak lipat baju..sam anaik lah kiranya..Harap bila dah besar nanti dia memang Rajin yang amat.sejuk perut kak Ina mengandungkan dia 9 Bulan.

8

Time petang Abang Shuk ngan Kak Fiza pula sampai Dari Temerloh..banyak menu duk masak untuk sedara mara..aku in charge bahagian Talapia Bakar..ada lauk lain lagi-Siakap tiga Rasa,Babat Masak Lemak,Udang masak Merah,Ulam Ulaman,ayam panggang..Tapi gambar time berbuka bila sedara mara datang entah pasaipa aku tak snap lansung..lepas berbuka semua solat maghrib,Isyak dan Taraweh berjemaah.seronok berbuka dan berjemaah ramai ramai ni..Alhamdulillah.semua tu nikmat sementara dari Tuhan.

9

Time ni semua sedara mara dah balik..kami pulak duk bersidang di Meja Dapur..aku duk dukung syifa' ni lah..sangat kekok kelihatan ya tuan tuan dan puan puan..takpaa lah.nanti dah jadi ayah sendiri mau ingat lah..suka cium baby sebab wangi jer bau mereka..

10

terbeliak mata baby itu..

11

Kebetulan suami Adeq Da merupakan Amil zakat yang ada tauliah so kami duk pakat pakat bayar zakat kat dia jer lah..8 ringgit satu kepala..Zakat fitrah.zakat Pendapatan kira lain.

12

kami sudah,anda bila lagi??dah nak habis Ramadhan ni..

13

Sambil bersembang sambil makan Puding Gula Hangus ni..Kak tie terer lah bab bab buat Puding Gula hangus..Dia buat dua bijik..sebijik dah habis time sedara mara datang tadik..ni kami plak makan..kalau biasa kat KL jual sepotong RM2..kalau kak Tie meniaga mesti dah kaya kan.hehehee

14

Dan begitulah adanya malam kedua aku berada di Kampung..seronok sangat dapat bertemu mata lagi dengan Mak,ayah dan adik beradik yang lain..Kak Ija jer yang takder..still in Mesir..Kalau dia dan Faiz ada lengkap lah kami 9 beradik berkumpul..Syukur pada Allah atas Nikmat kekeluargaan ini..

Next entri aku cerita pasal Hari ke-3 di Kampung.

Adios.

SALAM MERDEKA vs KISAH BALIK KAMPUNG

Hari ni hari kemerdekaan Negara Kita.

Malam tadi aku ke area Pantai Bersih di Butterworth,sebelum jam 12 am..hajat di hati nak snap gambar bunga api..tapi sedikit hampa sebab takder bunga api di lontarkan malam tadi.Rasanya sebab menghormati Bulan Ramadhan.apa apa pun,selamat hari merdeka semua..Dan sekarang kita berada dalam 10 malam terakhir Ramadhan..Sama sama kita berebut beribadah dalam usaha mencari malam lailatul Qadar (satu malam yang lebih baik dari seribu bulan)

Nak story pasal kisah balik kampung yang lalu

27 OGOS 2010

Dari Penang aku naik bas ke Kuantan.Abang Jali fetch aku di Kuantan pagi jumaat tu..Then sampai di rumah dalam pukul 8 pagi.just bersembang dengan mak dan ayah serta adik beradik.tengok anak sedara baru.

2a

Bila tiba waktu berbuka penuh la makanan atas meja..

3

Macam macam makanan ada..ada kuih Akok,ayam panggang,gulai daging,Keli masak merah,kuih lompat tikam,kuih kuih lain,Kobis masak lemak,dan macam macam lagi.korang tengok gambar kat atas jer lah..Alhamdulillah seronok sangat dapat berbuka puasa bersama keluarga..since puasa ni lah kali pertama dapat berbuka di rumah.

4

Lepas makan solat maghrib berjemaah ramai ramai then tunggu isyak dan sembahyang taraweh berjemaah ramai ramai jugak..Ami yang jadi Imam..Kak Ina pun balik kampung jugak masa ni.Kak tie takder sebab dia kerja jumaat.aku cuti Nuzul Quran tu yang dapat balik awal sehari..Selesai Solat bersembang dengan Ayah sambil layan si Syifa' ni..

