About AXIMUD

Saturday, March 26, 2011

ROAD TRIP TO PHUKET & KRABI - DAY 2 PART 2

Hari ni Hujan sepanjang hari..
a
Bila hujan mood nak keluar rumah pun malas..aku just lepak di rumah bermalas-malasan layan DVD..dan petang tadi pun layan mata kejap..and sekarang ni pun Hujan still tak berhenti-henti..just nak update sikit pasal sambungan Trip ke Phuket/Krabi dua minggu yang lalu..
a
Enjoice!
a
*************************************************************
a
11 MAC 2011
a
Sambungan dari entri ini.
a
PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI RAWAI BEACH
A
Lepas dah Check in di Bangkok Residence Hotel,Petang tu kami akan melawat ke perkampungan Orang asli di Rawai Beach..mengikut our tourist guide kami,encik rashid dia kata kawasan perkampungan ni memang tempat orang asli asal Thailand,dengan penduduk nya yang berkulit gelap dan berambut kerinting-just like the typical orang asli look.
a

Perkampungan orang asli ni terletak di Rawai Beach
a

Perkara pertama yang aku nampak masa sampai di kawasan ni - Tempat jual barangan kraftangan hasil laut..semua segala mak nenek siput duk ada..siap duit jer lah nak beli.tapi aku tak berapa berminat sangat dengan cenderamata macam ni..just tengok tengok jer..
a

Sepanjang pesisir pantai Rawai ni ada kegiatan berniaga penduduk setempat..aku duk bayangkan kawasan ni macam kawasan terpencil tapi rupanya sama macam biasa jer..takper lah..layan kan ajer.
a

Pasar basah..jual makanan laut
a

Kat sini aku borong keychain ngan fridge magnet.sebab ni macam kawasan pedalaman so harganya jauh lebih murah..compare kalau nak beli kat Patong Beach nanti mesti mahal sebab situ kawasan pelancong ramai..so peniaga mesti buh harga mahal.so beli kat sini dapat lah harga murah..100 Baht untuk 15 keychain.mana nak carik?kan kan kan..
a

Kalau korang masih ingat tahun 2004 dulu kan ada Tsunami melanda kawasan Phuket ni..tu yang ada papan tanda tsunami hazard zone tuh..dalam pukul 5 pm kitorang bergeas untuk ke tempat menyaksikan Sunset di Phrom Thep Cape..
a
PHROM THEP CAPE - SUNSET MOMENT
A
Promthep Cape is a windswept promontory that juts into the Andaman Sea at the southernmost tip of Phuket. Also written Phrom Thep Cape or Laem Promthep, it is regarded as one of the most beautiful spots in Phuket. The view here is certainly breathtaking, especially during sunset. Depending on the time of the year, the tall grass at Promthep Cape may change from verdant green to golden brown.
a

The name Promthep comes from "Prom", which is Thai for the Hindu term, "Brahma," signifying purity, and "Thep" means 'God.' Local villagers used to call Promthep Cape "Leam Jao", or God's Cape. It was an easily recognisable landmark for the early seafarers traveling up the Malay Peninsula.
a

A memorial at Prom Thep cape
a

Kitorang just jalan jalan kat sekitar memorial ni..aku pun tak sure ni memorial apa..baca pun tak faham sebab bahasa Thailand so last last kitorang bergambar jer lah.ada lah tu sejarah tercipta satu masa dulu di kawasan ni..tak larat nak absorb benda sejarah dah.cukup aku tahu kawasan ni popular sebab orang nak tunggu sunset..
a

Test test ambik silhoutte pic
a

Mendamaikan jugak sebenarnya kawasan ni..
a

Ni je lah the best shot sunset yang sempat dirakamkan..awan tebal masa ni so matahari malu untuk memunculkan diri so tak dapat satu gambar sunset yang menarik..apa apa pun aku tetap bersyukur dan kagum dengan keindahan alam ciptaan Illahi ini..Subhanallah..
a

Orang punya lah ramai kan kat area sini..
a

Promthep Cape is a small peninsula that just out into the water. On the ridgeare several palm trees which silhouette when the Sun is setting
a

Teringat Uluwatu Cliff kat Bali pulak..tapi tu lagi cantik
a

Jom mengorak langkah pulang...
a

Hari dah beransur gelap..
a

Tunggu bas sama sama dengan orang siam..
a

Macam biasa lah kan di tepi tepi kawasan view point ni ada orang meniaga cenderamata dan cenderajiwa..ada jual tshirt dan souivenir..since dah beli tadi kat Rawai beach so tak beli apa pun lah..just tengok sahaja..harga lebih kurang jer.
a

Masa nak naik bas untuk pulang ke Pekan Phuket terserempak satu rombongan dari Kelantan..sembang sembang lah dengan diorang..diorang datang naik bas jugak..after bergambar kami meneruskan perjalanan ke Pekan Phuket untuk menikmati makan malam..perut sudah lapar..
a
MAKAN MALAM DI RESTORAN CHARIFA
A

Actually our tourist guide nak aturkan makan malam di satu restoran lain tapi that restoran dah fully booked,so nak tak nak kami ke Restoran Charifa lagi sekali..tadi time lunch dah makan kat sini..takper..masakan kat sini pun quite ok..yang penting dijamin HALAL.
a

Banyak lauk jugak yang ada..dari Ikan siakap stim,sup ikan,sayur campur dan beberapa lauk lain lagi..aku paling suka timun dan sambal belacan tu..kat Thailand ni sambal belacan nya lain macam lah..sedap lain macam.aku suka..
a

Dari Restoran Charifa kami terus pulang ke Bangkok Residence Hotel..untuk malam ni acara bebas..berjalan jalan di sekitar Patong Beach yang sangat lah happening..nanti aku ceritakan dalam entri yang seterusnya ok..gambar pun banyak nak share.
a
*to be continued..

1 comment:

  1. nice2.. i love travelling too.. salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..