About AXIMUD

Monday, March 28, 2011

SENJA DI KUALA PERLIS (MISI MENTARANG BAKAR)

Isnin yang busy..

Minggu ni macam macam aktiviti akan berjalan..aku pulak pening nak siapkan Environmental annual performance Report untuk station for the last financial year..tambah pulak keadaan jari aku yang tak berapa nak pulih ni..setakat doing Clerical work boleh la..Ok.tak nak citer bab kerja banyak banyak.aku tahu korang akan bosan nanti.so better kita terbang ke negeri Perlis Indera Kayangan - untuk rancangan Jalan jalan cari makan bersama AXIMUD pada suatu petang ahad semalam yang berbahagia....trettttetetttttteettettttttttt(Bunyi drum....)
a
Terimalah.
a

Petang semalam pukul 5 petang aku bertolak dari penang..menuju ke Perlis Indera Kayangan..Tujuan?nak pergi dating.haha.lagipun dah lama aku tak makan mentarang..so far yang aku tahu mentarang cuma ada di Kuala Perlis dan Kuala Selangor..sampai area Kuala Perlis dah nak malam..terlepas sunset moment..silap timing.lain kali aku keluar awal sikit lah..
a

Menarik juga Kuala Perlis ni di Petang hari..ramai anak muda berpeleseran di tepi jeti..menanti mentari pergi sambil menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan..Malaysia Bumi bertuah.kalau di Luar negara sana masing masing sibuk dengan peperangan dan bencana alam,Malaysia boleh dikatakan aman dan damai serta sentosa..1 Malaysia pencapaian di utamakan rakyat di perkotak katik kan.ehhh silap.Rakyat di dahulukan.sekian.
a

Ok.tempat yang dituju ialah Mona lebih advance(*ceteker ni iklan apa dulu..heheheee).. tak taw pasipa kalau datang Kuala Perlis mesti makan kat Mona.maybe sebab First trial dulu rasanya tak menghampakan so tanak ambil risiko makan kat kedai lain yang belum tentu sedap.so here we are at MONA-Gerai makanan laut dan masakan Thai.without further ado,jom tengok apa yang kami order..zassss!!
a

Ini ialah Sotong Goreng tepung.di ulangi -SOTONG GORENG TEPUNG.tapi entah mengapa saya rasa sotong Goreng kali ini tak berapa mengancam compare last time aku datang dulu.maybe sebab pakai minyak sama berulang ulang..emmm..tak taw nak rate macam mana..rupa nampak sedap tapi rasa macam tawaq..
a
Beralih kita kepada menu seterusnya..UDANG MASAK CABAI..sambal Udang ni sangatlah enak..menjilat jari uol!!tapi aku menghadapi kesukaran untuk makan Udang ni because tangan sebelah jer boleh pakai.tapi apa apa pun rasa sambal ni sangat lah mengancam.boleh order lagi nanti..murah pun murah..100 gram baru RM7.
a

KAILAN IKAN MASIN ni biasa biasa jer..
a

Dan menu juara pada malam ini ialah MENTARANG BAKAR KOSONG..isi mentarang ni memang dah manis so bakar jer kosong dan ratah..kami siap mintak dua mangkuk lagi..first mangkuk sampai duk ratah sampai habis dulu..tak cukup tambah lagui semangkuk mentarang bakar.ni dah masuk kategori list faveret ni.Cubalah makan mentarang.anda apsti sukakan rasanya..
a

TOMYAM CAMPUR dan TIMUN SAMBAL BELACAN
a

Ini lah rupanya Isi Mentarang bakar..isinya macam panjang,ni kira spesies kepah remis kerang siput buluh dan so on..last year aku sanggup drive dari Penang ke Kuala Perlis semata mata nak makan mentarang jer.Gila kan.kerana makanan ku redahi jua.haha..aku dan makanan.ibarat irama dan lagu.tanpa irama tiadalah lagu.gitu....Chewwaaah.
a

Selesai makan kami pi sembang sembang dulu kat atas tempat lepak tepi Jeti tu..ramai gak orang,mostly bebudak muda lah..tengok tulisan KUALA PERLIS tu pun dah tertanggal tanggal..kalau nak tengok huruf A hujung Kuala tu rujuk Blog ni.Diorang memang suka vandalisme.hehee..sembang sembang then tengok jam dah pukul 10.30 pm..aku kena gerak pulang..lagi 2 jam nak sampai penang..dalam pukul 1.30 am jugak aku sampai.Then siap siap nak tidor jer because hari ni kan kerja..
a
*Happy Belated Birthday to you..May all of your dream come True.this is my wish.

1 comment:

  1. hahaha ngok ! siap suh rujuk semata-mata nak tgk hurup A.
    aku rasa betul jgk sebab hang pi pun dah malam so depa goreng guna minyak yang resaikel. ekceli aku prefer pi belah-belah petang. nanti kita set time. mentarang pun sedap tapi tak menjadi feveret sangat. aku rasa ikan bakaq dia yang dibakar kosong tu sangat meruntun jiwa aku. tobat sedap!
    ada satu lagi kedai femes kat kola perlis dikalangan penduduk perlis. nama dia hie thien (sebutan Hai Tian) dia kedai cina mcm kat kola selangoq tu tapi kotoq sikitla. tapi aku heran memang ramai gila orang pi espeshielli orang melayu. even family aku kalao time hari raya mesti buat gathering kat situ. aku pun tak gemar sangat pi. tapi kalao tapau memang aku makan la. tak dinafikan memang sedap. bai

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..