5

Nuyul pun ada balik sekali dengan Kak Ina..masa ni duk sembang dengan ayah kat Ruang tamu..mak dah tidur terus lepas solat tapi tidor tengah tengah ruang tamu..hehe..takper lah.mak penat sangat lah tu gamaknya memasak makanan berbuka puasa.

6

Syifa' dah berusia 3 minggu..lahir pada 1 Ramadhan yang lalu..Masak lah dek da kena ganti puasa lepas pantang..heheee..

Errkkkksss...Agak ketandusan idea nak menulis.

sampai sini dulu lah yek.

Assalamualaikum.

Monday, August 30, 2010

ANTARA MENINGGALKAN DAN YANG DI TINGGALKAN

1

Salahkah kalau aku berimpian untuk kembali menjadi Bayi?

Bayi tiada dosa dan Noda..dengan melihat Bayi pun jiwa akan tenang dan rasa aman.Benar sekali kata orang Bayi itu ibarat kain putih,tinggal Peranan Ibu bapa lah yang perlu mencorakkan mereka menjadi apa yang di ingini..Baik ajarannya,maka baiklah bayi itu dan begitulah sebaliknya..Bukan kah indah menjadi bayi yang tidak perlu memikul apa apa tanggungjawab?

Gambar di atas aku rakamkan ketika balik kampung hujung minggu yang baru sahaja berlalu.kali pertama aku bersua muka dengan Puteri Baru adeq da dan suaminya,Nurul Syifa' Salsabilla..Indah sungguh namanya semoga Di indahkan budi pekertinya apabila menginjak dewasa.Berkesempatan juga untuk mendukung dan mendodoikan syifa' tapi sedikit kekok..lagipun aku agak takut untuk mendukung bayi sekecil ini..usianya baru mencecah 21 hari..(Lahir pada 1 Ramadhan yang lalu).Nanti kalau dah jadi ayah mungkin aku akan terbiasa sendiri..hehe..tapi entah bila.Jodoh di tangan Tuhan.

Hari ni aku dah kembali bekerja.Niat di hati ingin bercuti hingga 31 Ogos tapi apakan daya cuti aku tak lulus sebab Hari ni adalah hari terakhir boss aku bekerja di sini.Dia akan di tukarkan ke Pasir Gudang Johor Bahru berkuatkuasa 1 September ini..Mulanya aku memang gembira dan seronok dengan perkhabaran tersebut tapi tadi masa bersalaman dengan dia buat kali terakhir sebelum dia pergi sekaan ada kesedihan dalam hati menyelinap..Mungkin Fitrah manusia yang memang tidak sukakan perpisahan..

Selamat berjaya untuk kamu encik Boss..Saya doakan kamu.

~when it come to an end,you have to let go..i suppose to feel happy and free by now because my boss will leave this place so soon,but somehow deep inside i felt sad and i know i'm going to miss his Bossy attitude after this.Well,That's life..You can't always get what you want..Good luck Mr.LYH,Hope to see you again next time.Take care.

Sunday, August 29, 2010

HIDUP INI HANYA PERSINGGAHAN,BUKAN DESTINASI

1.38 am

Suasana pagi yang dingin.Ayam berkokok bersahut-sahutan di luar rumah..oh,sudah lama aku tidak dengar kokokan ayam,hanya di daerah ini hanya bisa buat aku kembali mengenang asal-usul,tempat jatuh dan bangun sewaktu kecil dahulu..Kalau dahulu Daerah ini sering jadi ruang tempat aku berpijak dan berkongsi kasih yang tiada bersyarat dari mak dan abah,tapi kini segalanya telah berubah..Waktu pergi berlari meninggalkan semua kenangan lalu satu persatu.. Namun aku arif dan yakin ia tetap tidak akan luput dari ingatan,cuma kondisi sekarang nyata sudah jauh berbeza.walau apa terjadi,Kasih dan sayang itu tetap akan mekar selamanya.itu janji aku.

Tadi sempat berbuka puasa bersama sanak saudara dan sahabat handai terdekat.

