About AXIMUD

Tuesday, October 18, 2011

PUTRAJAYA NIGHT MARATHON 2011


Long story cut it short.

Hari sabtu yang lalu aku drive dari Penang ke Kuala Lumpur sebab nak join Putrajaya Night Marathon anjuran BSN..first time nak try berlari malam.aku bukan berlari full marathon ataupuan half marathon..just berlari 10 KM sahaja..cukup lah dulu..sampai KL dalam pukul 1pm then terus pi lunch di Restoran sari ratu desa pandan then baru gerak ke Putrajaya with kak tie..Run bermula di Presin 3 Palace of Justice.Solat maghrib dulu di Masjid Besi then terus ke tempat race pukul 8 malam.


Abang Shah pun join this race..dia ambik half marathon.


second time jumpa arman.first jumpa masa SIEMENS run bulan 9 aritu.


To be honest untuk this run aku tak prepare apa pun..memang main redah jer..busy sangat kebelakangan ni so memang tak sempat nak ada training yang intensif..panas di Putrajaya takder angin..peserta sudah mula membanjiri kawasan depan palace of justice presint 3 putrajaya.


Sementara tunggu reporting time kat dataran tu ada pulak orang duk main api..at least tak lah boring sangat menunggu ada street performer macam ni.


sekarang banyak acara lari lari yang aku join ngan kak tie..kak tie minat masuk acara macam ni sebenarnya cuma takder geng..bila tahu aku pun suka join acara macam ni lagi lah best..boleh join sama sama..


sementara nak start warming up dulu apa yang patut..Thanks to Yana yang jadi our manager untuk hari ni..manager yang asal takder sebab pi terbang ke Bali so terpaksa cari manager gantian..kebetulan si Yana ni stay di Putrajaya so pi ambik dia dan pinjam sepanjang malam.boleh la dia tolong ambik gambar dan pegang barang aku dan kak tie..Thank you so much ya!!


ok nak start dah..berdebar debar..


and the race is begin..siap ada bunga api berterbangan bila flag off..


supporter dan penyeri majlis..satu malaysia sangat konsep sebab semua kaum ada..gambar gambar masa aku ngan kak tie berlari ni yana yang ambik.


Aku ada ajak sam dan angah supaya beri sokongan pada aku.mulanya sam keberatan sebab malam ni ada match Liverpool lawan Man United..bukans enang nak tengok this match..tapi aku paksa dia datang jugak..hehee.sorry bro..kau lah sahabat sejati dunia akhirat..antara bola dan friendship,dia pilih friendship..hehee..TQ for coming!siap bawak isteri dan anak sekali..appreciate it so much.


Honestly aku tak prefer berlari time malam macam ni.before this aku ingat berlari time malam could be so much fun sebab tak panas..i was wrong.sebabnya?energy dah drained masa siang sebab travel dari Penang dan petang tadi sebelum berlari pun sibuk keliling putrajaya ambik gambar..not having so much rest.so memang lembik la bila nak berlari 10 KM pulak..anither lesson learned..sepatutmya sebelum berlari kena ada enough time to rest.


Track berlari 10 KM ni pun agak psycho sebab atas highway..nampak sangat jauh..boleh tahan jugak naik bukit turun bukit..tapi jalan tak sibuk..sambil berlari pun aku rasa macam nak give up..kaki rasa terbakar dan rasa takleh nak melangkah.tapi remember running is a mental game so aku kuatkan semangat dan cekalkan hati,akhirnya Alhamdulillah aku berjaya  menghabiskan larian..penat gila wehhh..tapi seronok giler sebab tengok kat Garisan penamat sam tunggu.


This is my very first finisher medal!!teruja!excited!!


bergurau senda bersama sahabat karib.


Kak tie pun berjaya menghabiskan larian lebih kurang macam siemens run aritu..my time pulak pun lebih kurang macam masa siemes run aritu..mana tak sama kalau tak training pun..mana stamina nak meningkat..after all all praises goes to Allah sebab dengan izin Nya kami dapatb menghabiskan larian untuk kali ini..


our die hard fan!!our supporter!!


yeahhhhh we did it again!!


opis mate kak tie..


Orang beratur nak ambik air milo..


basically this is my statistic for this run..siap ngan tempat berlari sekali..track by using Endomondo..sekarang kalau berlari memang aku akan pakai this application.boleh kira kalori sekali..


Ranking dalam Official result kategori men open 10 km,342 daripada 1486 peserta..aku tengok kalau lah aku dapat habiskan larian below i hour ranking akan naik top 100..hehe..anyway thanks pada semua yang terlibat!!jumpa lagi di Penang Bridge Marathon bulan November nanti ya!!

Adios!

2 comments:

  1. jumpa di penang...

    aku buat 1st time Full Marathon.. xtau apa nasib.. :P

    ReplyDelete
  2. tak join sebab tada kawan....
    kebetulan the day marathon tuh balik ara damansara.. n pulang semula ke putrajaya malam tuh.. n was stranded sebab banyak jalan tutup.. hampir sejam la jugak.... huhu

    lau turun putrajaya lagik roger roger laaa.. :D

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..