Lepas penat berlari,Sam dan Angah bawak kami pi makan..sebab memang tak dinner lagi.lagipun alang alang dah jumpa kawan ni seronok juga makan makan dulu..kami menuju ke Bangi..Restoran baru yang dibuka iaitu Restoran Ana Ikan Bakar petai.
Aku kurang pasti kenapa namnya ikan bakar petai.
Sampai Ikan yang tinggal banyak ni sahaja..Kak Tie order ikan jenahak bakar dan sotong bakar..
Sam kata ni kedai baru bukak..cawangan lain pun ada.
Masa ni dah lewat..dekat pukul 12am pun..
Irsyad pun dah tido dengan lena..
Pembuka selera keropok lekor..ok jugak!!tak lah rasa sagu semata..
Lauk yang ditunggu akhirnya kunjung tiba..nampak tomyam ni macam semacam tapi sedap..ada di letak santan dalamnya..tapi ni maybe Tomyam balance yang last..nampak macam tak berapa menarik presentationnya.
Telur dadar nan sebijik
Ikan bakar dan sotong bakar dalam satu daun pisang
Overall aku rasa lauk kat sini sedap..cumanya masa menunggu adalah sedikit lambat..tak taw lah memang macam ni ataupun sebab kitorang pelanggan yang last last sebelum kedai tutup..maybe kena cuba datang awal pulak lain kali untuk rasai perbezaannya.
last customer sangat..semua orang dah takder.heheee
Dari Bangi aku dan Kak Tie ke Putrajaya semula untuk hantar Manager,Yana ke rumahnya..sempat lah pusing pusing putrajaya nak melihat keindahan malam di sini..aku tertarik sungguh dengan Jambatan yang tukar- tukar kaler lampu macam ni..meriah sangat..pukul 1 pagi lebih pun still ramai orang melepak kat sini..Lepas dah Hantar Yana aku dan Kak Tie straight balik Ke Ampang untuk berehat..Kaki rasa lenguh lenguh macam nak cari tukang refleksologi tapi dah lewat dan dah penat..sampai rumah kak tie memang tak sempat buat apa..terus terlelap sahaja..
*Anyway thanks Sam dan Angah sebab datang beri sokongan moral masa aku berlari!!dan thanks a lot to Yana jugak sebab ada sama masa tu..Till jumpa lagi ya!Take Care!
azim,
ReplyDeleteAna ikan bakar petai, tu sebab dia ada ikan yg dibakar dgn sambal petai sedap tau, patut azim minta ikan bakar petai. dia ada satu cwgan kat Tanjung lumpur Kuantan.
Ana ikan bakar petai tu sebab dia ada ikan yg dibakar ngan sambal petai, sedap tau nanti azim try order. ada satu cwgan lagi kat Tanjung Lumpur Kuantan kalu tak silap rasenye owner dia org Ktn.
ReplyDeletehehe no prob! aku suke je dpt jalan2 putrajaya malam2.cantik! hehe.thnks jugak belanja makan :P
ReplyDeletebro.. cube cter skit tang mana kedai ni.. aku xpenah jumpa pon kat Bangi.. seksyen berapa agak2.. klu ok.. boleh aku redah selalu..
ReplyDeleteDah lama tak melepak kat Putrajaya :D
ReplyDeletebangi ni cawangan dia yg baru buka lepas raya tu hari. kat tg lumpur, kuantan tu main branch dia. lokasinya sebelah bomba bdr baru bangi depan kilang sony
ReplyDeletekedai ni sebelah balai bomba, depan kilang sony. mesti jumpa punya.
ReplyDeletesy belum try tapi dah mkn kat main branch di tg lumpur. mmg best.