Bahagia menyelinap di ruang hati aku yang dalam bilamana melihat kemesraan dan ikatan Ukhuwah antara kami semua adik beradik dan saudara mara yang tidak pernah putus,saban tahun setiap kali Ramadhan pasti majlis berbuka beramai ramai sebegini sudah menjadi acara Wajib..sekurangnya ikatan darah ini takkan pernah terputus..Alhamdulillah.Segala Puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang memberikan kesempatan lagi pada kami semua untuk berkumpul dan sama sama meraikan Majlis berbuka puasa dan bersolat Taraweh berjemaah beramai-ramai..Semoga di berkati Allah.

Hakikat sebuah kehidupan-Masa yang berlalu pergi takkan mampu kita kutip kembali.

Kita saban hari semakin di mamah usia,dan takkan pernah berpatah balik umur kita menuju ke arah yang lebih muda..Maka kita semakin menghampiri Mati dalam erti kata yang sebenarnya..Melihat anak saudara baru dan anak sepupu yang semakin bertambah menjadikan aku sedar Nikmat hidup yang kita miliki hanya sementara..Hidup ini sangat singkat,dan dalam sekelip mata segala galanya boleh berubah(dengan Izin Allah S.W.T)..

Di sini,aku masih termangu-mangu.

Termangu-mangu mecari diri aku yang sebenarnya.Siapa aku dan apa tujuan aku di ciptakan Allah..Sebagai makhluk,aku tahu Tuhan berkehendakkan aku menjadi mukmin yang patuh dan Taat kepada -Nya..Agar aku capai taraf taqwa dan peroleh keredhaan di sisi-Nya..Itu aku tahu.tapi tahu sahaja tidak cukup andai kata tidak di susuli dengan perbuatan..berapa ramai di antara kita yang mulutnya mampu berkata takutkan Azab Allah,tetapi secara perbuatannya lebih menghampiri kepada azab Allah yang maha Pedih..Astaghfirullahalazim..

{Ya Allah,ampunkan lah dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku.Kasihanilah mereka sebagaiamana mereka mengasihani aku semenjak aku masih kecil..Dan Kau jangan lah Bolak balikkan hati ku,tetapkan lah pendirian Imanku setelah kau beri Petunjuk dan Hidayah Kepada ku..Ameen..}

Masih jauh perjalanan yang perlu aku tempuh.

Dan masih banyak yang perlu aku pelajari dalam memperbaiki diri sendiri.Aku tahu cabaran mendatang di luar sana teramat lah banyak dan mampu menjadikan aku tergelincir dari landasan asal..Islam bukan lah agama yang Kolot dan menyusahkan penganutnya,malah Islam ialah agama yang mampu menjadikan kita umat yang cemerlang dalam setiap aspek kehidupan..Cuma sebagai umat islam kita sendiri perlu mencari inisiatif dalam mencari Redha Allah dan berusaha untuk mencari ilmu dalam menambah ilmu pengetahuan..Bulat takkan datang bergolek,Pipih takkan datang melayang..

''Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,Dia akan adakan baginya jalan Keluar dan ( Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak di sangka sangka kepadanya.''(Al-Talaq 2-3)

Sama-sama kita cari Redha Allah,dan beramallah dengan ilmu yang kita ada..Ilmu tanpa amal tiada gunanya seperti sepohon pokok yang rendang tapi tidak berbuah..dan amal tanpa ilmu pula mampu memesongkan akidah seseorang..Ilmu dan amal harus bergerak seiring..Semoga kita sama-sama mampu jadi umat islam yang cemerlang.

Wallahualam.

Wednesday, August 25, 2010

AKTIVITI HARI INI : MEMASAK BUBUR LAMBUK

Hari ni Stesen buat Bubur Lambuk.

Last week dah buat,Kali ni buat lagi..ada dua periuk besar.so tadi baru berbagi bagi kat semua staff..dapat lah staff bawak balik sorang dua bungkus..Alhamdulillah rezeki lagik.

1

GIGIH MENGACAU BUBUR LAMBUK DALAM PERIUK

2

Ni baru peringkat awal..tumis menumis dulu

3

Bahan bahan lain yang perlu..bubur lambuk taruk dageng

4

Waktu dah siap baru aku pi tolong kacau kacau sikit..haha..berlakon jer ni..lagi pun sibuk maa today..menguruskan hal permit dan lesen di Bangunan pesekutuan Jalan Anson..

