Alhamdulillah..selamat sampai di Penang kembali pagi tadi.Flight jam 10pm malam tadi, then aku terus rush balik ke Penang sebab hari ni kerja..Penat?yup.sangat penat..sebab mendaki Gunung Kinabalu tidaklah semudah yang disangka..the good news is we did it!!nanti aku akan share kisah pendakian ke Puncak Kinabalu dalam entri berikutnya,untuk entri ni aku nak share kisah pendakian dari kaki Gunung ke Laban Rata dulu..Check it out!!
*************************************************
23 APRIL 2012
Bangun seawal jam 5 pagi lagi..macam tak sabar sabar nak mendaki nih.hehee..subuh awal di Kota Kinabalu..dalam 5 lebih macam tu dah subuh..so selesai solat subuh terus bersiap apa yang patut then kami berjalan kaki untuk sarapan pagi di Balsam Buffet Restaurant.Jauh jugak nak menapak.tapi scenery dan udara pagi adalah sesuatu yang mendamaikan.Betapa indahnya alam ciptaan Mu ya Allah..
View Balsam Buffet Restaurant dari atas
Posing di pagi hari..ceria lah dulu.sebab kejap lagi tengok lah penat macam mana..
semua dah turun sama sama untuk bersarapan pagi
Jom Kita makan.standard makanan Hotel.
tetiba ternampak diorang keluarkan nasi lemak pulak.aisehhh..ambik la sebungkus.Carbo loading lah katakan sebelum nak naik ke Gunung ni.hehe.as usual sambal di sabah ni tak berapa mengancam lah.tak kena dengan selera tekak ai ni yang nak pedas pedas..tapi takper.janji kenyang..lately corak pemakanan adalah tidak berapa terkawal.nanti lah aku kena fokus balik pada diet dan senaman yang betul.right now just nak enjoy jer food yang ada.
Selesai makan pihak Restoran ada beri packed Lunch untuk kami 12 orang..packe lunch tu ada Sandwich. telur dua biji, pisang, epal dan satu botol air mineral..beg kain tu cantik.hehe..kami balik ke Rock Hostel untuk ambik barang barang dan terus Check Out.
ni macam rupa orang nak naik gunung atau nak diving nehhh??
Tudiaaaa barang kami penuh satu van..mula mula aku ngan kak tie ingat barang kitorang dah banyak.tapi rupanya ada lagi yang bawak lagi banyak dari kitorang.jatuhnya barang aku dan kak tie paling sikit sebenarnya.hehe.bawak ap ayang perlu saja lah.lagi pun tak sempat pun nak shopping kalau trip mendaki gunung macam ni.kena plan another trip yang memang fokus untuk jalan jalan saja,
Beg semua di bawa ke bahagian hadapan Kinabalu Park di bahagian Receptionist.ada khidmat menyimpan Bag dan dikenakan bayaran RM10.untuk mendaki Gunung kita akan diberi pilihan untuk bawa barang sendiri ataupun nak dapatkan Khidmat Porter..Porter di Kinabalu ni semua kuat kuat..satu Kilogram akan dikenakan bayaran RM8..aku timbang bag aku dlam 11KG..kalau suh porter bawak kena lah bayar RM88 pergi dan balik..tak perlu lah.i can carry it on my own.lagipun bila bawak be sendiri ni baru rasa macam naik gunung.baru feel tu ada.hehe
Subhanallah!!the Majestic Kinabalu..nampak Puncak dari bawah kaki Gunung..
Are you guys ready to Conquer the Mount Kinabalu???yeahhhhhh!!!
8 perempuan dan 4 lelaki.peserta mendaki kali ini.kami boleh!!!
