Salam Ramadhan yang ke-14..
Sedar tak sedar dah nak masuk separuh Ramadhan kita tinggalkan..Moga Ramadhan yang kita lalui penuh berkat dan diredhai Allah..Cuti hujung minggu kali ni aku lebih banyak menyendiri..berfikir tentang banyak perkara..berfikir tentang alam sekeliling dan hakikat kehidupan ini..Moga moga kesudahan yang baik akan jadi milik kita semua..Ameen.Sesungguhnya Allah maha mengetahui tiap sesuatu yang kita tidak ketahui..belum tentu apa yang kita rasa baik untuk kita adalah benar benar terbaik untuk kita dan begitulah sebaliknya..Hanya Allah lah jua yang maha Mengetahui segalanya.
Di kesempatan ini aku nak share sikit gambar randomly pasal kembara ke tanah suci awal ramadhan yang lalu..Umrah dan ziarah di Kota madinah dan Kota Mekah..Sungguh,ini pengalaman paling istimewa buat aku seumur hidup ini..pertamanya aku berkelana jauh bersama ibu dan bapa tersayang serta ahli keluarga aku yang lain,dan keduanya kerana kami mengunjungi tempat paling suci dan berkat di muka bumi ini iaitu Tanah Haram kota Mekah dan juga Madinah..Allahuakbar..aku tak dapat nak gambar kan perasaan aku sekarang..betapa bersyukurnya aku dapat jadi tetamu Allah..Tuhan pencipta sekelian alam yang maha Agung dan Maha Kuasa..yang maha pengampun lagi maha penyayang..
ahli keluarga tercinta yang baik hati menghantar kami berangkat pergi
tiba di Kota Madinah..kami stay di Holiday Villa Madinah
Masjid Nabawi waktu subuh..suhu 43 darjah Celcius..musim panas..
Masjid an-Nabawi (Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Masjid Nabawi di siang Hari..Indah mata memandang..
saya bersama keluarga saya..
Bacalah..dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..
di hadapan masjid Nabawi..
di dalam masjid Nabawi
mengambil kesempatan yang ada untuk berdoa dan bersolat dalam raudhah - (Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.)
mengambil kesempatan yang ada untuk berdoa dan bersolat dalam raudhah - (Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.)
Makam Rasulullah..Assalamualaikum ya Rasulullah..
Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām (Arab : المسجد الحرام), adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.
Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahuakbar..Kaabah di depan mata..bagaikan tidak percaya..inilah tempat yang banyak disebut dalam Al-Quran..
Solat tahiyatul masjid tiada di masjidil haram..tawaf sunat ialah tahiyatul masjid di sini
Solat tahiyatul masjid tiada di masjidil haram..tawaf sunat ialah tahiyatul masjid di sini
kami buat umrah bersama sama..first time aku ber-Ihram..
Bertemu Kak Ija yang datang dari Mesir..kebetulan dia buat umrah time yang sama..
Precious moment ever..my family and i in front of Kaabah..Allahuakbar!!
Berbuka puasa bersama sama dalam masjidil haram..Nikmat sangat minum air zam zam dan kurma sahaja.
Bulan Ramadhan lain macam ramainya..dah macam musim haji kata ayah saya..
Masjidil haram di waktu malam..indah sangat pemandangan depan zam zam tower
antara makanan yang ada di Kota mekah..nasi arab semestinya..
singgah di masjid terapung jedaah dan terus ke airport jeddah untuk pulang.berbuka di terminal
Alhamdulillah selamat sampai kembali ke Tanah air..
Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah sebab memudahkan perjalanan kami..semua yang berlaku di Kota Mekah pun ada hikmahnya..Moga kami semua belajar dari pengalaman itu..benar lah kata orang,walau kita mengembara ke dunia mana sekalipun,Kota madinah dan Kota mekah tetap akan menjadi tempat yang paling beri kesan dalam hati..(at least aku terasa seperti itu)..dalam diam aku berdoa agar diberi kesempatan lagi untuk dapat kembali ke tanah haram..dalam misi mencari RedhaMu ya Allah..jika Kau izinkan aku pasti akan kembali lagi..Insya Allah.
(Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jauhilah kami dari siksa api neraka..)
*as usual kalau aku ada kelapangan dan sedikit rajin aku update lah tempat tempat yang kami ada ziarah seperti jabal uhud,jabal rahmah,Gua Hira',dan beberapa tempat lagi..buat masa ni aku just cerita general dulu lah..Banyakkan beribadah di Bulan Ramadhan sebab amalan di Bulan Ramadhan ni akan dilipat gandakan pahalanya oleh Allah..sama sama lah kita berlumba lumba membuat kebajikan..
selamat pulang axim...
ReplyDeleteselamat pulang axim...
ReplyDeleteSyukurlah sebab dpt kesempatan menunaikan Umrah di Bulan Ramadhan. Semoga iman kekal segar selamanya.
ReplyDeleteBanyakkan syukur kerana mendapat kesempatan menunaikan Umrah di Bulan Mulia. Semuga Iman kekal selamanya.
ReplyDeletesubhanallah..!