5

Bubur lambuk ready untuk di bungkus

6

And last but not least,Bubur lambuk ready untuk di agih agihkan..Bulan Ramadhan ni Rezeki banyak di Permudah kan Allah..Setakat ni aku tak beli apa apa lagi di Bazar Ramadhan (kecuali last week ada singgah bazar ramadhan beli air tebu semata mata sebab dah teringin sangat.)..Waktu berbuka masak sendiri di rumah dan kalau ada jemputan berbuka aku attend..Bukan kah matlamat puasa untuk melemahkan hawa nafsu?maka jangan lah membazir dan makan berlebihan kelak diri sendiri yang akan rugi..

Renung renung kan dan selamat beramal.

MAJLIS IFTAR : HOTEL SERI MALAYSIA KEPALA BATAS

Ini kisah Petang semalam.

Saya mendapat jemputan berbuka puasa di HOTEL SERI MALAYSIA KEPALA BATAS..jemputan ni dari stesen sendiri,bersama sama dengan organisasi lain yang kami selalu berurusan..nak build rappo lah kiranya ni.pihak DOE ,DOSH,Bomba dan Penyelamat antara Organisasi lain yang di jemput memeriahkan majlis berbuka puasa.

1

Bersama Rakan kerja yang turut serta

2

General Manager dan Senior Manager yang lain..Top management

3

Buffet Ramadhan di Hotel Seri Malaysia quite affordable harganya sorang satu kepala RM35..Tapi saya tak perlu lah bayar..Stesen yang bayar..nama pun invitation..Hajat di hati Ramadhan kali ni tak nak makan buffet buffet ni tapi Undangan takkan nak tolak..

4

masuk main entrance dah ada band main music..

5

Cumanya keadaan kat dalam ni macam a bit sempit dan menyukarkan nak lalu lalang..kalau pihak hotel boleh luaskan lagi kawasan tempat makan ni mesti lagi selesa..Pilihan makanan rasanya bersesuaian lah dengan harga RM35 satu kepala..banyak pilihan dan nampak menarik..

6

3 meja di peruntukkan untuk pihak kami

7

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardu Maghrib dan boleh berbuka puasa(7.30pm)..Saya lupa nak ambil kurma,ambil kuih kuih ni jer lah sebagai hidangan pembuka..Lamanya tak makan kuih buah melaka..

8

Then saya teruskan sessi makan dengan ambik Murtabak dan Roti John..Murtabak makan dengan Kuah Dalca,Roti john makan dengan sos kat dalam tu lah..Rasa Murtabak boleh tahan tapi macam banyak telur..

9

Ini ialah mee Kari Nyonya..tertarik dengan mee ni terus tak ambik nasik..walhal lauk pauk nasik bukan main banyak yang ada..Nasi pulak ada dua tiga jenis.ntah.tak bernafsu sangat tengok nafsu.maybe sebab nafsu dah jadi lemah setelah seharian berpuasa.(ehhh cop.saya ada ambik sepiring kueytiow goreng nak rasa sebab nampak menarik..tapi takder gambar.heheee)

10

Last sekali ambik buah sebagai pencuci mulut..kat buah ni tetiba terselit kuih seri muka dan agar agar apa ntah.hahaa..tu jer yang aku makan.Rasanya stesen silap pilih orang kot jemput saya makan buffet.Rugi sebab tak bedal puas puas.tapi saya rasa cukup lah kot..Makan banyak banyak sedap pun sejengkal jer kat leher.then takder rasa apa dah..:p

11

Selesai makan pi bersolat maghrib di Tingkat 1 then turun sambung balik sembang sembang kat meja..nasib boleh masuk balik tempat buffet ni.Ramai member duk sambung makan lagi..saya dah surrender..minum air suam boleh la.Lupa nak cakap seleksi makanan kat Hotel ni pun banayak juga..ada Kambing bakar,ada Roti John,ada Murtabak,ada booth ais kacang/Cendol,Ada mee Udang/Mee kari,ada bubur lambuk,ada sup tulang,Nasi ada dua jenis-Nasi Putih dan nasi Kurma berempah dengan pilihan lauk yang pelbagai,ada tempat kuih kuih dan ulam ulaman..Kira ok dan berpadanana dengan harga per person.

