About AXIMUD

Tuesday, October 11, 2011

BAHAGIAN 9 : MARI MAKAN NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU

Jom kita sambung lagi kisah trip Penang bulan September yang lalu..entah bila nak habis daaaa...

18 SEPTEMBER 2011
.

Macam rugi pulak sewa hotel satu malam..stay tak sampai sehari pun..pagi pagi lagi dah bangun dan bersiap siap untuk sarapan pagi.aku ngan azuan dah siap pack barang sekali sebab pagi ni kami akan check out untuk agenda seterusnya..Hari ni merupakan hari terakhir member member ku yang datang bercuti ke Penang..diorang akan balik petang ni.so sarapan pagi ini ialah Bihun dan telur..sedap lah pulak Bihun ni..nampak macam tak sedap..tapi bertambah la pulak aku makan..sementara nak tunggu kak Leez ngan Kak Zahrah turun..


Kak Leez ngan Kak Zahrah turun dan bersarapan pagi dulu..Then terus kitorang Check Out..kami berempat check out dulu..Seripah dan Syana stay lagi sampai tengahari sebab tak nak ikut kitorang pi makan lagi.bukan ker baru sudah sarapan??sarapan tu pembukaan sahaja..pagi ni kami nak pi try makan Nasi Kandar Kampung Melayu..


Direction nak ke Kampung Melayu ni macam nak ke Bukit Bendera jugak..tapi sebelum sampai Bukit bendera akan ada simpang ke kiri menuju ke area kampung melayu..nak habaq pun tak berapa pandai ampa Gugel sendiri lah yek..Insya Allah GPS mampu membawa anda semua ke sini..Sampai kat tempat Nasi Kandar tu diaaaa dah nampak orang beratur jugak menunggu giliran..


This Nasi Kandar adalah sangat direkemnkan oleh semua orang Penang..(ok over sangat lah semua orang penang..yang betulnya semua orang penang yang aku kenal rata rata akan sarankan aku untuk makan nasi kandar di sini)..diorang semua claim nasi kandar ni lagi sedap dari nasi kandar beratur.belum cuba belum taw..dah cuba baru tawww..jom kita beratur!!


mungkin sebab masih di awal pagi (pukul 11 pagi kira awal lah kan untuk lunch) so orang tak berapa nak raami..beratur pun sekejap jer dapat..tak taw nak makan apa ambik lauk ayam lah jugak..bau karinya memang menusuk ke tangkai jantung..Akhirnya dapatlah sepinggan nasi kandar kampung melayu di tangan hamba..


Adakah anda terliur dengan gambar ini??sila jawab..


Nasik kak Leez.Azuan macam biasa lah..tak makan sebab nak reduce carb intake katanya..


saya dah dapat nasik..mai jemput makan bersama saya,azim ashaary


Dah rasa nasi kandar kampung melayu,and the feedback is Good..Kak Leez memang suka sangat this nasi kandar sebab dia kata fresh..tak macam nasi kandar beratur ,tak fresh..so memang dia berpuas hati lah dapat makan kat sini..aku rate nasi kandar ni memang sedap..tapi still aku rasa nasi kandar kampung melayu maybe sedap makan pagi pagi or tengahari macam ni,and nasi kandar beratur di masjid kapitan keling sedap bila makan time malam..masing masing punya selera lah kan..apa apa pun aku berpuas hati sebab akhirnya dapat lah jugak rasa makan this nasi kandar..(pagi ni aku ngan azuan pakai baju hadiah besday dari mereka.Thanks korang!.)


Tak tumbuh tak melata..tak sungguh hamba tak kata..bukti kesedapan..


Lepas dah siap makan nasi kandar Kak Zahrah muncul pula..korang perasan tak dia takder pun masa kitorang duk sibuk nak makan nasi kandar ni?actually dia pi market sat(kelass oarng penang kan pasar depa sebut market..so Orengg putesss..)..dia beli apom telor..nice jugak rasanya..dah la jumpa orang kampung pulak..sah sah dia memang orang sini..siap ada sedar amara di kampung melayu ni..


ini ialah Apom Telur yang mantap.


Akhirnya..kini pasti saya telah makan nasi kandar kampung melayu.anda bila lagi?


Bila perut dah kenyang perjalan diteruskan kembali..kami menuju ke area georgetown sebab kak leez nak pi cari rempah pulak..kak zahrah ajak kami semua pi India Street..kat situ ada rempah rempah yang banyak..ok nanti aku story satu lagi part terakhir untuk this Penang trip..Tunggguuuu..

*To be continued

1 comment:

  1. nasi kandar kg melayu terbaik!!! fresh dari ladang...auwwww.

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..