Sebelum kami bergerak ke Timpohon Gate, kami diberi satu tag nama sebagai tanda pengenalan.Untuk makluman, Gunung Kinabalu hanya akan dibuka pada 180 orang sahaja untuk pendakian pada suatu suatu masa..so dengan Tag ni baru kita akan dibenarkan untuk lalu pada check point check point yang ada nanti..jaga dengan cermat dan jangan hilangkan kad ni.sebagai bukti kehadiran dan penting untuk sijil nanti.
i think i'm ready enough.:)
Dari kawasan hadapan reception Kinabalu Park kami naik van untuk menuju ke Timpohon Gate.jauh juga Gate nya dari kawasan Reception tu.kalau berlari ber kilometer jugak lah..sampai depan Timpohon Gate itu menandakan our mission is about to begin!!
Tengok ada rekod untuk climbathon..
sebelum naik our Guide, Nordi Gapisi dan Gabriel (belah kiri) memberikan sedikit penerangan tentang jalan yang akan dilalui..kami akan naik ke KM6 di laban rata..Jumlah semua KM ialah 8.7 KM untuk sampai ke Puncak Kinabalu..sampai di Laban Rata nanti kami akan berehat dulu sebelum memulakan pendakian pada jam 3am..satu guide adalah untuk 6 orang.so kami 12 orang sebab tu memerlukan 2 orang guide.
Saya dan Kakak di Pondok Timpohon
sebelum dilepaskan untuk mendaki, kena daftar nama dulu..kemudian bacaan doa selamat di adakan..semua tanak baca last last aku yang baca..just baca dalam bahasa melayu lah ya.nak ber bahasa arab mengaji arab tak habis aritu..tak apa.Allah faham isi hati kita.semoga Allah memudahkan perjalanan kami ini..dan semoga tiada berlaku sebarang kecelakaan dan kecederaan sepanjang pendakian.Insya Allah.Waktu mula pendakian ialah jam 9am.
Jom stretching dan warming up dulu!!
aik.kata mendaki??mula mula kena turun dulu..lepas ni siap lah..
Belum ap aapa lagi dah jumpa kawasan air terjun..Carson Waterfall..kat sini ramai yang stuck sebab duk sibuk bergambar dulu.hahaa..tak apa..sementara masih berupaya ni ambik gambar puas puas..kejap lagi dah penat mesti nak ambik gambar pun tak ada selera dah..
Apa yang aku perhatikan masa nak mendaki ni trek pendakian adalah sangat cantik dan tersusun..Kiranya senang dah kalau nak lalu.tinggal kena prepare stamina kasi fit dan mental kena kuat..Tracknya memang dah tersedia dan tak susah pun.
Sampai di KM1 , masa ni rasa Hujan rintik rintik.terus semua sibuk duk buh raincoat pada beg masing masing..serius terasa jugak la penatnya mendaki ni..as we go high makin susah nak bernafas sebab udara makin nipis.tapi ni baru permulaan,ada lagi 5 KM to go..
Poncho ialah perkara wajib di bawa ya kawan kwan sekelian..
terpesona dengan akar kayu pokok yang berselirat tu.cantik!!
hujan dah masa ni..pasrah jer..
Terjumpa Pokok Periuk kera (tapi kecik je lah) di KM2..mujur ada guide dari Group lain yang bagitau.kalau nak harap aku nampak memang tak lah.dah la penat dan mengira step..tak sempat dah nak tengok pokok pokok tepi tu..bila tengok pokok periuk kera ni, terus aku macam tersedar..thats the point isnt it?untuk menikmati keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan ni.so tak perlu nak rush dan just enjoy the scenery dalam hutan ni..
another 4KM to go!!yeahhh!!
Aku ada tengok pendaki pendaki lain pakai Tongkat masa naik..aku tak prefer nak pakai tongkat sebab for me tongkat itu akan menjadi beban nanti..satu hal pulak nak bawak tongkat tu.terpulang pada masing masing lah..Tongkat boleh disewa dan di beli di Kaki Gunung masa di Kinabalu Park.
now we were at KM 2.5
Untuk mendaki Gunung, adalah di nasihatkan korang bawak lah makanan penambah tenaga segera seperti energy bar ker..coklat ker..ataupun kismis..aku just bawak bekal nips jer..at least boleh beri tenaga di kala kita dah tak bermaya nak meneruskan pendakian.mana yang sedap korang rasa nak makan lah.takyah bawak makanan yang berat berat sangat ya.kang muntah pulak.
separuh perjalanan sudah!!