12

bersantai bersama colleagues dan our top management

13

Lebih kurang pukul 8.40 kami bersurai..Isyak masuk dalam pukul 8.44 kat area sini..so kalau nak balik ke kawasam Kuarters tak sempat nak berjemaah Isyak rasanya.So kami menuju ke Masjid AL-TAQWA kepala Batas dulu.Siap solat isyak dan bertaraweh kat sini.

14

Biasa kalau di Balai islam Tazkirah Ramadhan selepas Taraweh tapi kat sini sebelum solat taraweh ada tazkirah dulu.maybe sebab tak nak bagi orang balik dulu..Tapi ramainya lah penduduk datang masjid.Seronok tengok(tapi gambar kat atas ni lepas da siap taraweh 8 rakaat..tu yang orang dah takder.hehehe)..Cuma Ustaz yang bagi tazkirah agak kalut tak taw nak pi mana,duk cerita atas mimbar tu laju laju sampai aku tak sempat nak faham..Lain ustaz lain lah approachnya kan..

*Selesai Taraweh baru bergerak pulang..Malam 15 Ramadhan dah berlalu..separuh sudah Ramadhan kita tinggalkan..Teruskan berjuang dan beribadah sahabat-sahabatku!

Tuesday, August 24, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN : KEWAJIPAN MENTAATI IBU BAPA

taaaaaaaaaa

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uuh’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israk, ayat 23-24)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud: “Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda.” (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya kewajipan menghormati ibu bapa tidak terhenti walaupun kedua-dua mereka sudah meninggal dunia. Walaupun ibu bapa sudah meninggal dunia anak dikehendaki berdoa supaya mereka sentiasa bahagia di sisi Allah. Selain itu, anak digalakkan menziarahi kubur ibu bapa mereka.

Jelaslah menghormati, mentaati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama serta berterusan sepanjang masa. Perintah Islam supaya menghormati dan mentaati ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira sama ada mereka beragama Islam atau tidak.

*************************************************************

itu antara intipati Tazkirah Ramadhan di BALAI ISLAM malam tadi.

Aku nak share satu kisah yang ustaz cerita,tentang kasihnya seorang ibu terhadap anaknya..Sama sama kita renungkan dan beramal.

Di sebuah kampung yang aman permai,ada seorang ibu dan seorang anak lelaki tunggalnya,Abu..Si ibu cacat kerana tidak mempunyai mata sebelah kanan,makanya muka si ibu kelihatan hodoh dan menjelikkan bagi sesiapa yang memandang..

Tiba saat persekolahan,si Ibu pun menghantar lah Abu ke sekolah..Adat orang berwajah hodoh pasti akan di cela dan di hina..menyebabkan Abu berasa amat malu dengan keadaan ibunya..setiap kali datang ke sekolah pasti dia akan di ejek oleh rakan sekelas dan rakan sepermainannya..Hingga tiba satu saat Abu menghalang Ibunya dari menghantar dia ke sekolah kerana sudah tidak tahan dengan ejekan rakan rakan..sejak dari hari itu si Ibu hanya menghantar Abu di tepi pagar sahaja dan segera menghilangkan diri secepat mungkin bagi mengelakkan Abu di keji dan di caci lagi..

Tiba masanya Abu meningkat Dewasa dan dia dapat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

Abu masih tidak menerima kenyataan ibunya yang berwajah Hodoh dan tidak mempunyai mata sebelah kanan..Dia menghalang keras ibunya hadir ke sekolah dan dia hanya pulang ke kampung sekali sekala..itu pun jika ingin meminta wang saku.Bagi Abu orang lain tidak perlu tahu ibunya mempunyai wajah yang hodoh dan menjeikkan..Ibunya tetap tidak kisah,asalkan anaknya dapat belajar hingga ke menara Gading..Begitu hebatnya kasih sayang seorang ibu..

Selesai alam persekolahan dan memperolehi keputusan yang baik berkat doa si Ibu,Abu akhirnya menjejakkan kaki ke Menara Gading..saat dia masuk ke Universiti saat itu lah dia tidak pernah lansung menjejakkan kaki melawat ibunya di kampung dan dia memang melarang keras ibuna dari hadir ke Universiti untuk melawat di khuatiri kawan kawannya akan tahu yang dia mempunya seorang ibu yang cacat dan tudak sedap mata memandang..