ReplyDeletecantik2nya gambar aximm...
suka akak tgk..
syukur sebab selamat pergi dan selamat kembali ye...
selamat berpuasa axim..!
alhamdullilah.. dah sampai seru menjadi tetamu Allah.
ReplyDeleteMudah mudahan lepas nie giliran akak & abg . Amin
Salam Ramadhan al-mubarak. Alhamdulillah dapat menyempurnakan ibadah umrah dengan baik. Semoga dibulan yang mulia ini kita pertingkatkan amal ibadah kita dengan seikhlasnya kepada Allah S.W.t.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletetahniah krn dijemput utk menjadi tetamu-Nya...
pasti seronok dpt mengerjakanny bersama2 family, n inilah peluang utk kita berbakti kpd ibu n ayah...
mg semuany mndpt umrah mabrur, amiin...
mg ia menjadi titik tolak utk satu penghidupan yg lbh bermakna, memberi kebaikan buat semua, amiin... mg istiqamah!
amacam parasaan bila Kaabah tu ada depan mata?ko nangis ak?aku pun tingin nk pegi umrah la pastu...insyaallah akan aku usahana hujung taun depan...amin~
ReplyDeleteAlhamdulilah semuanya selamat.
ReplyDeleteBila tengok gambar2 azim ni teringat sangat ketika akak berada di sini dulu. Sesungguhnya ku sgt merindui tempat suci ini.
Semoga doaku dimakbulkan utk sampai ke sini sekali lagi.
yang bezanya....umrah di bulan Ramadhan lebih tinggi fadhilatnya. Pulak tu bersama2 family tercinta...seronoknya.
Alhamdulillah dah selamat pulang..tiap kali baca entry kawan2 gi Mekah..mesti menitis air mata..rasa syahdu sangat2..Insyaalah..akan menyusul tahun depan kalau dipanjangkann umur..
ReplyDeleteDDYANA,
ReplyDeletethanks!
MOHD SAUFI,
ReplyDeletedoakan supaya kita semua mendapat ketetapan iman..ameen..
PUTU BAMBU,
ReplyDeleteterima kasih kak!
selamat berpuasa jua saya ucapkan untuk akak sekeluarga..
KAK ELLY,
ReplyDeletemudah mudahan..semooga akak dan cik mat menjadi tetamu Allah jua selepas ini..Insya Allah..
DR.SAM,
ReplyDeleteterima kasih dokter atas nasihat ityu..maruilah kita berlumba lumba beribadah di bulan Ramadhan ini..
AREEF,
ReplyDeletedoakan agar aku Istiqamah..Rasulullah sampai beruban kepala memikirkan hal istiqamah..inikan pula kita yang punya iman pasang surutnya..selamat berpuasa dan selamat beribadah jugak untuk anta!
CIKGU JACK,
ReplyDeleteaku tak dapat nak gambarkan perasaan camana bila nampak kaabah depan mata dan bila berdiri depan kaabah tu..ko pergi nanti then rasa lah sendiri..Allahuakbar..
moga Allah permudahkan urusan mu untuk menjadi tetamu Nya..ajak lah bini tercinta sekali okeh..
KAK LEEZ,
ReplyDeletesangat bersyukur dapat mengerjakan umrah di bulan Ramadhan ni bersama Family tercinta..saya doakan agar akak dapat datang ke sini lagi awal tahun depan..Insya Allah.
WA,
ReplyDeletebila saya tengok balik gambar gambar sepanjang berada di tanah suci memang terasa sayu..kalau dipanjangkan umur saya pun akan kembali lagi ke tempat suci ini..Insya Allah.sama sama kita berdoa agar Allah memilih kita untuk menjadi tetamu Nya..Ameen.
slmt pulang azim.. alhamdulillah safe and sound to be here.. sy pegi delhi 12-19 mac..
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah diberi peluang yg sangat berharga..
ReplyDeleteSemoga satu hari nanti murahlah rezki utk ke sana, insyaallah..
43 darjah celcius?? panas nya..
ReplyDeletealhamdulillah, seronoknya pergi ramai² dengan keluarga!
ReplyDeleteeh macam mana kamu bawak masuk kamera dalam masjid nabawi? kalau perempuan, habis semua beg/poket dia korek tak kasi bawak kamera/hp...
KEMANG,
ReplyDeleteselamat pergi ke India ya!!
NIKLI,
ReplyDeleteinsya Allah..semoga tuan sekeluarga di berikan peluang pula untuk ke Tanah Suci ini..Ameen..
MACKENZIEDOO,
ReplyDeletemusim panas kat sana..:)
KUCING OREN GEMOK,
ReplyDeleteAlhamdulillah KOG..sangat seronok berada di sana..
kena pandai pandai lah bawak masuk kamera.heheee..ambik ngan kamera henpon jer..:)
alhamdulillah...semoga dimurahkan rezeki berlipat kali ganda.
ReplyDeletebest entry ever.
ANOY,
ReplyDeleteterima kasih..Insya Allah.Ameen.
mekaseh....
ReplyDeletejgn selamat pegi je, selamat pulang kena la jugak...
karang tetibe jd penduduk tetap kat sane...hihihi
:)