Aku salute lah tengok Porter Kinabalu ni sebenarnya..aritu mak ada bagitahu di Majalah Tiga TV3 ada diorang buat dokumentari pasal Porter Kinabalu..gigihnya diorang cari rezeki bawak barang turun naik ke Laban Rata tuh..maybe sebab bayaran nya pun lumayan tu yang diorang tak kisah..aku bawak yang 11 KG ni pun rasa berat dah..apatah lagi diorang duk bawak tong gas siap..
Sebenarnya di setiap KM (kalau aku tak silap) ada disediakan pondok untuk berehat dan mengambil air..(untreated water)..ada macam macam nama..Pondok Kandis di KM1, Pondok Ubah di KM2, Pondok Mempening di KM3..aku dan hadi paling depan masa mendaki..so tunggu semua sampai di setiap Pondok.lama sikit boleh berehat.hehe..masa di KM3 di Pondok Mempening perut memulas pulak nasib baik tandas di sediakan di situ..
Dan perjalanan di teruskan lagi..
Sampai di KM 4 iaitu di Pondok Layang layang..Cuaca makin sejuk dah masa ni..aku berhenti rehat dan keluarkan jaket serta sarung tangan..memang nak kena pakai sebab tak tahan sejuk..dengan hujan nya lagi..makan juga sandwich dan bekalan yang ada.serius rasa cepat lapar sebab banyak tenaga pakai..air pun sama jugakk kena minum banyak..
Pack Lunch yang diberi..ada sandwich, telur dua bijik, Pisang dan epal..kenyang jugak lah makan..
our group semua dah sampai..masa untuk meneruskan pendakian lagi..masih berbaki 2KM.
Ramai jugak berhenti rehat..ada yang naik dan ada yang turun
Pendakian selepas KM4 adalah lebih mencabar sebab jalan nya adalah berbatu..agak bahaya juga sebab ditambah pula dengan cuaca Hujan..tersilap langkah boleh membawa padah..Licin batu time hujan macam ni.Terima kasih pada kamera Olympus ku waterproof ..kalau tak mesti tak dapat nak snap gambar time ujan ujan.
penat wehhhh!tapi tetap kena teruskan perjalanan..
Aku teringat Guide yang aku jumpa di KM2 tadi pesan suh tengok sikit kawasan tepi laluan mendaki selepas KM4..ada periuk kera yang besar..aku duk cari last last terjumpa lah di sebelah kanan..yang kaler merah ni saiznya sebesar tapak tangan.Pokok bunga raflesia jer aku tak jumpa.
Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp.Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen.
Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga
dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang
diperlukannya.Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers).
Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai
periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh
di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).
Bergambar di KM5..Pondok Villosa.nama saintifik Pokok Periuk Kera
Di pondok Vilossa aku dan Hadi decide untuk stay dan tunggu yang lain sampai..saja lah nak berehat rehat dan menikmati keindahan alam di sini..lagi 1 KM jer lagi sebelum kami sampai ke Laban Rata..Tunggu punya tunggu akhirnya nampak lah kak Haida , Akak Tie dan kak Bib sampai..makan snickers dulu..minum air dulu..
yer say atahu kita semua adalah penat..no pain no gain ya!!
tak jauh dah!lagi 1 KM jer lagi ke atas..
Pemandangan dan udara sekeliling pada KM5 ni adalah sangat nyaman dan saujana mata memandang..seriuosly sangat cantik..nampak puncak Gunung..pokok pokok renek kelihatan..diserikan dengan batuan batuan..tengok sendiri lah dalam gambar.memang sangat cantik!Subhanallah..