5 tahun berlalu..

Dan si Ibu hanya mendengar perkhabaran dari Abu melalui rakan rakan sekampung yang sama sama masuk universiti dengannya..Tiba saat Abu akan bergraduasi,gembira lah si Ibu dan dia sangat gembira lalu bergegas lah dia ke Universiti dari Kampung Halaman..tiba di Universiti si Ibu tahu dia tidak dapat melihat anaknya menerima segulung Ijazah kerana tiada kad jemputan,tapi dia tetap sabar menunggu..Selesai majlis penyampaian Scroll,Abu keluar dari dewan dan dia terus mengarahkan ibunya supaya pulang kerana dia malu dengan penampilan ibunya yang hodoh itu..Maka dengan hati yang sayu pulanglah si ibu menaiki keretapi ke kampung..dan dalam hati nya terdetik 'Ya Allah..aku tidak mempunyai anak yang sebegini ya Allah..'

5 tahun lagi berlalu..

Dan kali ini si Ibu masih tabah dan sabar menunggu kepulangan anaknya dari Kota..dia mendengar cerita dari kawan kawan Abu yang dia sudah berkerjaya dan sudah berkahwin serta mempunyai anak..Maka alangkah gembiranya hati si ibu untuk melihat Cucu pertama..lantas segera di ke stesen Kereta api berdekatan dan menuju ke Kuala Lumpur mencari Rumah Abu berdasarkan alamat yang di beri oleh kawan nya..

Tiba di Rumah Abu,Ibunya memberi salam dan seorang budak kecil yang comel membuka pintu tetapi segera menjerit kerana takut dengan Rupa si Ibu..Abu yang berada di dalam Rumah segera ke depan Pintu dan dia melihat Ibunya hadir..tanpa berbicara abu menghempas pintu dan membiarkan Ibunya termangu mangu di luar rumah..Maka kali ini hancur luluh lah hati si Ibu,dan dengan perasaan sayu dan Longlai pulang lah dia ke Kampung dengan hati yang remuk..
beberapa tahun selepas itu..

Abu menghadiri satu majlis Alumni Universiti di sebuah hotel.Dalam majlis itu dia bertemu ramai rakan rakan nya yang sudah berjawatan besar dan berpangkat tinggi..ada juga kenalan dari kampung halamannya dan kali ini Ahmad,rakan sekampung menegur dan bertanya mengapa Abu tidak pulang ke Kampung Bulan lepas..Abu kehairanan dan bertanya mengapa dengan Bulan lepas?Ahmad menjelaskan Ibunya sudah meninggal dunia..

Serentak mendengar perkhabaran itu Abu tersentak dan terus meninggalkan majlis menuju ke kampung asalnya..

Niat di hati ingin memohon seribu keampunan kepada Ibunya..tapi dia Tahu Ibunya sudah pergi tak kembali lagi..Sampai di Kampung dia bertanya Jiran mengenai Ibunya..Sang Jiran memberitahu ibunya lansung tak pernah menyebut nama abu sekalipun sebelum dia meninggal..Tapi ada satu sampul surat yang di tinggalkan di bawah bantal yang tertera dengan nama 'ABU' di atasnya..Secepat yang mungkin Abu masuk ke dalam rumah dan mencari sampul surat tersebut..di dalamnya tertulis:

'Ke hadapan anakku yang di ingati dan di kasihi selalu,Tika saat kau membaca Surat ini aku sudah tidak ada lagi dalam dunia ini..Cuma aku nak bercerita padamu satu kisah yang tak pernah engkau ketahui dari dulu hingga kini..'

'Semasa kamu kecil,aku dan ayah mu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya..Ayahmu meninggal di tempat kejadian dan kam pula luka di sebelah mata kanan hingga mengakibatkan matamu buta..aku tidak sanggup untuk membesarkan dirimu dalam keadaan tidak sempurna lantas aku mendermakan mata sebelah kanan ku untuk mu wahai anakku..Mata kanan yang kamu guna pakai selama ini adalah sebahagian dari diri ibumu ini..'