KM 5.5..sikit jerrrrrrr lagii..lagi 500 meter!!!
kabus tebal menyelubungi kawasan atas..
Sampai di Waras Hut.berhenti cari Toilet kejap.Then teruskan perjalanan
Akhirnya setelah 6 jam perjalanan, dalam pukul 3.30pm kami sampai di sini..its ok sampai lambat pun..sebab tak ada apa nak di rushkan..just enjoy the scenery..satu kepuasan bila dapat sampai di Laban Rata guest House sebab dah terbayang dapat makan dan rehat.
Aku dan Hadi terus Checked in dulu..waktu checked in sini bermula jam 1.30 pm..dapat dua bilik satu bilik 6 katil dan satu bilik lagi 6 katil juga.tapi sorang kena stay di Gunting Lagadan..after a few arrangements kitorang just stay di Laban Rata Guest House ni jer semuanya..sementar atunggu semua sampai aku mandi dulu dan solat..tukar baju apa yang patut.lega..Kak Bib orang ketiga sampai lepas aku dan Hadi..dia sampai awal porter tak sampai lagi last last dia ambik kain cadar buat kain sementara..hahaha.lawak lah kak bib ni.
Alhamdulillah semua selamat sampai!!
Waktu makan bermula pada jam 4.30 pm.so tak kira lah korang sampai awal pun waktu makan tetap bermula jam 4.30pm..so kira ok lah.tak lah lam asangat nak kena tunggu..habis solat mandi tukar baju dan sebagainya terus turun dan makan.Air di bilik mandi adalah sangat sejuk di sini..aku tahan kan ajer lah.tak mandi tak selesa..
As usual kalau dah lapar sangat campur je lah semua skali..nasik ada megi goreng ada daging ada ayam kari ada telur pun ada.siap Goreng pisang pun aku masuk skali dalam pinggan..tak kira sedap dah masa ni.memang memerlukan makanan dalam sistem badan..i'm hungry!!so bring it on!!
Rileks rileks enjoy makan..dan minum kopi..
we did it kak Tie!!sikit lagi nak sampai puncak ni..
di bahagian Reception ada jual macam macam makanan ringan.tapi harganya adalah melambung tinggi..Kit kat yang kak Tie pegang tu harganya R10..bateri triple A 3 bijik harganya RM35..so better korang buat persediaan yang rapi sebelum naik Gunung..takyah dah susah susah nak beli bateri kat atas ni nanti..ataupun makanna ringan yang lain.ada jugak jual T-Shirt nanti tengok lah camana.rasa.macam nak beli sehelai yang tulis laban rata..
Kitorang tumpang Charge Henpon di Receptionist sebab takleh nak pakai plag di Bilik.ada gangguan bekalan elektrik kata mereka..takpelah as long as boleh caj fon sudah lah..dari kawasan tempat makan kitorang balik ke bilik untuk berehat..
Cuaca adalah sangat sejuk.masa ni sampai 6 darjah celcius suhu di luar..duk dalam bilik pakai blanket ni memang panas dan best lah..Bilik aku duduk ni kongsi ngan sorang mamat omputih..sembang sembang kejap ngan diorang dalam bilik, then pukul 8 pm lampu padam..dan keadaan menjadi sunyi..semua memerlukan rehat sebelum nak bangun pukul 2am kejap lagi bagi meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu yang masih berbaki 2.7KM..
*To be Continued..stay tune on the part Finale!!
Owhh u yg naik kinabalu trip april..book ngan hamydy eik..sbb nmpk pic hadi, pernah skali training naik nuang ngan dia b4 my trip last febuary..hihi ;)
ReplyDeleteNway, Tahniah bro..best kan feel nyer bila dh smp puncak..Priceless experiance!(^_^)
http://andrejournal.blogspot.com/search/label/Gunung%20Kinabalu
experience yg sungguh bermakna :) u're so lucky!
ReplyDelete