Tanpa sempat menghaboskan pembacaan surat tersebut,Abu meraung dan menangis semahu mahunya..namun nasi sudah menjadi bubur..Ibu nya sudah pergi dan tak akan kembali lagi buat selamanya..

************************************************************

Selesai ustaz menghabiskan cerita ni malam tadi masa tazkirah,aku merasa sangat sebak..sebab aku membayangkan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya..Betapa kasih seorang ibu walau bagaimana teruk sekali pun layanan yang anaknya bagi tapi dia masih mampu bersabar..Aku tahu dan mengerti kita sebagai anak sentiasa meminta sesuatu dari ibu dan bapa kita..Tapi pernahkah kita terfikir pengorbanan yang mereka lakukan demi memenuhi kehendak kita??Sangat besar jasa bakti mereka dan kini giliran kita pula untuk membalasa jasa mereka..Ya Allah,jadikan lah aku anak yang taat dan berbakti kepada orang tua ku..Ameen..

Ya Allah,kau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku,kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semenjak kami masih kecil..''

Monday, August 23, 2010

IFTAR SOLO : SIAKAP STEAM LEMON

Hari Ahad baru ni.

Teringin nak buat SIAKAP STEAM LEMON tapi alat nak kukus takder kat rumah..menggagau lah aku pi cari periuk kukus kat TESCO..beli yang murah jer..sekadar boleh kukus ok lah.

21

ada satu layer jer..tak macam pengukus yang lain

22

Beli sekor Ikan siakap suh Diorang siang siap siap dan belah dua..basuh Ikan dengan air asam jawa untuk elakkan bau hanyir..aku buat bahagian kepala jer,tak larat nak buat seekor sebab makan sorang jer pun.Kang tak habis membazir pulak.lagi pun first trial ni biar lah buat sikit jer.

23

Sayur mayur yang aku pakai

24

Resepi untuk Siakap Steam Lemon aku ambik dari blog Kak Aishah:

Bahannya

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 s/b tepung jagung
  • 1 s/b mentega
  • 1 biji lemon (dihiris)
  • 1 btg lobak merah (dipotong)
  • 5 btg pucuk jagung muda (dipotong)
  • 20gm cendawan (dipotong dua)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 sm halia (dihiris halus)
  • 2 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 1/4 cawan air masak
  • 9 tangkai cili padi (dipotong kecil2@ ketuk)
  • 1 sudu kecil garam

25

Caranya
  1. Bersihkan ikan siakap & toskan. Lumurkan garam, mentega ke badan ikan & lumur tepung jagung.
  2. Gorengkan sekejap halia & bawang putih di dalam kuali berasingan.
  3. Letakkan ikan ke dalam kuali stim, letakkan kepingan lemon ke atas ikan. Masukkan kesemua jenis sayuran termasuk cili api di dalamnya.
  4. Bancuh tepung bersama air & tuangkan di dalam kuali.Masukkan halia & bawang yang telah digoreng td.
  5. Tutup kuali stim seketika. 5 minit kemudian, perahkan jus lemon ke atas siakap td & tutup sehingga ikan masak. Hidangkan & sedia untuk di makan.

Aku follow step ni sebijik sebijik..cuma kesilapan teknik sebab masukkan tepung jagung banyak sangat so kuah jadi pekat..Lemon pun aku terlebih bubuh so rasanya a bit masam tapi still ok..First trial kan,so lepas ni boleh perbaiki lagi mana yang patut..

Selamat Mencuba ya Tuan tuan dan Puan puan Sekelian!

*Hari ni 23 Ogos merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran adik lelaki saya yang nombor dua dari Bawah..Ami,selamat hari lahir.Moga panjang umur miurah rezeki dan sentiasa jadi anak yang soleh ya..Abang doakan kamu..


Sunday, August 22, 2010

MAJLIS IFTAR PERDANA : MEMPERKASAKAN SAUDARA BARU

Semalam berkesempatan berbuka di Dewan Milenium Kepala Batas Pulau Pinang.

My kompeni ada beli satu meja untuk 10 orang,,Berbuka puasa bersama sama Saudara Baru..This is da program untuk saudara baru kita yang convert from agama lama masuk Islam..Alhamdulillah..satu perkembangan baik di Hidayah Center..

1

Majlis bermula seawal jam 4 petang untuk pendaftaran..Then next agenda ialah Solat asar berjemaah dalam dewan..

2

my colleagues yang hadir bersama

3

Selesai solat asar ada Forum pula..dengan Tajuk MEMPERKASAKAN SAUDARA BARU..ada tiga orang panel jemputan,semuanya saudara baru yang hebat hebat belaka..

4

Pengerusi Majlis untuk Forum tersebut

5

Tiga orang ahli panel : Dr.Ann Wan Seng,Tuan Haji Kamaruddin dan Dr.Nicholas Sylvester..mereka semua tokoh yang terkenal dalam bidang masing masing..Forum yang di bincangkan berkisar tentang masalah yang di alami oleh saudara baru dan cara mengatasinya..Good Input for me sebab sebelum ni tak pernah tahu permasalahan dengan saudara baru ni..

6

muslimin & muslimat yang hadir sama.

7

Forum sampai pukul 7.10 pm

8

Forum tamat dan kami berbuka puasa makan kurma dulu dan minum air,then sembahyang maghrib berjemaah sama sam asebelum makan berat..

9

Mari kita berbuka puasa

10

Tamar = kurma = Date

10a

Meja kami no.12

11

lauk pauk yang di sediakan

12

13

14

nasi Minyak kan ni

15

Alhamdulillah dah kenyang

16

17

18

1

2

Sambil majlis berbuka puasa berlansung ada persembahan Nasyid dari anak didik Kumpulan Mirwana..ok gak lah diorang bernasyid..agenda lain pun ada Ucapan perasmian majlis dan penyamapaian cenderahati untuk saudara baru

19

pengerusi majlis

20

penyampaian Cenderahati

21

23

24

25

bergambar kenangan beramai-ramai..

26

Selesai majlis berbuka puasa,apabila waktu Isyak masuk kami bersolat isyak Berjemaah di susuli pula dengan solat Taraweh 8 rakaat..

27

mari lah menuju kejayaan..

28

Ustaz malik jadi Imam solat

29

Selesai solat Taraweh ada Tazkirah Ramadhan dari dr.Danial Zainal Abidin..Siapa Dr.Danial Zainal Abidin ni??klik this link untuk mengetahui dia ni sapa..

30

Antara Intipati Tazkirah:

-Umat Islam sekarang sudah jauh tersasar dari Landasan Asal..even perkara asas pun sudah tidak di titik berat kan..(contohnya solat lima waktu,dan kewajipan menutup AURAT dan sebagainya..)..Ciri ciri orang bertaqwa ada tiga iaitu TAAT jangan MAKSIAT,INGAT jangan LUPA, dan SYUKUR jangan KUFUR..Al-Quran menggariskan tips tips kecemerlangan yang sungguh banyak sehingga banyak ilmuan Barat yang sanggup memeluk agama Allah setelah mengkaji kehebatan Al-Quran..antara intipati lain orang kita hanya tahu nak baca Al-Quran tapi tidak cuba untuk memahami Al-quran,sebab itu manusia pada hari ini tidak berubah ke arah yang lebih baik..

31

gigih member aku ni duk Snap Gambar

32

Muslimah yang hadir di barisan belakang

33

dekat pukul 10.30 pm dah masa ni

34

Dr.Danial juga ada kata Islam ni agama yang menuntungkan..sebab itu ramai Ilmuan Barat yang masuk ke dalam Agama Allah setelah kaji Al-Quran..Dr.Danial boleh di capai di www.danialzainalabidin.com yang menceritakan pengalaman pengalaman beliau..Dalam pukul 10.45 pm majlis bersurai dan kitorang pun pulang..

(Ini ialah Majlis berbuka puasa sambil beramal untuk saudara Baru di Hidayah Center yang memerlukan sokongan Moral dan bantuan tempat tinggal setelah mengalami kesukaran dengan keluarga asal..Banyak cabaran yang terpaksa mereka tempuh dan dengan Bantuan sebegini Insya Allah keimanan mereka terhadap Agama Allah akan makin teguh dan Kukuh..Insya Allah)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails